Greetings

Thursday, January 10, 2013

Hari ke 24 N.Ajis bisu: 10 ribu pohon tak dapat, Cina DAP yang dapat

MOHD. SYAMSUL (lima dari kanan) menunjukkan laporan polis berhubung isu pajakan tanah kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin DAP di Kota Bharu semalam.

Dalam ucapan Dato Nik Amar di Majlis Jawab UMNO, Nik Amar kata kerajaan negeri beri tanah kepada orang ramai yang nak memohon. Dia guna Felda Relai sebagai contoh. Katanya siapa nak tanah, perlu mohon. Betul ke?

Ramai peneroka yang buka tanah dan usahakan tanah sudah dirampas tanah dan diberikan kepada orang2 PAs dari luar kawasan. Rumah murah KESEDAR ditahan pembeli untuk masuk dan ada dirobohkan kerana politik dengki PAS.

Bolehkah percaya pohon tanah kerajaan kasi. Berikut adalah laporan Kosmos bertarikh Januari 9hb:

Minda Pondok buat laporan polis

KOTA BHARU - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok di sini membuat laporan polis berhubung isu pajakan tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada syarikat yang dikaitkan dengan dua pemimpin DAP Perak.

Laporan itu dibuat Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof yang disertai lebih 20 ahlinya di Balai Polis Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 9.40 pagi semalam.

Menurut Mohd. Syamsul, laporan dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau berkata, selaku rakyat negeri ini, Minda Pondok tidak reda dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan memberikan tanah berkenaan kepada syarikat yang dikaitkan dengan dua pemimpin DAP itu.

"Pemimpin (negeri Kelantan) terdahulu tidak pernah berbuat demikian dengan memberikan tanah kepada orang luar, sebaliknya berlaku di bawah pimpinan Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang memerintah selama 22 tahun.

"Jika dahulu kami adalah penyokong mereka namun hari ini tidak lagi kerana tindakan pemimpin Pas ini dilihat rakus untuk mendapat harta dan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

"Semua rakyat Kelantan tidak bersetuju dengan perkara ini, walaupun apa alasan yang diberikan kerana masih ramai orang Melayu di negeri ini yang masih mampu dan layak untuk menguruskan tanah tersebut tetapi kenapa harus diserahkan kepada syarikat yang ada kepentingan dengan pemimpin DAP," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memberikan gambaran ia dibuat atas dasar kepentingan politik antara Pas dengan DAP.

Selain membuat laporan polis, Minda Pondok turut mengadakan perhimpunan aman di hadapan balai polis berkenaan sebagai membantah tindakan pimpinan kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Kosmo! 7 Januari lalu melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pajakan tanah lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya telah menerima fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut daripada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.



0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)