Sunday, January 6, 2013

Hari ke 20 N.Ajis bisu: Harakah tidak laporkan majlis jawab fitnah UMNO?


Nampaknya 20 soalan yang kami keluarkan SINI semalam tidak dijawab oleh mereka-mereka yang bercakap dalam Majlis menjawab fitnah UMNO berkenaan gadai tanah. Ada lagi persoalan-persoalan. Kemudian nanti akan ditulis.

Majlis malam tadi yang diharap menjawab isu gadai tanah kepada DAP tidak terjawab dengan ikhlas. Kami menerima gambar-gambar dari Pusat Dagangan Kelantan malam tadi tapi dari laporan Harakah, mereka tidak berani menjawab.

Hanya ada laporan mengenai kenyataan Andansura dari Pahang.

Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang (LPPAS), Andansura Rabu hanya mampu menimbulkan isu UMNO sebagai hipokrit dalam aspek pengurusan hutan.

Beliau meneyebut Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia yang diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru yang meletakkan Malaysia sebagai ke 3 tercorot dalam dunia dalam aspek pengurusan hutan negara daripada 132 buah negara.

Butiran laporan ini tidak diketahui kerana mungkin ianya di putarbelit dari fakta sebenar.

Tak lojik aspek pengurusan kita begitu buruk hingga lebih teruk dari negara-negara dunia ke 3 dan mundur yang lain. Sebagai contoh Sarawak mempunyai akreditasi antarabangsa dalam aspek pengurusan hutan.

Kenyataan Andansura banyak berlegar mengenai isu negari Pahang dan nyata sekali membina isu politik terhadap BN di Pahang. Baca Haramkah daily SINI



Begitu ramai juga yang datang mahu mendengar tapi hairan sekali hingga pukul 11 lebih ketika posting ini ditulis tiada laporan dari Majlis Menjawab Fitnah UMNO malam tadi kerana setakat ini harakah tiada usaha untuk menjawab isu ini.

Yang ada hanya laporan Nik Aziz nak saman dan pembodek sokong. Selain iyu, harakah siarkan hanya kenyataan rasmi Ahmad fadhili.

Satu lagi adalah pandangan mantan Ketua Penerangan PAS dan kini AJK Pusat, Idris Ahmad yang kurang IQ dan EQ. Baca Idris SINI.

Jawapan politik bodoh Idris Ahmad akan dijawab satu hari kelak.

Selain harakah, blogger PAS pun belum jawab. Lihat Google Blog Search SINI

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (254)