Sunday, January 6, 2013

Kalimah Allah: Mat Sabu ketepikan pandangan flip flop Nik Aziz dan Hadi?

Pegawai khas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, David Yam Boon Leong menyuarakan kekesalan dengan tindakan Lim Guan Eng yang gemar memainkan isu agama dan kaum untuk kepentingan peribadi dan politik mereka.

Dengan menimbulkan isu kalimah Allah yang tidak harus dipolitikkan, Guan Eng mahu menimbulkan masaalah antara orang Islam dan Kristian di negara ini.

David harap Guan Eng harus sedar bahawa usaha membina negara bangsa sejak lebih 50 tahun dahulu oleh kerajaan lebih sukar berbanding meruntuhkannya. Baca Utusan Malaysia SINI


Sementara itu, PAS pula 'flip flop' dalam isu ini.


Tuan Ibrahim telah timbulkan bahawa Allah nama tuhan dan bukan perkataan untuk tuhan. Dr Mashitah pun ada menulis panjang lebar dari perspektif lain-lain ugama berkenaan kalimah Allah yang hanya diguna coptic Christian Arab.

Apa pula gereja lain yang tak guna bahasa Melayu nak sibuk-sibuk? Ini pernah disuarakan oleh seorang paderi.



Dulu ketika isu ini mula ditimbulkan, AJK Pusat PAS telah buat kelutusan menyetujui kalimah Allah digunakan untuk gereja pada tahun 2010. Hanya mereka-mereka seperti Ustaz Dato Taib Azamuddin, Nasrudin Tantawi dan Dato Harun Din saja yang menentang keras.

Kini ramai pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mujahid dan lain-lain macam lalang menukar pendirian mengikut aliran politik dari aliran hukum dan fakta.


Pengerusi, Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mendakwa Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa pernah secara peribadi menyuarakan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh agama lain dalam satu dialog ugama satu dialog agama di sebuah gereja di Seberang Perai, dua tahun lalu. Baca Utusan Malaysia SINI


Timbalan presiden PAS, Mat Sabu yang mengaku kurang pengetahun ugama tak semena-mena mengulang sokongan PAS kepada penggunkaan kalimah Allah untuk diguna gereja yang katanya telah di persetujui PAS pada 2010.

Suka paderi-paderi yang berniat nak kafirkan orang Melayu Islam. Bca AIDC SINI

Dato Dr Hasan Ali menempelak kenyataan Mat Sabu sebagai petunjuk PAS dikuasai Anwarinas dari golongan ugama. Macam mana dia boleh sewenang-wenang membuat kenyataan itu apabila pemimpin PAS seperti Hadi awang, Mustafa Ali, Dr Rani Osman dan Harun Taib menyatakan tidak persetujuan.

Baca Utusan Malaysia SINI


Tempoh hari JMPP telah melancarkan kempen mengumpul tandatangan bagi membantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung desakannya agar kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Baca Utusan Malaysia SINI

Dikhabarkan MIM SINI, Guan Eng cabut lari apabila diketahui NGO=NGO Melayu Islam menunggunya di Lapangan Terbang. Pengecut rupanya Ketua Menteri dan Setiausaha AGung Pulau PInang.

2 comments:

  • Anonymous says:
    January 6, 2013 at 11:58:00 AM GMT+8

    Ini masaalahnya bila "cerdik pandai" PAS berguru dengan Ostad Mat S.,salah seorang PKR sleeper in PAS dan menjadikan beliau tempat rujukan

    Ibrahim Kati

  • Anonymous says:
    August 30, 2013 at 9:25:00 AM GMT+8

    Setahu saya Kristian tak pernah gunakan perkataan "Kalimah Allah", perkataan yang digunakan oleh Kristian ialah "Allah" sahaja. Mungkin anda tidak melihat perbezaannya tetapi sebenarnya ada perbezaan yang besar. "Kalimah Allah" untuk Islam sementara "Allah" untuk manusia sejagat kerana KITA MANUSIA adalah MILIK ALLAH. (callybambang)

fda

Link2Me WeLinkBk (254)