Greetings

Friday, January 4, 2013

Hadi hari 19: Dr Asri, tak ada adab ulamak untuk jadi panel

Terima kasih kasi saya publisiti dan galakkan saya yang tak ada adab 
Sinar Harian membantu burung merak peliharaan mereka untuk menunnjuk-nunjukkan ego dan ketiadaan adabnya dengan melaporkan kesediaan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi ahli panel.

Orang tak cadangkan dia tapi dia pulak sibuk tawar diri ...

SHAH ALAM – “Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi,” kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik).

Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri.

“Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno.

“Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, amanat tersebut pada dasarnya telah ditarik secara tidak langsung, tanpa menguar-uarkan kepada umum dan persepsi Pas dilihat semakin luas, selari dengan perubahan zaman.

Katanya, amanat tersebut menjadi kontroversi setelah dimanipulasi dan dipolitikkan oleh pihak tertentu, menyebabkan ia menjadi topik perbualan hangat.

Baca seterusnya di Angin Perubahan SINI.

Boleh rasakan Dr Asri ini ada agenda dan tidak ikhlas untuk mencari penyelesaian masyarakat walaupun dia kononnya tidak setuju. Tujuannya mengatakan ia tersebar kerana dimanipulasi dan dipolitikkkan oleh pihak tertentu adalah untuk 'playdown' isu ini.

Kalau dia tak setuju, kenapa dia nak playdown isu ini?

Mat ni tak usah diberi peluang.

Si tak beradab dengan si liberal

Si tak beradab dan ditangkap JAIS ajar ajaran sesat dengan si sesat tak beradab 

Dia hanya gilakan publisiti dan mahu sangat tonjolkan pandangan dan pendapatnya supaya jadi sebutan masyarakat dan akhirnya dia harap dapat mempengaruh masyarakat dengan pemikiran yang konon liberal dan terbuka padahal adalah WAHABI dalam selimut.

WAHABI mengamalkan Tarkiyah iaitu berpura-pura di hadapan orang apabila dia tak kuat, dia menindas mereka yang tak mengikuti pemikirannya.

Dia pun tak adil dalam pandangannya. Kalau dia nak kata UMNO saja menghebahkan dan mempolitikkan isu Amanah Haji Hadi, apa tidak Anwar Ibrahim idolanya dalam sembunyi-sembunyi.


Bagi membantu anwar, dia membuat komen agar tercemar nama Rosmah.

Blogger Din Turtle SINI merasa hairan dengan kenyataan Dr Asri ini.

Saya tak faham kenapa Dr Maza memperlekehkan buku biografi Rosmah yang bakal keluar dipasaran tidak lama lagi ...... Kenapa dikatakan RM150 itu satu pembaziran ? Buku tu belum pun keluar lagi, takde siapa baca lagi jadi kita tidak boleh lah tuduh yang bukan2. Kita kena BELI DULU dan BACA , lepas tu baru kita boleh nilaikan apakah ia satu pelaburan yang bermanafaat atau satu pembaziran.


Bagaimana buku Anwar cuba memberishkan dirinya dari tuduhan liwat seolah-olah dia bersih dan suci????
Ulamak tak akan cakap sedemikian untuk singgung perasaan orang. Entah di mana perlunya untuk dia komen buku rosmah?

Dr Asri seorang yang tak ada adab dalam dan tak layak pandangannya mendapat perhatian. Kenapa Sinar harian beri publisiti kepada orang tak ada adab? 

14 comments:

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 3:28:00 PM GMT+8

    Rasa2nya semasa Amanat Hadi (Dajal) dikeluarkan dulu budak Asri ni masih telanjang lagi, jadi bagaimana dia tahu akan persepsi semasa itu, lantaran itu oleh kerana terlalu nak menonjol maka dia pun buat komen mantah atau komen separuh masak.

    Menawar diri untuk menjadi ahli penal SL di TV mengenai Amanat Dajal Hadi dengan sendiri memperlihatkan betapa mamat yg pernah ditangkap atas sikap kurang ajarnya mengajar tanpa kebenaran itu cuba nak tunjuk pandai pada umum seolah2 dia orang terpandang.

    Kerajaan sepatutnya usah dilayan orang2 begini, biarlah mereka dengan kesesatan mereka sehinggalah datang penyesalan pada diri mereka, dan serahlah mereka kepada pengadilan Allah.

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 3:42:00 PM GMT+8

    ni salah satu dia perlekeh kitab lama tentang tauhid.

    http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw

    mcm dia pandai. jadi bahan ketawa dlm kuliah. memang orang mcm ni nak buat ikutan

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 3:51:00 PM GMT+8

    Dia ingat dia ada DR dia boleh cakap ikot sedap mulut?!

    Memang ULARmak spesis ini berlambak dalam PASetan!

  • panglima perangcyber says:
    January 4, 2013 at 3:56:00 PM GMT+8

    dah lama saya dok perhati dia ni.tak ada adab dan tentu tidak berkat.

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 4:44:00 PM GMT+8

    Astgaha!Selaku ulama Dr Asri membantu dalam meleraikan kekusutan ummah.Itu satu kewajipan.

    Dia menawarkan diri sebagai panel nak selesaikan isu.Baguslah!UMNO yang mulakan balik isu yang lapuk ni ada solusi ke?

    Takat hentam semata2 menang PRU..Buang masa je la

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 5:21:00 PM GMT+8

    Siapa2 yang kawan dgn N.Ajis adalah setan! Maza tidak terkecuali.

  • Rezu says:
    January 4, 2013 at 6:29:00 PM GMT+8

    (Ini adalah pendapat peribadi sy, terpulang mahu terima atau tolak)

    Sy rasa kalau tny org ramai apa itu "Wahabi", sedikit sekali yang faham. Malah penulis buku "Siapa Sebenarnya Wahhabbiy" sendiri tak mampu present argument dengan bijak - persis tulisan sesetengah surat khabar politik PR/BN. Apatah lagi mahu menuduh org lain "Wahabi". Adakah kita patut ambil jalan mudah dan hanya melabel org lain (utk discredit) tanpa mahu mendengar/memahami pihak itu? Bukankah ini strategi sama pihak media barat bila menggambarkan Islam ataupun Malaysia?

    Apa kata kita biarkan Hj. Hadi berforum, tapi kita sediakan juga soalan2 bijak berkaitan dengan amanat Hj. Hadi. Tentu banyak yg dia tak boleh jawab sebab amanat itu sendiri dibuat bukan atas sebab yg benar (that's y Dr. Asri pun tak setuju). This way, satu M'sia boleh nampak&kenal belang sebenar "bakal PM" mereka.

    Ingat, Hj Hadi bukan Hj Fadzil Noor.

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 6:41:00 PM GMT+8

    To Anon 3:42:

    Err, bila tgk video clip tu, yg nampak adalah kritikan dr.asri pada sesetengah guru yg khilaf pada penerangan tauhid. Takkan kritik benda betul dikira perlekeh? Adakah guru2 agama / kitab2 lama itu bebas dari khilaf atau maksum?

    Apa kata jawab kritikan tu dengan bijak. Lebih baik dari kata org lain "mcm dia pandai"

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 8:57:00 PM GMT+8

    ye ker...
    dah tengok semua klip asri ker?
    dah la selindung fakta dan kemudian memperlekehkan ulama terdahulu.

    takyah la geng pak wahabi ILMU dan asri dok backing konon macam ilmiah.asri pun bukannya maksum.hakikatnya dalam dunia ni takde sapa pun maksum kecuali Nabi jer.jadi buat apa amik ilmu dari geng pak wahabi asri dan yg lain.diorg semua pun tak maksum kan?

    bodo gila statement geng wahabi bila timbulkan isu maksum tak maksum

  • ALahaI sI LunCAi says:
    January 4, 2013 at 9:00:00 PM GMT+8

    HE!HE!HE!

    DALAM DUNIA YANG MENUNTUT KITA MEMILIH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN, USTAZ NI TELAH BERJAYA MENGELIRUKAN RAKYAT..SEKUPANG TAK GUNALAH DIA NI !

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 10:55:00 PM GMT+8

    Semua pemimpin kan PR umur dah lepas waktu isha'. Mereka kerja lentang pukang untuk menyambung nyawa. BANGKIT RAKYAT MALAYSIA KITA, KITA HANTAR MEREKA KE KUBUR PADA PRU13 NANTI.

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 10:57:00 PM GMT+8

    Semua pemimpin kanan PR umur dah lepas waktu isha'. Mereka kerja lentang pukang untuk menyambung nyawa. BANGKIT RAKYAT MALAYSIA KITA, KITA HANTAR MEREKA KE KUBUR PADA PRU13 NANTI.

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 10:58:00 PM GMT+8

    Semua pemimpin kanan PR umur dah lepas waktu isha'. Mereka kerja lentang pukang untuk menyambung nyawa. BANGKIT RAKYAT MALAYSIA KITA, KITA HANTAR MEREKA KE KUBUR PADA PRU13 NANTI.

  • Anonymous says:
    January 4, 2013 at 11:18:00 PM GMT+8

    http://drmaza.com/home/?page_id=585

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)