Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Thursday, January 24, 2013

Hadi hari 34: Sediakah kafirkan ahli PAS bantah Karpal?



PULAU PINANG 22 Jan. - Sekumpulan ahli Pas hari ini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin itu berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall dekat sini.

Mohamed Hafiz berkata, kenyataan Karpal yang mahukan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian itu merupakan tindakan biadab serta cuba mencampuri urusan agama Islam.

"Tujuan kami berkumpul di hadapan pejabat beliau kerana ingin memberitahu kami menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.

"Dalam masa sama, kami ingin memberi amaran kepada Karpal supaya jangan berterusan bersikap biadab dan cuba mencampuri urusan Pas kerana partinya sendiri tidak bersih," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di sini.

Kumpulan yang turut disertai beberapa ahli Pas kawasan Tanjong itu juga membawa pelbagai sepanduk yang tertera perkataan seperti 'Pas wajib keluar pakatan', 'Kami pertahankan Majlis Syura Pas' dan 'Meminta orang Melayu jangan undi Karpal di Bukit Gelugor' serta mengibarkan bendera Pas dan melaungkan slogan anti-Karpal.

Kemuncak demonstrasi menyaksikan bendera DAP dipijak sebagai simbolik kemarahan mereka terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun tiada sebarang kejadian buruk berlaku kerana kakitangan pejabat guaman Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak keluar.

Karpal sebelum ini meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Karpal dilaporkan berkata, langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang dicapai pemimpin pembangkang pada 8 Januari lalu.

Selain Karpal, turut menjadi sasaran kemarahan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man yang mana menurut Mohamed Hafiz, terlalu 'takut' menyuarakan pandangan tegas Pas negeri berhubung isu terbabit.

"Salleh boleh angkat kaki daripada terus memimpin Pas negeri jika beliau tidak mampu berbuat demikian.

"Apa yang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh beri kepadanya sehingga takut bersuara mempertahan Majlis Syura Ulama yang dipandang mulia ahli Pas?" tegasnya.

Turut menjadi sasaran kecaman ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Utusan Malaysia

2 comments:

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 8:15:00 PM GMT+8

    SALAM.. PAS JELUTONG DAN BAYAN BARU MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA KENYATAAN KARPAL SINGH UNTUK MENGKAJI SEMULA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS.LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU WAHAI KARPAL DAN GUAN ENG KAFIRUN. ORANG KAFIR SEPERTI KARPAL SINGH LENBOH ELOK JAGA AGAMA SINGH SAHAJA. JANGGU MENJADI TUKANG KARUT UNTUK MENGELAURKAN ARAHAN SONGSANG SEPERTI YB PERMATANG PAUH. HUKUM ALLAH LEBIH ADIL DAN TEPAT BERBANDING HUKUM KAFIR YANG SONGSANG. UNTUK SELURUH MANUSIA DIDUNIA INI, ISLAMA ADALAH THE WAY OF LIFE.

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 10:02:00 PM GMT+8

    On behalf of Pok Nik ambo minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut kerana pengikut PAS hak tak ikut Isle cara ambo telah menghina bendera DAP, ia itu parti politik yang sebulu dengan agama Isle cara ambo.

    Nik Bado Nik Terpa

fda

Link2Me WeLinkBk (254)