Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Monday, January 7, 2013

Penyelewengan derma ahli untuk anak2 yatim Memali


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.

Baca seterusnya di Utusan Malaysia SINI

Dengar video Cikgu Non berikut:


Laporan sudah diberi kepada Pengerusi Disiplin PAS pusat, Haji Hadi dan penolong Harun Taib mengenai penyelewengan Yusof Husin.

Seorang ustaz Aziz merungut kata ini orang kuat orang kuat Ustaz Fadzil yang tak boleh disentuh. Dia fotostat dan hantar kepada Perhubungan Kedah yang mana Setiausaha adalah Azizan.

Laporan tak diambil tindakan dan Cikgu Non buat laporan polis lalu dia, balu Ibrahim Ali dan anak yatim diserang oleh orang-orang PAS yang kununnya ulamak.

Selain nama-nama di atas, ramai terlibat ... Mat Sabu, blogger Bakar Hulk, Taib Azamuddin, Mustafa Ali, dan lain-lain

3 comments:

  • Anonymous says:
    January 7, 2013 at 2:21:00 PM GMT+8

    Ya Allah ya tuhanku. Benarkah kata-kata cikgu Non ini..? Benarkah ada penyelewangan tabung memali oleh ulamak dalam PAS ini... Benarkah begitu..? BENARKAH ....! Terkedu benar aku mendengarnya.

    Sampai hati betul kau wahai pemegang2 amanah ini melakukan penyelewengan tersebut. Sampai hati benar kau menipu ya. Apa sangatlah yang ko nak sgt dengan derma2 tu ya.... HAK KAU KE !.

    Wahai cikgu NON, kau teruskanlah apa yang kau nak buat itu jika benar saperti apa yang kau kata dalam video ini. Sudah tentu setiap yang benar itu akan mendapat pertolongan Allah yang maha mengetahui. Tidak ada apa yang lebih utama cikgu Non, selain kerana Allah s.w.t.

    Amin ... semoga dipermudahkan segalanya.

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 2:53:00 PM GMT+8

    Puak ni mentafsirkan sedekah ikhlas yg telah dapat pahala dpd Allah SWT. Bila dah ikhlas, duit tu bolehlah dibedal sesuka hati. Puak ni tak percaya pada audit sebab amalan penjajah. Duit sedekah tak perlu diaudit. Lepas tu pandai timbulkan sumbangan Jepun >200 Billion. Itukan angka pembohongan. Puak haramjadah..

  • Daeng Selili says:
    January 9, 2013 at 6:15:00 AM GMT+8

    apa hukum kalau rembat duit niat sedekah kepada anak yatim tu,adakah sama hukum makan duit anak yatim?? Nik Aziz mati nanti nak buat tabung gak ke?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)