Greetings

Sunday, January 20, 2013

Hal cincin dah sumpah ... Bila nak tunjuk jam Omega?



“Saya berani sumpah…saya berani sumpah waallah cincin itu tidak ada di tangan saya langsung,”.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah SWT yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.

Isu cincin berlian RM24 juta yang didakwa milik Rosmah dan kemudiannya diputarbelitkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat timbul apabila rekod menunjukkan nama isteri pemimpin nombor satu negara itu dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan.

Bagaimanapun, perkara itu ternyata salah satu agenda politik Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.

Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.

“Tak kisahlah apa mereka nak cakap…biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa…kita ni sabar sahajalah.

“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar…saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada antaranya.

“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.


“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang ke rumah saya dan lihat sendiri cincin itu…tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.

“Sebab itu saya berani bersumpah…kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran…kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan.

Menurut Rosmah, sudah menjadi kelaziman untuk puak-puak pembangkang yang begitu membenci dirinya untuk mencipta 1001 fitnah keatasnya.

Justeru, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai sepenuhnya segala cerita-cerita buruk berkaitan dirinya sebaliknya siasat sama ada perkara itu benar atau tidak.

“Jadi mereka ini memang suka buat fitnah…kalau ada apa-apa soalan tentang diri saya boleh datang dan tanya pada saya terus.

“Jangan dengar cerita dari mulut orang seperti mereka ini,” katanya.

 SUMBER: PERAK TODAY

10 comments:

  • Anonymous says:
    January 20, 2013 at 12:04:00 PM GMT+8

    ANUwar bila pula nak sumpah?!

    Takut ke abng nuar oi??

    Takut kena makan dek sumpah!

    Tahniah DS Rosmah!

    Berani kerana benar, takut kerana salah macam bang nuar!

  • Anonymous says:
    January 20, 2013 at 1:11:00 PM GMT+8

    Pemberian kerakyatan kepada warga asing lebih sejuta dan keturunan depa sebelum merdeka dan selepas merdeka. Adakah sesuatu referendum telah di rujuk kepada umat Melayu sebelum menerima cadangan tersebut. Buat macam brunai. datuk sampai cicit bagi PR je sampai mati....

  • Anonymous says:
    January 20, 2013 at 1:12:00 PM GMT+8

    Pemberian kerakyatan kepada warga asing lebih sejuta dan keturunan depa sebelum merdeka dan selepas merdeka. Adakah sesuatu referendum telah di rujuk kepada umat Melayu sebelum menerima cadangan tersebut. Buat macam brunai. datuk sampai cicit bagi PR je sampai mati....

  • Afiq KLtown says:
    January 20, 2013 at 2:55:00 PM GMT+8

    Tahniah Datin Rosmah kerana bersumpah! Terjawab sudah segala galanya! Allah maha besar dan maha mengetahui tahniah kepada Datin Rosmah kerana bersuara demi kemenangan hak sendiri, zaman sekarang kita tak boleh berdiam diri pabila banyak fitnah yang dilemprkan bersuara, kita ada hak untik bersuara menyuarakan apa yg difitnah oleh mereka, semoga pihak pembangkang mendapat hidayah dan tidak.lagi suka menabur fitnah! Tahniah datin rosmah!

  • Daddy Cool says:
    January 20, 2013 at 2:56:00 PM GMT+8

    haa..yang ni aku setuju ngan kau bro...nampaknya anwar dan azizah mula menggelabah apabila rosmah bersumpah..apa lagi anwar??nmpknya rosmah lebih berani daripada anwar sdgkan anwar itu lelaki..lepas ni kita tengok masti ada pencacai2 pakatan yg akn cuba utk spin cerita ni...

  • Afiq KLtown says:
    January 20, 2013 at 2:58:00 PM GMT+8

    Anwar,mana berani bersumpah, tapi ada ura ura menyatakan dia akan bersumpah pada malam yang esok hari mengundi. Tapi sape yang tak kenal anwar, walaupun dia salah, dia berani buat apa saja kerana mahukan kuasa.

  • bro yul says:
    January 20, 2013 at 3:37:00 PM GMT+8

    tahniah rosmah kerana berani bersumpah yg dia x pernah membeli cincin seperti yg d fitnah oleh pakatan harami....sekurang-kurang nyer rosmah telah membersihkan nama nyer daripada fitnah jahat yg d tabur oleh pakatan harami....anwar dan jijah omega bila plak nk bersumpah ada berani ke??????aku tertunggu-tunggu jugak bila jijah omega nk tunjuk jan omega laki ndia yg d katakan ada dlm simpanan nyer klu x nak tunjuk bersumpah la jijah wey.....

  • Anonymous says:
    January 20, 2013 at 6:56:00 PM GMT+8

    Anon 1:11 & 1:12..tak ushlah nak putar2 isu..kalau dah tak de benda nak fitnah lagi..korek2 dan gali2 sampai jumpa fitnah lain...ermm..apa kata anon 1:11/12 komen Hadi & Nik Aziz pasal Kalimah ALLAH ,amanat kafir Hadi,murtakan umat Islam oleh Nik Aziz dan komen lah hal anuwar yg balun semua jenis jantina?ada berani ke tak??ikut huku dan persetujuan umat Islam atau penyokong Islam tak?

    Jgn lah anon 1:11/12 nak selak kain orang..kain sendiri tersingkap dan koyak rabak..terus2 dikoyak tak sedar.

  • mohammad azren says:
    January 20, 2013 at 7:14:00 PM GMT+8

    Abang nuar mana sumpah² atas nama Allah. Yang dia berani wat akuan bersumpah boleh la, itu pun macai²,dia yg wat pun. Pooooooodaaaaaah.

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 12:29:00 AM GMT+8

    Apa ler Anon 6:56 ni. Kau pahamkan betul2 apa yg Anon 1:11 tuliskan tu.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)