Visitors

Friday, January 18, 2013

Jeffrey STAR main belakang, Mahu Sabah keluar Malaysia



Pada masa sambutan Hari Malaysia 16 SEPTEMBER yang lepas, Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan ada memperi perutusan yang membayangkan mahu bawa Sabah keluar dari Malaysia dan membentuk kerajaan baru yang dipanggil North Borneo.

Berikut bunyi perutusannya yang diedarkan oleh Parti STAR.

PERUTUSAN dari Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan :

Mari Generasi Muda North Borneo (Sabah) undi Parti STAR! 

Salam hormat, salam perpaduan dan salam Merdeka North Borneo (Sabah) yang ke-49 tahun. 

Disini, ingin saya serukan kepada anda semua yang cintakan negara ini (North Borneo-Sabah), yang mahu memperkasakan negara ini, kerajaan ini demi kepentingan bersama untuk bersama-sama memberi mandat dan kuasa kepada PARTI STAR dibawah pimpinan seorang "Pejuang Hak-Hak Negara North Borneo (Sabah)" iaitu Dr.Jeffrey G. Kitingan.

Dibawah kepimpinan beliau, masa depan negara kita akan lebih dan sangat terjamin kerana mereka telah menyediakan dasar yang mantap untuk mentadbir kerajaan Negara kita. Dibawah pimpinan mereka, Hak-hak dan kepentingan Negara kita akan PASTI TERJAGA DAN TERJAMIN. 

Dibawah pemerintahan mereka, akan hilang isu-isu pendatang tanpa izin (pti). Dibawah pimpinan mereka juga, akan wujud 7 buah kerajaan dalaman (7 Internal Government) yang mana dengan wujudnya kerajaan dalaman ini akan membuka peluang pekerjaan kepada semua generasi muda North Borneo (Sabah). 

North Borneo (Sabah) terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat. Labuan akan diambil semua oleh kerajaan North Borneo (Sabah) dan satu Wilayah Persekutuan akan diwujudkan yang mana jumlah keseluruhan kerajaan yang bakal diwujudkan ialah 7. 

Dengan wujudnya 7 buah kerajaan dalaman ini, pecutan ekonomi akan menjadi pantas dan ini seterusnya memberi implikasi yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat akan membolehkan Kerajaan Baru Ini untuk membangunkan Negara ini dengan lebih lancar. 

Selain itu, 7 buah kerajaan yang bakal diwujudkan ini akan melancarkan lagi proses pentadbiran Negara Sabah yang mana ini akan meningkatkan kecekapan dan menjadikan North Borneo antara Negara di Asia Tenggara dan Dunia yang Terbaik! 

Adakah persoalan ini betul??? Hanya Jeffery Kitingan yang tahu jawapannya.

Masih ingatkah suatu ketika dahulu, Jeffery Kitingan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai "komplot" untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia???.....Fikir-fikirkan lah!!! Silap perancangan, buruk padahnya.

Blog 3 Sudu Besar

Ada patut jeffrey Kitingan ditahan bawah treason.

8 comments:

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 12:07:00 PM GMT+8

    Kalau rakyat sabah menyokong, tidak perlu lah dihalang. Mereka lebih tahu tentang diri mereka. Buat referendum sepertimana nenek moyang mereka dulu. Kalau majoriti menerima, keluar mereka. Kalau majoriti mahu bersama Malaysia, kekal mereka dalam persekutuan.

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 1:18:00 PM GMT+8

    usaha Syaitan meluaskan singapore..mencuri minyak & balak

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 2:33:00 PM GMT+8

    Biar bah kasi keluar.. nanti geng abu sayaf boleh masuk jadi kepala..filipina claim sabah aku punya..jefry boleh mintak tolong sama uncle sam kena jajah balik ko..sedih bah..orang makin maju ko makin mundur..

  • KK mali says:
    January 18, 2013 at 3:28:00 PM GMT+8

    Anon 12.07

    Bikan sesenang itu nak keluar dari federal. Tak puas saja, referendum, tak puas saja, referendum - mana boleh gitu bah. Nak buat negara ni macam kahwin bah - till death do we part - kalau ada masalah dalam perkahwinan tu biasalah, carilah jalan penyelesaian yang 'win-win' situation.

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 4:47:00 PM GMT+8

    boleh bah...keluar jak kau dr sabah.. senang2 org sabah keluar masuk nda masalah. kau tu sudah kaya raya mkn hasil haram..dpt lg duit dr gereja..
    ini lah rancangan gereja mo kasi islam lemah di sabah

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 9:09:00 PM GMT+8

    Gitu senang bah mau keluar masuk, macam masuk tandas saja. Kalau gitu Kelantan juga mau buat negara sendiri juga, Penang apatah lagi mau jadi wilayah 2 Singapore... Tapi 4 Wilayah Selatan Thai sudah 128 tahun berjuang ingin memerdekakan diri dari Siam, namun kehari ini masih gagal, beribu nyawa rakyat jelata yang innocent menjadi taruhan. Gitu juga Pol Pot di Kemboja bah, jutaan rakyat tidak berdosa mati dan melarat kerana cita-cita songsang seorang pemimpin. Bah, rakyat sudah cerdik, dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan cita-cita pemberontak.

  • Anonymous says:
    January 20, 2013 at 5:55:00 AM GMT+8

    Bagus le tu, Indon dengan Filipina boleh gang bang korang nanti.

  • Anonymous says:
    January 25, 2013 at 8:02:00 PM GMT+8

    Palui juga kau ne memang di sabah agama kristian lgi banyak dari islam so deal with it ok!!! Klu sabah keluar pun kami x akan ikut mana2 negara. Kami nak jadi singapore. Tengok singapore pintar awal2 dah keluar dari malaysia, sekarang dorang lgi maju dari kite. Malaysia ne banyak rasuah!!!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)