Visitors

Wednesday, January 23, 2013

Pemberian warganegara sebelum Merdeka tak ikut peraturan


DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai 21Jan 1948
DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King’s House pada  21Jan 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditanda tangani pada 21 Januari 1948 antara British dan Raja Raja Melayu dan UMNO dan Menteri Menteri Besar ialah saksi perjanjian ini mewakili rakyat. Ianya mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.

Maka Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 hasil dari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini. Ianya memberi takrifan persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi British, kuasa kuasa memerintah, Majlis Mesyuarat Undangan, penggubalan undang undang, Majlis Raja Raja Negeri Melayu, Mahkamah, Negeri Negeri Melayu, Negeri Negeri Selat, kewangan dan paling penting, Kerakyatan Persekutuan.

Dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini jelas mengariskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu merupakan rakyat Raja Raja Melayu dan orang Melayu. Ianya juga menggariskan hak Bukan Melayu untuk memohon sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Sambungan Artkel 12
Sambungan Artkel 12
Majoriti Bukan Melayu yang berada di Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an tidak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan mereka juga bukan warga rakyat yang diiktiraf oleh Britain. Pada masa itu, India telah merdeka dari Britain sebagai negara sistem demokrasi dan negara Cina telah menjadi Republik Rakyat Cina, iaitu sebuah negara kominis. Taraf mereka ialah golongan yang tidak berkerakyatan (Stateless Persons).

Pilihanraya Mesyuarat Perundangan pada 1955 menyaksikan Parti Perikatan, kerjasama yang berjaya dijana antara UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC mewakili orang India bertanding disemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Pengagihan kerusi ialah UMNO 35, MCA 15 dan MIC 2. Ini memperlihatkan kesediaan orang Melayu ‘mengala’ dan berkongsi kuasa kerana hak politik hampir berada mutlak ditangan orang Melayu apabila 84% dari 1.6 juta pengundi berdaftar dan layak mengundi ialah orang Melayu.

Kerjasama ini adalah bukti orang Melayu tidak tamak dan membolot sepenuhnya kuasa tetapi bersedia ‘berkongsi’ dengan Bukan Melayu.
84% dari pengundi berdaftar semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu
84% dari pengundi berdaftar dan layak mengundi semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu

Selepas pilihanraya pertama bagi memilih wakil wakil ke Majlis Mesyuarat Perundangan pada 1955, Parti Perikatan yang memennangi 51 dari 52 kerusi dipertandingkan diundang menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Presiden UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri. Dalam perundingan dengan Britain bagi mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya sebagai negara berdaulat, isu  kerakyatan mereka yang ‘tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini timbul.

Tunku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima terus980,000 Bukan Melayu yang diiktiraf sebagai  ’tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) sebagai warganegara dan diberikan taraf dan hak sebagai rakyatPersekutuan Tanah Melayu. Tiada proses untuk mengkaji permohonan setiap mereka ini dan saringan dibuat menurut undang undang yang berkuat kuasa ketika itu iaitu sebagaimana dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Baca sepenuhnya di Bigdogdotcom SINI

7 comments:

  • Anonymous says:
    January 23, 2013 at 3:55:00 PM GMT+8

    Akibat terlalu baik hati dan suci hati tanpa memikirkan 100 tahun akan datang. Puak-puak ini sekarang sedia untuk menrajai Malaysia dengan menyokong golongan Melayu bongok yang mempunyai pemikiran yang tidak melihat besar mana udang di sebalik hati batu puak-puak ini. Puak-puak ini sekarang berani berkata, sikalang Malaysia punya meniaga manyak kita oo, kelajaan mesti bagi canc sama kita loo..

  • Anonymous says:
    January 23, 2013 at 4:31:00 PM GMT+8

    Tunku Abd Rahman ni la yang mengucar kacirkan tanah melayu dengan memberi kerakyatan pada bangsa asing dan beri singapura pada cina. Idiotic.

  • Anonymous says:
    January 23, 2013 at 5:02:00 PM GMT+8

    DONT MAKE NO DIFFERENCE MAN!!

    MAHATHIR KE TAR KE! SEMUSNYA DARI UMNO ITU SEBAB LAH UMNO MUST GO KAN!!!

  • akubencipengkhianat says:
    January 23, 2013 at 8:46:00 PM GMT+8

    Khianat Tunku Abdul Rahman adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu pada ketika itu....sedangkan khianat Tun Mahataik adalah untuk memenangkan Barisan Najis di Sabah...soooo siapa lagi besar khianatnya ? sendiri mahu ingatlah...

  • Hope says:
    January 24, 2013 at 12:00:00 PM GMT+8

    Dan khianat Anwar dan kuncu-kuncunya adalah menggadaikan Kalimah Allah yakni tunjang akidah Islam.

    Sebagai orang-orang Islam yg beriman, kami rela dan redha jika takdirnya Malaysia tergadai kpd golongan munafik, kalau dah itu ujian Allah buat kami, TAPI KAMI TIDAK AKAN SEKALI-KALI RELA AGAMA ISLAM TERGADAI!!!!

    Kami akan sokong BN dalam PRU 13 bukan kerana kami suka UMNO tp kerana kami percaya UMNO TIDAK AKAN MENGGADAIKAN AGAMA!

  • The Unspinners says:
    January 25, 2013 at 9:17:00 AM GMT+8

    Sou Yuen

    Nak maki-maki tak payah nak komen sini. Nak hujah silakan ...

    Maki2 hanya hak untuk komentar pro-kita :)

  • Sou Yuen says:
    January 25, 2013 at 9:30:00 AM GMT+8

    I think I don't insult anybody,insultation is just for people who are in denial state huhu,anyway, I apology for insultation-sound comment, I take your word as professional advice,TQ

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)