Greetings

Friday, January 4, 2013

N.Ajis bisu hari ke 18: Nik Amar kata syarikat satu tahun ada merit dan kelayakan?

Jolok duit tak layak dan merit pun okay

Sebagai ketua kerajaan PAS Kelantan, Nik Aziz tidak boleh terus membisu. Dia bertanggungjawab kepada Allah untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan hingga di suspek rakyat ada penyelewengan.

Penyelewengan tidka mesti SPRM masuk dan caj di mahkamah tapi dia perlu jelaskan enapa harta negeri dan rkayat boleh jatuh ke tangan orang luar yang ada kepentingan politik?

Isu 1 hari ini. kedua-dua pihak kata transaksi tanah ini dijalankan sebelum pilihanraya 2008. OK lah ... Ngeh dan Nga serta DAP belum lagi satu pakatan poitik pembangkang. Kalau begitu atas dasar apa kerajaan negeri dan YIK berikan pajakan kepada Ngeh dan Nga?


Sebelum Upahdaya dinama demikian, syarikat ini adalah Liputan Timur yang didaftarkan pada April 4hb 2004. Syarikat baru di tubuhkan setahun ianya dah dapat kontrak.


KOTA BHARU – Yayasan Islam Kelantan (YIK) digesa supaya menjelaskan kriteria pemilihan syarikat yang diberikan hak pajakan selama lebih 50 tahun untuk membangunkan tanah lebih 10,000 ekar di Mukim Relai, Gua Musang.

Ini kerana hasil semakan yang dilakukan oleh aktivis Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) mendapati Upayapadu Plantation Sdn Bhd atau sebelum ini dikenali sebagai Liputan Timur Sdn Bhd hanya baru ditubuhkan setahun.

“Musykil juga ambo dan ingin bertanya bagaimana kaedah MERIT DAN KELAYAKAN yang digunakan oleh YIK dalam menilai sesebuah syarikat sebelum menawarkan PAJAKAN kepada Upayapadu Plantation?

“Jika dinilai dari segi pengalaman syarikat ini ditawarkan pajakan tanah yang luas untuk dimajukan walau baru setahun lebih beroperasi, merit dari segi pengalaman apakah yang mereka ada?

“Untuk rekod,Syarikat terdahulu ditarik balik pajakan pada 18 Ogos 2004, manakala Liputan Timur Sdn. Bhd. Didaftarkan 27 April 2004 dan ditukar nama kepada Upayapadu Plantation Sdn. Bhd pada 30 Disember 2004,ditawarkan pajakan pada 28 Ogos 2005,” katanya.

Persoalan utama sekarang bagaimanakah dengan nasib YIK apabila syarikat ini terus mencatatkan Kerugian, adakah mencapai matlamat sebenar menghasilkan dana untuk YIK?

Soalan-soalan tersebut perlu dijawan kerajaan Pas Kelantan bagi merungkaikan setiap masalah yang timbul.

Sebelum ini, Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, pemilihan Upayapadu Sdn Bhd adalah berdasarkan kaedah merit dan kelayakan.

Nik Amar Wahabi ini tahukah apa dia merit dan kelayakan? Jangan main cakap sajerwei Pas Piss Puss ....

Kompeni baru daftar mana ada kelayakkan dan merit. Track reord pun takde.

Ngeh dan Nga adalah loyar dan bukan orang balak atau orang plantation untuk tanam getah dan kelapa sawit. Apa cerita?

4 comments:

  • iluvislam says:
    January 4, 2013 at 1:27:00 PM GMT+8

    Anda yakin tuduhan anda ini akan menjadi saksi di akhirat ketika bertemu ALLAH, MAHA PENCIPTA,MAHA MENGETAHUI...setiap patah perkataan anda adalah saksi di akhirat nanti...harap maklum

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 1:28:00 PM GMT+8

    Insaflah...kalau anda islam & mengucapdua kalimah syahadah...

  • mohd says:
    January 4, 2013 at 3:13:00 PM GMT+8

    iluvislam.. cuba terangkan benda yg sama kt nik aziz. bkn apa, saling mengingati

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 3:39:00 PM GMT+8

    Tak ada syarikat Melayu Kelantan ke yang layak? Oh lupa pulak, TGNA bukan Melayu. Bagi Cina lebih baik. PAS memang terbaik . . . menipu rakyat Kelantan, menipu Melayu Kelantan.

    Orang PAS je Islam . . . orang lain semua kafir belaka.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)