Visitors

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak
Jangan angkuh... terimalah Wang Ehsan

Friday, January 25, 2013

NA bisu 34 hari: Walau Ku Li halang, rakyat tetap demo di Gua Musang!


Ngeh boleh berlagak buat sementara dengan pembetulan yang dibuat oleh Pisau.net tapi dia berdiam bila ditanya siapa Doh Jee Chia atau elok kita gelarkan sebagai Dodgy Chia. Baca SINI

Sementara itu, pemberiaan pajakkan kepada Upahdaya ada kaitan dengan isu Ladanag Rakyat yang mana tanah diberi kepada kontraktor untuk uruskan pada satu tempoh jangkamasa yang lama dan pajakkan yang teramat murah serta pulangan yang terlalu kecil!

Jika kerajaan negeri usahakan sendiri, ianya jauh lebih menguntungkan malah berlipat kali ganda labanya untuk apa saja kegunaan negeri.


Dalam kes Ladang Rakyat, manafaatnya konon pergo pada rakyat tapi sebenarnya diagih-agihkan sesama aktivis PAS. Kononnya bagi membantu "rakyat" yang berjuang untuk PAS. Mana pula "rakyat" yang menjadi pengundi dan warga negeri kelantan???

Dalam kes Upahdaya, manafaatnya konon adalah "rakyat" dari bantuan Yayasan Islam kelantan atau YIK. Masaalahnya sini YIK hanya dapat tulang tapi Upahdaya yang dapat laba berkali ganda dengan hanya pelaburan yang sedikit dan ada pula bantuan pinjaman kerajaan persekutuan.


Cerita ladang rakyat ini bukan setakat melibatkan tanah kerajaan negeri tapi tanah yang telah diteroka dan dimajukan orang perseorangan tapi dirampas.

Bagi rakyat kelantan yang sudah teraniaya dengan tanah yang mereka usaha dirampas dan diberikan orang lain yang tak usaha tapi duduk goyang telor ambil hasil saja, pasti mereka tak puashati. Ini merupakan satu kezaliman.
Bekas Raja Ampuan Kelantan ada ladang di awasan orang Asli Lojing. Baca SINI


Pada hari Jumaat hari ini, Januari 25hb, satu demonstrasi Ladang Rakyat akan diadakan pada pukul 3 tengahhari di Kg Batu 11, Serian, Gua Musang.

Ia berdekatan dengan kawasan tanah Ladang Rakyat yang diambil oleh syarikat yang dipajak oleh kerajaan negeri Kelantan.

Walaupun Tengku Razaleigh pernah menghalang Wanita UMNO dan Ibupajabat UMNO dari membuat apa saja himpunan atau demo di Gua Musang, seramai 150 orang bakal mengharungi panas terik melanggar halangan Tengku Razaleigh diadakan demo Ladang Rakyat di Gua Musang.

Peneroka tanah dirampas tanah untuk kontraktor Cina luar Kelantan usahakan

Beberapa orang yang tanah mereka telah dirampas dan diserahkan kepada syarikat seperti Upahdaya dan bersalahan dengan syarat tanah Rizab melayu akan menyuarakan rasa tak puashati mereka.




AGak-agak Sinar Harian akan bersikap adil dan beri liputan mukadepan tak besuk?

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)