Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Saturday, January 19, 2013

Macam Anwar, Lajim hanya nak jadi KM Sabah



Pada hari Rabu malam 16 Jan baru-baru ini ketika satu siri ceramah di Kg Pintas, Beaufort, Datuk Lajim Ukin mencanangkan kepada hadhirin majlis yang seramai 100 orang bahawa dia bakal jadi Ketua Menteri jika PR menang.

Memandangkan Lajim pergi ke sana ke mari dengan 70 orang ahli rombongan mengekornya ke sana kemari, hadhirin malam itu dikira terlalu sedikit. Perlu ingat beauford adalah kawasan Lajim.

Beliau mengumumkan demikian kerana katanya janji Pakatan rakyat kepada Sabah akan ditunaikan semua, khususnya perlantikannya sebagai Ketua Menteri. Anwar telah persetujui. Maka dengan ini, terdedahlah niat sebenar Lajim. Bukan untuk membela rakyat atau memabwa agenda Sabah tetapi hanya nak jadi ketua Menteri.

Ramai penganalisa kurang percaya apa yang diakui Lajim. Memang Lajim bijak dan licik mengatur strategi sebagaimana beliau keluar PBS pada tahun 1994 dengan mendapat imbuhan.


Persoalan yang bergelegar di pemikiran ramai adalah mana nak letak Pengerusi PKR Sabah,  Ahmad Thamrin. Bagaimana pula Ansari Abdullah yang merupakan mentor kepada Ahmad Thamri.

Begitu juga dengan Dato Yong Teck Lee, Presiden SAPP yang kepingan nak jadi Ketua Menteri kali kedua dan kali ini dalam masa penuh.


Dalam hal ini, Dr Jeffrey Kitingan STAR dilihat seorang yang yakin dan berani dengan  kekustan sendiri untuk menang dan seterusnya boleh menjadi KM.


Halangan utama kepada Dr Jeffry mungkin datang dari Datuk Wlifred Bumburing. WIlfred pernah menajdi Timbalan dan kini ada hajat untuk menjadi KM dari suku kaum Kadazan.

Dengan pengumuman Lajim, pastinya mereka-mereka yang berhasrat nak lompat akan fikir balik. Kebanyakkan tak yakin kebolehan Lajim yang pelajaran agak rendah dan kurang keupyaan mentadbir.

Namun ianya satu percaturan politik yang bijak bag Lajim kerana aakan dilihat sebagai hebat bagi seorang yang baru masuk pembangkang tapi sudah diberi perhatian dan keistimewaan yang tinggi berbanding pemimpin pembangkang lain yang lebih senior dalam pembangkang akan di pinggirkan.

Sejak mengumumkan diri keluar dari BN/UMNO, Dato Lajim telah menjaja dirinya kesana ke mari dalam siri ceramah bahawa dia keluar parti kerana BN/UMNO rasuah dan dia ingin membela rakyat Sabah yang masih mundur dan dianak tirikan.

Dengan sentuhan sentimen, Lajim kata dia sanggup menjadi lilin membakar diri dan meninggalkan kemewahan semata mata untuk memjadi pembela kapada rakyat jelata.

Itulah cerita yang diulang-ulang sepanjang  tahun 2012. Kini terserlah hakikatnya mahu jadi CM..

4 comments:

  • Anonymous says:
    January 19, 2013 at 3:18:00 PM GMT+8

    ada ramai lagi yang keluar masuk parti dan join pulak pkr semuanya nak jadi MB dan PM,habis macam mana ni? kesianya...

  • Anonymous says:
    January 19, 2013 at 6:55:00 PM GMT+8

    Katalah BN menguasai sabah lepas PRU, adakah masih nak kekalkan Musa Aman? Berenti la Musa Aman. Lama sangat tak boleh bang, kang jadi macam DS Amar Wan Mokhtar dulu..:)

  • Anonymous says:
    January 19, 2013 at 8:41:00 PM GMT+8

    Musa punya saudara pun ada yg sokong lajim di boport. Apa cerita mau kasi kekal musa lagi. Peace Moses in english. Hahahahahahahaha.

  • Anonymous says:
    March 23, 2013 at 9:51:00 PM GMT+8

    Lajim telah terpukau dan termakan politik oleh Anwar Ibrahim dengan janji menjadikan beliau Ketua Menteri Sabah.Apa yang telah Anwar Ibrahim ditawarkan orang Beaufort? Tiada apa-apa.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)