Monday, January 7, 2013

Hari 21 N.Ajis bisu: 95% tanah Kelantan adalah tanah Rizab Melayu


Pas Kelantan langgar enakmen tanah?

PASIR MAS 3 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan perlu disiasat berhubung dakwaan pemberian tanah seluas lebih 4,000 hektar bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua wakil rakyat DAP Perak.

Bendahari UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, dari sudut undang-undang tindakan kerajaan Pas negeri itu dilihat bercanggah dengan enakmen tanah rizab Melayu.

"Kerajaan mesti tahu dalam undang-undang, mereka tidak boleh memberi milikan atau pajakan tanah kepada agensi atau individu bukan Melayu.

"Secara eksklusif ia boleh diberi kepada orang Melayu sahaja," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan banjir kepada penduduk Kampung Gelang Mas, dekat sini semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakkan di Kelantan itu.

Difahamkan, kira-kira 95 peratus tanah di negeri ini adalah di bawah enakmen rizab Melayu.

Mengulas lanjut, Hanafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata, dari sudut moralnya kemelut tersebut menggambarkan Kerajaan Pas Kelantan tidak berkredibiliti memandangkan rakyat negeri ini masih ramai yang berhadapan dengan masalah pemilikan tanah.

Beliau berkata, tindakan tersebut mengecewakan peneroka asal yang pernah menjadikan tanah tersebut sebagai sumber pendapatan mereka.

"Tanah yang diberi kepada wakil rakyat DAP itu pada asalnya telah ada peneroka terdiri daripada orang kampung yang mengusahakannya dengan menanam getah serta buah- buahan.

"Tetapi apabila diberi milik atau pajakan kepada orang lain, maka mereka terpaksa keluar. Ini sesuatu yang menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku kepada rakyat sendiri," katanya.

Utusan Malaysia

Peduli apa dia ... enakmen tanah ini warisan undang-undang british. Enakmen tanah untuk Kelantan ada dalam Quran ..

1 comments:

  • Pakcu Rantau Panjang says:
    January 7, 2013 at 6:32:00 PM GMT+8

    Apa yang nak Pakcu katakan ialah kebenaran akan muncul jua walaupun setebal mana kabus menutupinya...cuma masa dan keadaan yang akan menentukan....walahualam

fda

Link2Me WeLinkBk (254)