Monday, January 21, 2013

Najib tak janji bulan dan syurga, hanya kebajikan dan kemajuan



Dalam siri lawatan ke kelantan pada hari Ahad semalam, Dato Najib berkata kerajaan BN tidak  menjanjikan bulan dan syurga untuk rakyat, sepertimana janji PAS. Apa yang dijanjikan oleh kerajaan adalah suatu yang realitik berupa tranformasi demi untuk kebaikan rakyat dan kemajuan negara.

Dato Najib berkata Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan program seperti bantuan BR1M,  bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan pelbagai lagi bantuan yang diberi. Bantuan ini juga membuktikan kerajaan sentiasa menepati janjinya.

Anak-anak Kelantan ramai yang berjaya dan ada yang menjadi Menteri adalah berlatarbelakangkan bapanya yang menjadi petani dan nelayan sebagai contoh Dato Seri Mustapa bin Mohamaed dan Datuk Dr Awang Adek bin Husin.

PAS menggunakan slogan membangun bersama Islam tetapi sehingga kini tiada sebarang pembangunan yang dilakukan.

Pas sanggup sokong DAP dalam isu kalimah allah, padahal kalimah Allah adalah soal agama soal akidah dan kita tidak harus berkompromi dengan dengan mana parti.

Pakatan Rakyat cuba memainkan isu royalti untuk mengelirukan rakyat agar rakyat marah kepada kerajaan. Itu semua adalah tektik kotar yang cuba dilakukan oleh mereka untuk menjatukan BN. Walhal kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa yang diwakili oleh wakil- wakil kerajaan negeri seandainya Sultan Kelantan memperkenankannya untuk memutuskan isu royalti minyak kelantan.

Dato Najib menyatakan rancangannya untuk Kelantan jika BN dapat mentadbir Kelantan. Dato Najib menjanjikan sebuah lebuhraya dari Kuala Krai dan Kota Baru. Turut ditawarkan adalah stadium baru untuk Kelantan, kampus UiTM Bandar dan membina masjid terbesar di kelantan yang kos RM50 juta.

Masaaalah yang dibarkan belarutan oleh PAS khususnya membina perumahan rakyat/perumahan rakyat mampu milik. dan perkhidnatan kenderaan awam RAPID.

Hari itu Dato Najib kelihatan berkunjung ke pasar Siti Khadijah.




Himpunan 20 ribu hadhirin menunggu di RTC Tujung Kota Baru.




3 comments:

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 3:09:00 PM GMT+8

    BERHATI-HATI dengan orang kelantan ! mereka pun macam orang cina juga sokong bawak rebah. mereka akan sokong kita masa sekarang tapi UNDI mereka....????? banyak kali dan berlaku, orang kelantan bukan boleh percaya sangat.

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 6:00:00 PM GMT+8

    Anon 3:09

    Tru dat. Jenis golongan yg tak kenal untung.

  • Anonymous says:
    January 22, 2013 at 10:19:00 AM GMT+8

    Anon 3:09

    benar...
    bila dah dapat, undi lain pulak..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)