Wednesday, January 30, 2013

Lepas Nasha, giliran Harun Taib


KUALA TERENGGANU: Seorang pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.

"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.



Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu DatukSeri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.

Sebelum ini Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, kesemua 13 ahli badan tertinggi parti itu yang hadir pada mesyuarat pada 13 Januari lalu bersetuju agar Nasharudin digugurkan daripada kedudukannya.

Majlis Syura Ulama PAS dianggotai seramai 15 orang ahli.

Menurut Nik Zawawi, dua lagi anggota majlis (termasuk Nasharudin sendiri) tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun beliau enggan menamakan siapakah seorang lagi yang tidak hadir. Ini menimbulkan tanda tanya, adakah Datuk Harun Taib merupakan ahli yang tidak hadir pada hari tersebut? - 

3 comments:

  • Anakbukitgantang says:
    January 30, 2013 at 10:45:00 AM GMT+8

    Analisis saya Harin Din akan dipecat memang ada basis kerana dia jelas menentang kalimah Allah dipergunakan kuffar-dan ini traits seorang Islam ASWJ

    Malangnya blogger pro pemerintah pula ambil Harun Taib seorang Wahhabi tegar dalam Majlis Ulama PAS

    Jawapan saya ialah Harun Taib takkan diBERSIHkan kerana dia Wahhabi, maka tindak tanduknya selari dgn polisi PAS

  • Anonymous says:
    January 30, 2013 at 11:33:00 AM GMT+8

    Mana ada Dato Haron wahabi.. mengarut je kau ni. Fitnah je.

  • Anonymous says:
    January 30, 2013 at 12:56:00 PM GMT+8

    PAS akang jadi janda Arab...ore tok seh dohhh lepas tuhhhh

    Nik Salbiah Nik Seman
    Kg Padang Lembut
    Ketereh

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)