Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak
Jangan angkuh... terimalah Wang Ehsan

Friday, January 4, 2013

Ku Li, anak raja tak peduli rakyat ditindas?


Tanah tinggi Lojing yang di toreh hingga kawasan yang hijau dan semulajadi boleh menjadi padang jarak padang tekukor sudah mula diperkatakan sejak tahun 90an lagi.

Ketika PRK Galas 2010, baru terdedah di seluruh Malaysia akan pelbagai masaalah dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan PAS dan keluarga diraja kelantan ketika itu (juga kaum kerabat Tengku Razaleigh) terhadap rakyat baisa, khususnya orang Asli yang hidup di hutan pendalaman dan tanah tinggi.

Kawasan semulajadi mereka ditebang dan dibuka tanah hingga sungai tercemar dan air bersih tiada untuk penduduk setempat. Kawasan habitat mereka untuk mencari mata pencarian dan tempat sumber makanan terjejas dan memutuskan punca kehidupan.


Tanah yang dibuka menjadi Ladang Rakyat yang mengkayakan taukeh Cina dari luar Kelantan dan sebahagian kecil hasilnya pergi ke penyokong dan aktivis PAS.... bukan rakyat Jajahan Gua Musang.

Tanah-tanah yang diteroka dan diduduki orang dan penduduk Gua Musang tidak diberi geran tapi diberikan orang luar yang kebanyakkannya ahli PAS. Dipercayai adalah pihak tertentu yang mempunyai kenalan atau pengaruh termasuk kaum keluarga diraja ketika itu yang turut diberi bahagian-bahagian yang besar.

Mana lagi isu rumah PPRT yang diroboh oleh PAS dan tidak dibenarkan orang awam duduki atas nama politik parti untuk sabotaj kemudahan yang dibina untuk rakyat.

Hairannya Tengku Razaleigh sebagai wakil rakyat terlama dalam sejarah untuk jajahan Gua Musang dan Ketua Bahagian UMNO Gua Musang menahan perkara-perkara begini dari dijadikan isu pilihanraya kecil Galas.

Dia menahan brake dan melarang jentera pilihanraya UMNO Bahagain atau Pusat memainkan isu-su ini.


Dalam skandal tanah-untuk-jawatan MB yang melibatkan tanah Relai sebesar 10 ribu ekar dalam daerah Ciku di jajahan Gua Musang, Tengku Razaleigh berdiam saja.

Dia boleh tegur kerajaan pusat macam-macam tapi bila salahlaku PAS, diam saja dia..

Difahami pegawai Tengku Razaleigh telah melarang UMNO Pusat atau sayap UMNO atau UMNO tempatan dari menjalankan apa sekali program atau usaha hebahan berkenaan skandal ini. Mana-mana pihak mahu mainkan isu di kawasan Gua Musang perlu dapat kebenarannya.

Eh ... selalu Tengku Razaleigh komplen mengenai sikap warlord pemimpin peringkat bahagian, tapi mereka masih sedia akur kepada kepimpinan pusat. Ku Li boleh halang pusat dan sayap UMNO buat program. Ini amat menghairankan.

Kenapa Ku Li mahu larang sebarang program diadakan atau isu-isu Gua Musang dihebahkan untuk pengetahuan rakyat? Bukankah ini isu-isu yang membabitkan rakyat dan menyedarkan rakyat akan penindasan dan penyelewengan PAS ke atas rakyat jelata?

Selalulnya orang yang suka sorok-sorok akan ada sebab tertentu. Apakah sebab yang mendorong Ku Li menyembunyi sesuatu yang boleh memguntungkan parti?

Adakah kerana dia malu sesuatu begini berlaku di kawasannya? Kalau begitu, apa yang telah dilakukannya? Terfikirkah dia ... kalau kawasan dan rakyat jelata yang diwakili pun Ku Li tidak boleh jaga kepentingan dan kebajikan mereka, bagaimana Ku Li masih tidak malu teruskan sebagai ahli parlimen?

Kataya Ku Li ada citacita nak merampas kuasa jika keadaan lebih kurang 50:50. Rakyat sendiri tak boleh jaga, inikan pula nak jaga rakyat satu Malaysia.


Mutakhir ini, Ku Li bukannya membantu tapi mengeluarkan kritikan yang sungguh tidak patut terhadap Dato Najib. Ada pula dalam isu royalti minyak, dia menyokong agenda pembangkang dan akhirnya terbukti apa yang dia ingat dia lebih tahu kononnya dia yang derafkan undang-undang ternyata kalah di mahkamah.

Deraf undang-undang perihal minyak yang konon dia terlibat karang pun rupanya dia sendiri tak faham!

Kami tahu keluarga di raja ketika itu banyak terlibat dalam pengambilan tanah dan peninadasan rakyat tempatan. Adakah Ku Li menutup salahlaku mereka?

Entahlah ... betul ke orang Ku Li kata Ku Li maksum tak buat dosa dan tak buat harta untuk dirinya???

2 comments:

  • paktam says:
    January 4, 2013 at 9:56:00 AM GMT+8

    Seorang lagi ialah Awang Adek. Mustahil tidak tahu apa yang berlaku jika dia yang mengeluarkan surat sokongan (jika bwnar).

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 11:17:00 AM GMT+8

    seorg lg ialah datok pa, x kan tak tahu langsung, kritikan diapun selamba dan sepintas lalu shj, x ada bisa langsung sbg menteri peringkat pusat x kan x ada laporan lngsung kpd dia, BERAT NANANG DOH ORE KELATE......................ISLAM SGT PERINGKAT ZUHUD DAH KALIAN NI..........PUIIIIHHHHH

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)