Sunday, January 20, 2013

Isyarat Tuanku Sultan Kedah untuk Mukhriz?


Hari ini adalah sambutan keputeraan ke 85 DYMM Sultan Tuanku Abdul Halim yang juga Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Di Satu majlis pengurniaan darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang telah diadakan pagi tadi di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Tuanku telah mengurniakan Dato Mukhriz Tun Dato Mahathir  pingat Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim (DHMS) yang membawa gealaran 'Dato' Paduka'.

Ahli Parlimen Jerlun ini yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah merupakan pembesar kedua yang menerima anugerah darjah kebesaran DHMS selepas Panglima Tentera Udara Malaysia Jen Tan Sri Dato' Rodzali Daud TUDM merupakan seorang lagi penerima.

Anugerah ini satu penghargaan kepada sumbangan dan peranan yang dimainkan Mukhriz sebagai anak negeri Kedah.

Mungkinkah ianya juga membawa satu petanda dari pihak istana yang mahu melihat satu perubahan kepada negeri Kedah. Penganugerahan adalah hak sepenuh Tuanku Sultan dan bukan hak sesiapa untuk persoal keputusan Tuanku dalam menganugerah pingat kebesaran negeri.

Hanya tertanya pada diri kami, kenapa pula kepimpinan negeri Kedah yang ada tidak dianugerah pingat tertinggi Kedah ini?

8 comments:

  • usin says:
    January 20, 2013 at 9:47:00 PM GMT+8

    pembesar kedah ramai yg bagus, tp bagus-bagus mcm tu je. takde yg terbagus di antara yg bagus. kira mukhriz adalah yg terbagus, so dia yg patut dpt pd pandangan tuanku sultan kedah. lgpun pemimpin dap tak sudi terima anugerah cam tu...

  • Anonymous says:
    January 20, 2013 at 11:34:00 PM GMT+8

    jgn buat malu pak hang dah la...

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 9:12:00 AM GMT+8

    Sejak Bila Sultan Ada Kuasa Memilih Calon? Rakyat ada otak pilih sendiri Tak payah di suruh olih Sultan!

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 11:49:00 AM GMT+8

    Anon 9:12.... mu keno igt sikit la bro.... sultan ada kuasa memilih calon anugerah pingat dan calon menteri besar....

  • Mr. Eee says:
    January 21, 2013 at 12:05:00 PM GMT+8

    anon 9.12..
    ko x abis bac nih...

    nih isu calon pingat kebesaran la, bukan calon pilihanraya...

    baca betol2 tau...

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 12:12:00 PM GMT+8

    Bodoh... Bilamasa die ckp pasal kuasa pilih calon... Die ckp kuasa utk pilih sapa yg dpt anugerah... Bangang... Bace betul2 la...

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 4:23:00 PM GMT+8

    pemimipin pas tak layak terima pingat tertinggi..tak ada satu jasa pun pada rakyat..

  • Nie Feng Malaysia says:
    January 21, 2013 at 6:21:00 PM GMT+8

    Masalah Masjid pun Sultan gak yang kena setelkan, nak pingat?!
    Nampak sangat Kerajaan Negeri Sekarang tak buat kerja... kalau tak salah kan orang, mesti suruh org lain buatkan kerja

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)