Thursday, January 17, 2013

Hari ke 30 Nik Aziz bisu: Harakah buta huruf ke?


Haramkah Daily SINI memutarbelit mengatakan Pisau.net telah tarik balik tuduhan sebaik saja diugut akan disaman.

Pisau telah mendedahkan bahawa PAS telah memberikan tanah Kelantan seluas lebih 10 ribu ekar kepada Ngeh dan Nga untuk sokong perlantikan Nizar sebagai MB.

Dia hanya membuat ralat untuk membertulkan beberapa fakta. Sila baca apa yang Pisau.net telah tulis wahai orang PAS dan Harakah yang bebal dan buta hurup. Nak tulis jawi pun boleh tapi kalau Mahfuz Omar pun tak tahu baca Jawi, boleh ke pencacai cuci najis ini semua baca jawi???


Dia membetulkan falta bahawa tanah itu bukan pemberian tanah percuma tapi diberi melalui pajakkan kepada Upahdaya dan Ngeh ambilalih Upahdaya.

Pisau masih tetap dengan pendiriannya bahawa transaksi ini adalah hadiah atas sokongan Ngeh dan Nga kepada perlantikan Nizar sebagai MB Perak.

Dia tidak gusar dengan ugutan saman dan tawaran cheapskate Nga sebanyak RM1 ribu. Dia tak takut dengan ugutan blogger tertentu mahu dedahkan identitinya.

The Unspinners cadangkan kepada rakan-rakan blogger pembangkang agar usah masuk campur dalam hal antara ahli politik dan blogger. Yang memusuhi blogger adalah ahli politik yang tak amanah dan tak telus mahu menindas suara blogger.

Eloklah kita sesama blogger tak berlawan. Hari ini lawan, mungkin esok hari kawan. Ingat tu ...  Mesti tak sedap jika ada blogger tersalah orang dan orang itu saman kamu. Blogger sama blogger boleh buat tak tahu aje. Bukan blogger yang tak boleh ditahan-tahan bila malu.

Bertambah lagi jika blogger yang nak jadi hero itu ada fail tebal. Tak sedap sesama blogger mengenakan sesama blogger.

Yang penting dalam isu ini adalah untuk pihak kerajaan kelantan, Ngeh Nga/Upahdaya dan YIK bersikap telus dan embentangkan penuh butiran transaksi tersebut untuk menunjukkan ianya tidak ada salahlaku.

Buat masa ini, YIK dipercayai telah memberikan tanah tersebut pada harga yang terlalu rendah berbanding hasil yang jutaan boleh dipungut dari hasil balak, dan bakal diperolehi dari hasil getah dan kelapa sawit.

Ngeh enggan membersihkan dirinya dengan endedahkan harga pembelian syarikat yang mana nilai tanah itu adalah dalam lingkungan RM30-40 juta.

Agak pelik YIK yang kata memerlukan RM78 juta setahun sedia menerima RM1 juta setahun dari tanah seluas lebih 10,000 ekar dan tidak memajukan tanah itu sedangkan Upahdaya boleh majukan menggunakan wang dari Kementeriaan.

Jika tidak pada Upahdaya, kenapa tidak diberikan pada pemaju tanah ladang anak negeri atau Islam???

.

2 comments:

  • Anonymous says:
    January 17, 2013 at 1:54:00 PM GMT+8

    Dan jangan juga jadi bisu mengenai plan atas kertas ladang YIK jv UPSB dengan ladang ditapak...keluasan ditapak tidak sama dengan plan atas kertas,adakah ladang selebihnya ditapak milik orang bunian??

  • Anonymous says:
    January 17, 2013 at 1:56:00 PM GMT+8

    Dan jangan juga jadi bisu mengenai plan atas kertas ladang YIK jv UPSB dengan ladang ditapak...keluasan ditapak tidak sama dengan plan atas kertas,adakah ladang selebihnya ditapak milik orang bunian??

fda

Link2Me WeLinkBk (254)