Greetings

Tuesday, January 1, 2013

Hari ke 16 Hadi tak jawab: Tunggu lagi banyak dolak dalik


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang.

Dalam surat yang dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan, mesyuarat telah menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu menyesatkan masyarakat, seperti berkut:

1. percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO,
2. percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,
3. percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera
4. percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO
5. percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad
6. percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.
7. percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam, dan
8. percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.

Rujuk kepada Kedahan69ers SINI.

Isu Amanah Hadi timbulkan dari tulisan penulis CN Afghani. Ekoran dari itu, Mufti-Mufti yang bertemu telah menuntut Hadi supaya menarik balik Amanahnya.

Hadi pula berdiam selama 14 hari sebelum akhirnya menjawab dengan meminta 1 jam masa untuk bercakap di TV1 dan TV3. Sebaik saja Menteri penerangan bersetuju, timbul supaya dia berdebat dengan orang yang menimbulkan isu ini iaitu Cikgu Non. Dengan angkuh Hadi kata dia hanya cikgu ABC.

Usah risau kerana Dato Dr Rais Yatim akan meminta ilmuwan, ulamak, dan mereka-mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman akan bersama dalam program yang dirancang. Pasti lagi banyak dolak dalik Hadi.

Melihat Hadi berdolak dalik, Mufti Perak dilaporkan NST semalam SINI menempelak Hadi.

Perak mufti Tan Sri Dr Harussani Zakaria, in describing the request as unacceptable, said as a Muslim leader, Hadi needed to learn to have a sense of "tawadduk" (humility) and admit his mistake instead.

"Why would he want to set a condition to explain himself? If he is wrong, just admit it and he can do so without demanding for a live television slot," he said, adding that Hadi was sidestepping the issue by setting a condition to explain himself.

Harussani said Hadi should also repent as his message had caused disunity among Muslims in the country.

"He needs to repent and withdraw what he had said. By setting a condition, it shows how arrogant a person is."

Jangan hanya berhenti di kisah Amanah Haji Hadi. Dosa paling besar PAS adalah memakan harta anak yatim dan janda Memali.

8 comments:

  • Anonymous says:
    January 1, 2013 at 11:29:00 PM GMT+8

    Hadi dah sanggup kedepan RTM atau TV3 nak beri penjelasan secara live supaya tidak di putar belit oleh pihak tertentu. Bukan dolak dalik, tapi tak nak dispin oleh media perdana yang berat sebelah. Juga sanggup menjawab kepada JAKIM spt pernah dia berdepan dgn IKIM.

    Najib dan Rosmah, sampai bila nak diam diri tak jawab tuduhan Deepak?

    Hadi atau Najib, siapa yang lebih tawaduk ingin menjelas kebenaran.
    Najib patut ikut saranan Harussani, salah tetap salah walau diam diri.





  • Anonymous says:
    January 2, 2013 at 2:37:00 AM GMT+8

    Moga disaat hadi dikafan Allah berikan petunjuk supaya menjadi peringatan kepada yang hidup..Amin Ya Rabb

  • Anonymous says:
    January 2, 2013 at 5:35:00 AM GMT+8

    dah aku agak dah..

  • Anonymous says:
    January 2, 2013 at 7:34:00 AM GMT+8

    hadi menyorok di gua batu caves ke...

  • Anonymous says:
    January 2, 2013 at 9:53:00 AM GMT+8

    siapa hadi nak diberi peluang 1 jam ceramah secara solo. beliau bukan pm yang nak bagi perutusan raya. kalau hadi tawaduk, saya sarankan supaya disediakan seorang moderator, panel penyoal dan audiens terdiri daripada mufti2, jakim, ikim, majlis fatwa, wakil2 daripada jabatan agama islam setiap negeri, pensyarah dari universiti tempatan dan luar negara (khususnya dari universiti madinah, mesir dan jordan) dan wakil2 parti politik. saya syorkan supaya penyokong2 yang tak bertamadun diharamkan masuk agar tidak mengganggu majlis yang mulia ni. jangan benarkan hadi bercakap sorang2. jika tidak, akan jadi sama seperti anwar ibrahim yang memilih untuk berucap panjang di mahkamah, tetapi tak sanggup untuk disoal di kandang saksi. persoalannya, sanggupkah hadi berdepan dengan semua ilmuan islam. jika beliau sanggup dan berani, barulah kita boleh cakap soal najib pulak.

  • Anonymous says:
    January 2, 2013 at 10:17:00 AM GMT+8

    Dolak dalik Hadi Awang adalah bukti dia bukan ulamak seperti yang dianggap oleh Pengikut2nya. Hadi Awang ulamak sesat dan membawa kesesatan yang jelas kepada penngikut2nya. Semoga Allah membukakan hati kepada pengikut2 Hadi yang masih sesat untuk kembali kepada Islam sebenar seperti mereka2 yang sudah dibukan hati2 mereka. Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    January 2, 2013 at 11:23:00 AM GMT+8

    sebagai tambahan, kita jemput juga ngo2 islam seperti ILMU , JATI dan lain-lain pertubuhan islam. juga tokoh2 seperti ustz fathul bari, zulnordin, ismail mina, DHA dan tak lupa juga jemputan khas Cikgu Non Al-Alghani serta saksi2 yang terlibat secara langsung dengan amanat hadi. antaranya ialah bekas2 ahli pas yang pernah memutuskan tali persaudaraan sesama islam angkara amanat berkenaan dan mangsa2 memali. mereka semua diberi kesempatan untuk menanyakan soalan direct kepada hadi awang.

  • Anonymous says:
    January 2, 2013 at 8:48:00 PM GMT+8

    Kenape Hadi tak jawab kat Harakah

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)