Thursday, January 17, 2013

Hari ke 31: Mufti, Majlis Fatwa lebih benar dari ular mak PAS

Sembilan belas ahli Majlis Fatwa kebangsaan
Dalam isu kalimah Allah, akhirnya PAS akui pendirian Mufti-Mufti dan Majlis Fatwa. Bila hadi nak ikut mereka dalam hal Amanah Hadi? 

Kalau nama tuhan yang lebih besar implikasinya untuk Hadi ubah pendirian balik ke jalan yang benar, kenapa pula dia tak boleh tarikbalik Amanah Hadi yang jelas salah?

Hadi tarikbalik pendirian yang dibuat atas desakan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berhubung kalimah Allah dan sedia ketepikan persepakatan dengan mereka kerana Dewan Syura dah tetapkan kalimah Allah tak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Keputusan Dewan Syura yang mana sebelum ini pendirian itu kuat dipegang oleh Timbalan Mursyidul Am, Dato Harun Din dan ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib menunjukkan pendirian PAS dalam hal ugama agak "inferior" dan kurang kredibiliti dengan Mufti-Mufti dan Majlis Fatwa.

Ia menunjukkan pandangan yang bebas politik oleh Mufti-Mufti dan Majlis Fatwa lebih betul dan bersih dari niat dan kepentingan yang boleh menyelewengkan dari menyatakan kebenaran sebagaimana yang dilakukan PAS.

Majlis Fatwa dan Mufti dah katakan Amanah Haji Hadi itu salah, maka adakah rakyat nak dengar cakap PAS dan Dewan Ulamak, Dewan Syura serta Murshidul Samdol ATAU cakap Mufti dan Majlis Fatwa yang jelas katakan ianya salah?!

Oleh itu, bila Hadi nak tarikbalik kesalahannya melebihi tuhan untuk menghukum orang Islam yang masih Islam sebagai kafir?

KEMASKINI

Alah bestnya .... Ustazah Mashitah pun cakap benda yang sama.

Mashitah persoal kredibiliti Ulama dalam PAS.. 

Tindakan pemimpin Pas yang sering berubah pendirian dalam beberapa isu kebelakangan ini jelas mencalarkan kredibiliti ulama parti itu serta menunjukkan kejahilan mereka kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Sebagai contoh, dalam isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu, beliau berkata pemimpin Pas dilihat sering mengubah kenyataan mereka hanya kerana mendapat tentangan hebat daripada sesuatu pihak.

"Pemimpin Pas jelas sekali bercakap atas dasar politik dan bukan berdasarkan agama, sebab itu kenyataan mereka boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.

"Kalau bercakap ikut dasar agama, mereka perlu bercakap benar walaupun pahit dan tidak disukai pelbagai pihak, dan ini jelas menunjukkan mereka ini tidak jujur kerana berjuang atas tiket politik," katanya ..... baca seterusnya di Utara News SINI.

4 comments:

  • Anonymous says:
    January 17, 2013 at 10:33:00 AM GMT+8

    Beberapa hari selepas membuat kenyataan menyokong tuntutan DAP dan PKR dalam isu kalimah Allah tiba2 Nik Aziz membuat pusingan u. Lebih menarik bila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan 'Kalau ada agama lain yang tuhan tidak satu, ada tiga atau lebih (mahu menggunakan kalimah Allah), itu MENGARUT'.

    Ada beberapa perkara yang menarik untuk dilihat disebalik pendirian Nik Aziz dalam isu ini. Sekejap boleh sekejap tidak boleh.Pertama: Nik Aziz mungkin diberi kata dua oleh Dewan Syura Ulamak untuk menarik balik kenyataan atau menerima akibat dari sokongan awalnya. Kedua: Nik Aziz tidak memahami secra mendalam ayat2 Allah sehinggakan beliau 'gagal' memahami Surah Al-Ikhlas yang terang menESAkan Allah. Ketiga: Nik Aziz bukan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan bercakap ikut suka lidahnya sahaja. Keempat : Nik Aziz sendiri adalah manusia yang MENGARUT. Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    January 17, 2013 at 6:10:00 PM GMT+8

    Dari laman MalaysiaToday:

    The PAS Syura Council’s stance that non-Muslims cannot use the word “Allah” in translations of religious text is not applicable to Pakatan, says Azmin Ali.

    Anisah Shukry, FMT

    Pakatan is sticking to its decision that non-Muslims are allowed to use the word ‘Allah’, the party’s vice president Azmin Ali said today, despite the PAS Syura Council stating otherwise.

    - pimpinan PKR yg beragama Islam taknak dengar kata Majlis Syura ka???

  • Anonymous says:
    January 17, 2013 at 11:55:00 PM GMT+8

    Nik Ajiz bukan buat U-Turn..dia tengah pusing "Round about"..tu pun dah banyak kali pusing...nak ikut keluar jam berapa pun tak tau..pukul 12,3,6 atau 9..,sebab dia lupa kat mana dia masuk..pusing punya pusing..last-last salahkan UMNO sebab tak letak sign board..

    Camna ni nak perintah negara...?!

  • Anonymous says:
    January 17, 2013 at 11:55:00 PM GMT+8

    Nik Ajiz bukan buat U-Turn..dia tengah pusing "Round about"..tu pun dah banyak kali pusing...nak ikut keluar jam berapa pun tak tau..pukul 12,3,6 atau 9..,sebab dia lupa kat mana dia masuk..pusing punya pusing..last-last salahkan UMNO sebab tak letak sign board..

    Camna ni nak perintah negara...?!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)