Greetings

Wednesday, January 9, 2013

Hari ke 23: UMNO itu, UMNO ini ... tak jawab juga N.Ajis dan forum


Sebagaimana kita janjikan akan ulaskan malam ini forum ISU GADAI TANAH: Menjawab Fitnah UMNO di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre Kota Baru yang diadakan pada 5 Januari baru-baru.

Kehadhiran memang ramai dalam 1,000 orang. Kebanyakkan adalah ahli-ahli dan penyokong PAS, seta Penghulu PAS kawasan Kota Baru, Bachok, Pasir Mas, dan Tanah merah.

Majlis dipengerusikan oleh Rosli Alani, Penolong Setiausaha Penerangan PAS Kelantan dan penceramah adalah 3 orang: Dato Nasruddin bin Daud, Speaker DUN Kelantan, Dato Dr Mohd Fadli bin Dato Haji Hassan, Exco dan Dato Nik Mohd Amar bin Nik Abdullah juga exco yang bercita-cita jadi MB kelantan dan ADUN Panchr.

Nik Aziz pengecut tak datang sebab dia tak tahu apa dalam isu ini. Gambarnya hanya ada sebagai Tok Pekong Siam untuk menarik penganut ajaran sesat (PAS) untuk datang.


Ucapan Dato Dr Mohd Fadhli bin Dato Hassan 

Dia mula dengan komen mengenai serangan terhadap Amanah Haji Hadi. Katanya ini isu yang dah lapok dan berumur 32 tahun (1981).

Biasalah bagi pemimpin PAs akan cuba mendedahkan isu ini sebagai tidak ada apa-apa kerana umat Islam dah berpecah dari zaman sahabat Nabi.

Mengikut lojik Dr Fadli, tak mengapa kita pecahkan ummah yang sudah berpecah. 

Selanjutnya ummah Islam yang dah berpecah tak perlu bersatu untuk menjaga kepentingan agama seperti biarlah ugama lain guna kalimah ALlah untuk kelirukan orang Islam untuk anggap tuhan Kristian yang tiga dalam satu sama dengan tuhan esa Islam dan dengan itu, PAS bantu paderi murtadkan orang islam. dan  kerana

Pendik kata, uacapan Dr Fadhli hanya menuduh UMNO macam-macam seperti serangan ini adalah untuk mengaburi rakyat. Dia mangaburi mereka dengan memfitnah ulamak muda UMNO berkata peperangan Palestin-Israel bukan jihad.

Dr Fadhili cuba menjustifikasi mesej Amanah Hadi dengan cara halus tak sebut kafirkan orang UMNO.

Katanya perbezaan pendapat akhirnya berbalik kepada Quran tapi ada pula tolak hukum Quran dan kata 30 tahun dahulu UMNO kata hukum hudud akan wujud kezaliman.

Kalau ikut ajaran Nabi, memutuskan silatulrahim lebih 3 hari jatuh fasiq. Quran juga mementingkan perpaduan ummah, akhlak, dan meletakkan keutamaan tertentu dalam Islam.  depa ni baca Quran kaaa?

Akhir sekali baru mereka kata UMNO amalkan politik suku, ugama suku kerana fitnahkan PAS gadai tanah pada PRU2008. Apa kaitan?

Dr Fadli tak jawab langsung atau jelaskan isu ini tapi hanya kata jika berterusan, mereka akan saman UMNO. Dah belajar dari Ngeh Koo Ham yang tak mahu jawab tapi hanya ugut nak saman. Baguih lah depa ... demokrasi ala SIngapura untuk tekan media.

Bebal bebal ... kena tipu pun boleh terpegun!
Ucapan Nik Amar

Nik Amar ada usaha nak jawab isu itu. Tapi yang dia kata hanya laporan dan maklumat UMNO salah. 

Lepas tu goreng yang penuh maki hamun pasal ....

.... UMNO dah lemas nak kalah, orang UMNO bodoh tak boleh dibentuk, Utusan dan Berita Harian orang gila kutip sampah, kajian kata UMNO dan BN dalam saat genting, Ibrahim Ali dan Tok Pa takde hadhir dalam majlis tandatangan perjanjian (hadhir saje buat apa? Apa isi kandung perjanjian?), ada orang UMNO (Tamrin bukan lagi orang UMNO) sedang teroka balak, isu dimainkan UMNO kerana orang Kelantan sensitif pasal isu tanah ...

Semua takde isi kandung. 

Dia beri justifikasi kepada tindakan PAS seperti berikut:
  • Katanya Yayasan Islam Kelantan (YIK) ada 25 ribu pelajar dan bil air/api mencecah RM1 juta sebulan diperlukan. (Banyak tu? Kalau nak pakai banyak duit, kenapa sewakan tanah Relai murah-murah?)
  • Tanah disewa kepada Cina kerana tiada orang Melayu yang boleh buat. (Syarikat Sawit bawah Husam Musa tak tahu ke bangunkan? Sapa kata takde Melayu boleh buat? Melayu PAS tu betullah tak tau ...)
  • Apa salahnya berniaga denagn Cina DAP jika MCA dan MIC pun berniaga? (Bukan masaalah Cina DAP nak berniaga tapi ahli politik PAS Kelantan berniaga dengan ahli politik dan pemimpin politik DAP Perak. Fahamkah asas etika yang kamu juga guna untuk bantai orang UMNO, MCA, MIC dll parti BN yang dalam berniaga menyalahi etika?)  
  • Tanah tak dijual tapi dipajak. (OK taken ... )
  • Enggan dedahkan nilai pajak tanah tersebut atas alasan rahsia dan panggil Ibrahim Ali bodoh. (Nilai tanah tak susah nak diketahui ... UMNO selalu disuruh telus tapi depa tak payah telus ka?)
  • Syarikat Upahdaya diterima 2012 maka tak melibatkan masa Nizar MB perak (Tak jawab transaksi ini lepas 2008 dan perkitraan untuk sokong nizar jadi MB. Ngaku pun lepas 2008!!!)
  • Katanya tanah ini boleh ditarik balik bila-bila masa (Lojik ke? Bodohlah pelabur nak melabur jika tanah boleh ditarikbalik sukahati kerajaan?)
  • Menjawab isu tanah rizab Melayu, dia kata kerajaan Kelantan tak pernah buat syarat syarikat tak boleh usahakan tanah. (Ini kena rujuk kanun tanah negara dan ekanmen negeri Kelantan) 
  • Dah ada Felda Relai yang membolehkan tanah diberi. Rakyat kelantan yang tiada tanah boleh mohon untuk diberi tanah (Abis tu ... apa cerita peneroka tanah Gua Musang yang tak diberi geran dan diberi kepada orang PAS dari kawasan luar?)

Silalah jawab dan hurai balik dengan panjang lebar setiap point yang dibentangkan hingga rakyat jelas.spin balik

Akhir sekali adalah Ustaz Nasaruddin Daud. Malangnya, dia juga tak jawab isu gadao tanah tapi hanya berkisar main isu Amanah Haji Hadi dan Hudud.

3 comments:

  • Jijan Mali says:
    January 9, 2013 at 11:03:00 PM GMT+8

    Inilah padahnya bila yang berceramah tu otaknya dikepala lutut dan yang mendengar ceramah tu jugak otaknya dikepala lutut. Kita boleh simpulkan sekarang ni Parti PAS-pis-pus adalah parti yang dianggotai oleh spesis-spesis manusia yang telah mengkepala lututkan otak mereka....muahahaha....

  • Anonymous says:
    January 10, 2013 at 10:14:00 AM GMT+8

    Pemimpin2 PAS dari atas sampai kebawah semuanya lemah dari segi pemikiran. Mereka cuma kuat nafsu sex. PAS hanya suka berceramah yang lebih bersifat monolog kerana bila berceramah mereka tidak akan disoal. Budaya ceramah maki hamun PAS sudah menjadi darah daging dan budaya mereka. Menuding jari kepada orang lain untuk menutup kesalahan sendiri menjadi amalan wajib kepada pemimpin2 PAS dengan harapan dapat meyakinkan ahli2 mereka untuk percaya setiap apa yang mereka katakan. PAS mungkin 'beruntung' kerana ramai ahli2 mereka kurang cerdik. PAS tidak suka kepada ahli2 mereka yang cerdik. Itu sebab mereka yang cerdik ini akan dilabel sebagai 'sampah', 'perangai tidak senonoh' dan sebagainya. PAS adalah parti 'ayam jantan yang kokonya berderai2 tetapi ekor bergelumang tahi'. Cuma yang PAS lupa ialah masih banyak juga ahli2 PAS yang cerdik seperti Cikgu Non yang berjaya membuatkan Hadi Awang 'terbakar kepanasan' kerana amanatnya sendiri. Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    January 10, 2013 at 12:44:00 PM GMT+8

    Bagus-bagus, ada orang observe apa yang puak Pakatan ni merepek semasa ceramah diorang, lebih bagus kalau ada rakaman.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)