Thursday, January 31, 2013

IDEAS Tunku Zain perlu matang dan bijak tak diperguna

Tunku Zain dan rakan IDEAS yang ditaja kumpulan covert asing Mount Pellerins 

Pembangkang semakin terdesak sehingga Dap terpaksa memujuk akan anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyertai parti itu.

Dap tahu bahawa raja-raja Melayu merupakan payung kepada kedaulatan bangsa ini dan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu samada dalam ruang lingkup sosial, budaya mahupun politik.

Selain dari atas, Karpal anggap tunduk hormat terima darjah kebesaran satu penghinaan dan Tunku Aziz kata DAP adalah "pillar of chauvanism". Baca SINI dan SINI 

Orang Melayu dan raja-raja Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu.

Jika berlaku tembok pemisahan maka runtuhlah institusi itu dan malaplah masa depan bangsa Melayu.

Oleh itu 'menjaring' seorang anak raja yang muda dan idealis seperti Tunku Zain Al-'Abidin untuk menggangotai sebuah parti rasis dan perkauman seperti Dap boleh dianggap tangkapan besar atau 'slam dunk' dalam bahasa permainan bola jaring.


Inilah sebenarnya strategi Dap untuk menyucikan parti itu daripada stigma anti-Melayu dan anti-Islam yang telah melekat kepada tubuh badannya sejak ditubuhkan.

Apatah lagi jika ia berjaya memikat hati seorang anak raja untuk berdiri di atas landasan perjuangan 'Malaysian Malaysia'nya maka Dap akan mendapat pengabsahan paling besar untuk menyakinkan orang Melayu menyertai parti itu.

Dap cuba strategi yang sama terhadap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, seorang kerabat diraja Kedah dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia namun gagal.

Sejurus menerima keahlian Tunku Aziz, beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi Dap bagi mewakili kaum Melayu dalam parti itu dan kemudiannya digula-gulakan lagi dengan lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Lim Guan Eng cuba dan akhirnya akur dia cuba rasuah Tunku Aziz

Sebagai seorang yang bijaksana Tunku Aziz bukanlah seorang anak Melayu berdarah raja yang mudah diperbodohkan seperti mana yang diperlakukan oleh penasihat-penasihat Inggeris kepada raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka.

Sebelum terjerat lebih jauh dalam perangkap Dap, Tunku Aziz telah pun dapat menghidu penipuan dan kepalsuan parti rasis itu apabila bercakap mengenai soal orang Melayu dan Islam.

Bagi beliau, orang Melayu dalam Dap hanyalah tunggangan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Karpal Singh.

Dap tidak pernah memperjuangkan nasib Melayu dan tidak akan berbuat demikian untuk selama ia wujud sebagai sebuah parti politik.

Wadah perjuangannya hanya untuk kepentingan kaum Cina semata-mata dengan tidak mempedulikan hakikat bahawa bumi yang mereka pijak adalah tanah air orang Melayu.

Walaupun Tunku Aziz meninggalkan Dap, namun Guan Eng menggunakan kaedah rasuah politik untuk mengekalkannya dalam parti itu dengan menawarkan Pengerusi Institut Pulau Pinang dengan gaji lima angka.

Dah jelas kerusi BN lebih dari kerusi PR, DAP derhaka pengadilan Sultan Perak 

Semuanya ditolak mentah-mentah oleh beliau kerana selama ini Dap yang kononnys diyakini sebagai parti berbilang bangsa sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup satu perjuangan yang ekstrem kepada perkauman Cina.

Penolakan orang Melayu terhadap perjuangannya tidak mematah semangat pemimpin Dap, dan ia sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu.

Dap sanggup memanipulasi keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk meletakkan seorang 'Melayu celup' menjadi wakil tunggal Melayu walaupun sebelumnya semua calon Melayu kalah teruk.

Kini pandangan mereka beralih untuk memecah belahkan institusi yang memayungi orang Melayu apabila usaha mereka untuk meretakkan bangsa Melayu sudah gagal.


Dap berharap jika seorang anak raja boleh diyakinkan untuk bertanding pada PRU13 nanti atas tiket parti itu, sudah tentu ramai orang Melayu akan terpengaruh.

Mungkin Dap berfikir strategi mereka untuk menjadikan institusi raja-raja Melayu seperti keldai mereka seperti mana yang dilakukan kepada Pas, mereka amat silap besar.

Jika orang Melayu mampu menyedarkan raja-raja Melayu supaya tidak menurunkan tandatangan mereka bagi perjanjian untuk mewujud serta mengabsahkan Malayan Union pada 1948, sudah tentu untuk menentang perancangan licik Dap tidak menjadi masalah besar.

Sebagai anak raja, Tunku Zain perlu bijak, perangai elok sikit, belajar budi bahasa dan tanggungjawab pada alif, ba dan ta SERTA bukan jadi perkakas penjajah dan anti nasional seperti DAP! 

Mungkin Tunku Zainal Al-'Abidin sebagai seorang anak raja yang muda dan bersemangat perlu menelusuri dan mempelajari dengan lebih mendalam perihal sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dengan penuh kesedaran serta perasaan prihatin.

Jangan terjebak dengan permainan silap mata politik Dap yang secara luaran amat menarik hati dengan segala idealisme yang mengasyikkan jiwa dan kalbu sehingga akhirnya tersedar bahawa diri telah tertipu.

13 comments:

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 4:16:00 PM GMT+8

    "Namun, pada pandangan saya tiada satupun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti," kata Tunku Zain.

    Sungguh angkuhnya seorang kerabat Raja yang masih muda belia & too idealis bila membuat kenyataan yang sekaligus menidakkan jasa perjuangan rakyat terutamanya pemimpin2 UMNO dulu dan sekarang. Pemimpin2 yang telah berjuang mendaulatkan institusi raja2 melayu yang telah & sedang menikmati pelbagai keistimewaan sebagai kerabat diraja. Seseorang sepatutnya mengajar kerabat muda ini utk lebih berbudi bahasa dan berfikir dulu sebelum bercakap.
    Tak perlulah komen sampai xda satu parti politik ketika ini yang mampu menyamai Bapa Kemerdekaan. Bukankah Tunku Abdul Rahman orang UMNO?
    Jawaplah tak minat atau tak boleh join politik sebab awak tu kerabat raja. Sudahlah! Lupakah dia yang DAP, PKR & PAS atau Pakatan Haramjadah tu nak membuang institusi raja? Satu institusi yang telah memberikan kehidupan mewah kepadanya selama ini?
    Muhasabah lah Tunku Zain...!

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 4:54:00 PM GMT+8

    Undang.. Undang.. yg berkuasa di N9 punyai kuasa yg mutlak dalam hal hal Yang DiPertuan serta kerabatnya...

    Undang orang yg bijak dan punyai keistemewaan tersendiri...

    Kalau tidak Umno yg perjuangkan kedaulatan sistem N9...dilindungi dan disokong...

    Dikhuatiri..ada yg jadi tukang kebun atau pekerja biasa ajer...
    Ketika itu menyesal dah tak berguna...

    Yg ahli Dap berangan nak jadi MB pun tak dapat... Istana pun tiada nanti...
    Lihat saja begitu banyak hasutan PR untuk melawan Raja Raja Melayu...
    Sejarah ... nunjukan Hilang Raja kerana keturunan Raja jua punya angkara..

    Biarlah cerdik sikit..Ingat orang awam tetap tak berubah dari orang awam... tiada rugi pun... tapi sayang kalau dikhianati... buruk padanya...

    Undang perlu jaga kedudukan ini...

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 4:56:00 PM GMT+8

    tunku zain x payah la nk komen bynk psl politik..harus bersyukur dgn ape yg anda nikmati skrg..leave it to politician!

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 5:01:00 PM GMT+8

    Tunku pun dah meluat dengan penyanggak negara ni...sebab tu dia cakap macam tu...

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 5:10:00 PM GMT+8

    Anak raja macam nilah yang menjatuhkan institusi beraja..dan tidak akan dihormati lagi..raja akan lenyap jika tiada rakyat yang mendokong ..fikir fikirkan lah...

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 10:18:00 PM GMT+8

    DAP mau hapuskan institusi Raja Melayu dan Agama Islam, kenapa masih mau sokong?

  • Mato says:
    February 1, 2013 at 12:56:00 AM GMT+8

    Mintak maaf cakap laa.

    Kalau anak raja baru lepas umur 20 tahun dah pandai cakap kononnya tak ada satu pun parti di Malaysia yang memenuhi aspirasi ayahanda kemerdekaan, agaknya dia nak menafikan peranan UMNO mengangkat martabat raja-raja Melayu daripada menjadi perkakas penjajah dengan terus digulakan dengan takhta tanpa kuasa.

    Tak boleh fikir ke? Sejak Melaka jatuh ke Portugis pada kurun ke-16, tak ada satu pun sultan/raja yang berjaya menghalau penjajah keluar tanah melayu. Dari portugis, belanda, inggeris, jepun, komunis, dan akhirnya inggeris kembali.

    Sampai kurun ke-20, kalau tak kerana usaha UMNO, jangan mimpilah raja-raja boleh rotate jadi yang dipertuan agong.

    Kalau di China, maharaja terakhir Puyi jadi alat Jepun, dan akhirnya masuk penjara dan kena kerahan tenaga oleh pencetus revolusi China.

    Malahan di negara barat, peranan raja secara terus-terusan dipersoalkan dan dipersendakan. Rakyatnya begitu berani mempersoalkan duit cukai yang digunakan untuk mendokong institusi beraja meraka.

    Adakah orang melayu yang dipimpin UMNO melayan raja-raja melayu sebegitu? Nasib baik orang Melayu tidak mendokong fahaman sosialis yang sudah tentu menolak sistem beraja. Nasib baik UMNO berjaya menyedarkan orang Melayu bahawa mereka perlu berpaksikan raja sebagai pemerintah ulung di bumi berdaulat ini.

    Adakah UMNO tidak lagi mendokong aspirasi ayahanda kemerdekaan? Bagaimana pemerintahan beraja di Malaysia masih kekal sehingga ke hari ini? Adakah UMNO menentang raja-raja apabila calon-calon Menteri Besarnya di Perlis dan Terengganu ditolak oleh raja selepas PRU-12 pada 2008?

    Apa yang Tunku Zain perkatakan adalah sangat tidak wajar dan tidak layak diperkatakan oleh seorang yang mendapat tempat dan kedudukannya hasil usaha, darah dan keringat rakyat jelata, terutamanya orang Melayu yang mendokong sistem beraja. Yakni raja yang menjadi ketua negara, ketua bangsa, dan juga ketua agama Islam.

    Ingat Tunku Zain, tiada rakyat, siapalah raja.

  • Anonymous says:
    February 1, 2013 at 1:02:00 AM GMT+8

    kalau ikut sejarah N9, asalnya negeri tersebut tiada raja. Sebaliknya ia terdiri dari 9 daerah yang dikepalai oleh orang-orang asli.

    Disebabkan negeri jiran Melaka beraja, orang-orang asli yg 9 kelompok ini melihat ketamadunan melayu yang hebat dan mereka juga mahu disatukan oleh seorang raja.

    Bagi tujuan tersebut orang asli di sana bersepakat menjemput seorang putera raja dari Minangkabau untuk memimpin mereka.

    Sebab itulah N9 tiada raja. Yang ada di sana hanyalah yam dipertuan besar dan sehingga kini perlantikannya hendaklah mendapat persetujuan ketua orang asli di negeri itu.

    Ironisnya, Melaka yang terlebih dahulu beraja, keberajaannya hanya tinggal sejarah dan institusi yang sama di N9 masih ada hingga kini.

    Wallahu'alam

  • Harimau Kumbang says:
    February 1, 2013 at 4:12:00 PM GMT+8

    Sikap yg menyingkap akal yang tak panjang.
    Menang jadi arang,kalah jadi abu...

  • Abu Zain says:
    February 28, 2013 at 12:17:00 PM GMT+8

    Pertubuhan 'Ideas' ini kerja CIA yang menjadi alat Bangsters Antara Bangsa . Sila dengar kata-kata seorang film producer Hollywood yang menang beberapa tropi kejayaan,dan kawan baik dengan Nik Rockerfeller. Beliau diberi tahu rencana dibelakang DEMOKRASI bagi Amerika Syarikat yang kini dikongkong oleh akta keselamatan negara yang lebih teruk dari ISA . Taipkan di google 'Aaron Russo' lihat full documentary. Sangat2 menarik. Terima kasih

  • Anonymous says:
    February 28, 2013 at 3:55:00 PM GMT+8

    Dek kerana perangai anak anak raja yang dua tiga kerat inilah menyebabkan Institusi Beraja tidak lagi dihormati..dah terlampau mewah lupa diri dan asal usul..aku pun menyampah dengan kerabat kerabat yang berlagak dan mengada gada..darah kita sama aje cuma rakyat perlukan payung untuk naungan dan simbol untuk bersatu padu...kalau diri sendiri tak mau di hormati dan disayangi jadilah rakyat biasa biar raja yang betul betul berDAULAT menjadi naungan ku selain ALLAH.

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 9:46:00 AM GMT+8

    Majlis Raja-Raja must caution this prince and not be like Menteri KDN. Don`t let the Malay rakyat lose their respect.

    Bersyukurlah wahai anak-anak Raja.

    Bangsa Melayu berjuang untuk mempertahankan hak bangsa dan kedaulatan institusi beraja tetapi anak raja yang kononnya `well educated` mengkhianati perjuangan ini.

    Tahniah ... itulah yang dikehendaki oleh penentang bangsa Melayu.

  • Anonymous says:
    June 3, 2014 at 4:58:00 PM GMT+8

    Tunku Zain ni tabsub sangat dgn TAR tu sbb dedua sama mentality.. satu lg Tg Razaleigh.. pro-cina.. sorry to say, but IT'S TRUE!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)