Thursday, January 17, 2013

Dr M: Kewarganegaraan diberi ikut peruntukan undang-undang


Tun Dr Mahathir Mohamad nampak relaks sahaja berdepan dengan gembar gembur pembangkang yang melabel beliau adalah pengkhianat kerana meluluskan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah semasa era pentabirannya dulu.

Bekas Perdana Menteri itu tanpa apologetik mengakui peranan kerajaan pimpinannya dulu tetapi menegaskan semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

Dalam sidang media selepas wacana di Karang Kraf Shah Alam pada petang Khamis, Dr Mahathir berkata pembangkang boleh tuduh beliau apa saja termasuk pengkhianat tetapi semua yang dilakukan berdasarkan undang-undang.

"Itu tak jadi masalah kerana dituduh (pengkhianat) oleh ramai orang. Tapi ada juga yang puji," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing (beragama Islam) di Sabah.

Ramli ketika menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada 1994.

Menurut Dr Mahathir, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

"Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."

"Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah.

"Seperti juga di Sumatera dan Semenanjung. Kita terima sesiapa yang ada di sini sebagai rakyat, kenapa kita nak tolak mereka?

Kalau mereka lakukan jenayah, mereka terdedah kepada undang-undang kita juga. Tetapi mereka diperlukan oleh Sabah."

Walau diasak bertalu-talu oleh wartawan, Dr Mahathir relaks jawab satu persatu persoalan yang dilontarkan.

Bahkan di satu peringkat, beliau memulangkan 'paku buah keras' kepada soalan seorang wartawan pro pembangkang yang mempersoalkan kenapa beliau beri kerakyatan kepada pendatang Islam warga asing di Sabah.

"Tunku Abdul Rahman lebih teruk dari saya, dia bagi kerakyatan kepada satu juta orang dahulu tanpa pemeriksaan teliti. Saya tidak nafikan pembabitan saya (di Sabah) tapi Tunku beri satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tiada siapa pertikai...," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya sengaja memberikan status kerakyatan kepada pendatang asing sebelum pilihan raya Sabah pada 1994 agar kumpulan berkenaan mengundi menyokong kerajaan, Dr Mahathir berkata ia mungkin berlaku secara kebetulan.

"Ia mungkin dilakukan sebelum pilihan raya negeri, tapi ia sama ada secara tak sengaja atau dirancang...saya tak pasti.

"Tapi ia dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Jika ia berlaku sebelum pilihan raya (negeri), ia tak bermakna bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Berhubung sama pemberian status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan alasan politik agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri itu, Dr Mahathir berkata: "Tidak ... ini adalah hak mereka (mendapat kerakyatan bagi yang layak).

"Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong Umno, BN atau siapa sahaja, itu hak mereka.

"Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN," katanya.

Beliau bahkan turut mengatakan kesediaannya untuk menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja tersebut jika keterangan beliau diperlukan.

"Jika mereka minta saya hadir, saya akan pergi," ujarnya.

Sepenuhnya di Agendadaily SINI

8 comments:

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 6:20:00 AM GMT+8

    ..yes!. suka sgt dgn jawapan sinis dari Tun.. cina2 kapiaq ni mmh tak sedar diuntung.. akibat lemak yg diberi gay tua kutuk nak mampos tu..

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 8:48:00 AM GMT+8

    Dimana yg dikatakan pengkhianat? yg saya nampak ini bukti yg menyatakan UMNO lebih mementingkan islam dari bangsa kerana majoriti yg diberikan kerakyatan beragama islam. Kedua yg diberikan kerakyatan sudah menjadi warganegara Malaysia. Dimana wujudnya unsur pengkhianatan kpd negara? Mereka tertakluk kepada undang2 Malaysia. Melainkan jika mereka mempunyai taraf 2 kerakyatan. Mereka juga bebas memilih kerajaan melalui pilihanraya. Bukannya kerajaan Malaysia boleh menarik balik status kerakyatan berdasarkan undi mereka nanti.So? Isunya?

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 10:14:00 AM GMT+8

    Iyer tak iyer jugak ek.... Tunku bagi 1,000,000 kerakyatan kepada warga asing dulu...dan 1,000,000 tu skarang dah beranak pinak dan kebanyakan jadi pembangkang...

    tak bising pun...

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 12:37:00 PM GMT+8

    Kalau beri kerakyatan kepada orang yang telah puluhan tahun menetap di Malaysia memang tidak menjadi kesalahan. Tetapi yang bodohnya, di Malaysia ni...lebih-lebih lagi kepada pemimpin negara yang bangang lagi bodoh ni, mereka beri kerakyatan hanya untuk memenangkan mereka dalam pilihanraya serta mengekalkan kuasa jahat yang mereka ada. Apa hukumnya jika berbuat sedemikian..sendiri mahu ingat la. Itu pun kalau pencacai-pencacai Umno yang otaknya serupa taik jika boleh berfikir ! Tidak ada satu pun pemimpin-pemimpin negara yang bangang lagi bodoh ni melakukan sesuatu pekerjaan ataupun tindakan kalau tanpa ada apa-apa kepentingan! Termasuklah pencacai-pencacai ( bloggers )Umno yang siang, malam menfitnah hanya untuk sesuap nasi !

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 2:07:00 PM GMT+8

    ANON DIATAS, PERSOALANNYA SEKARANG SEMUA WARTAWAN YG HADIR SEDANG CUBA KOREK RAHSIA KAITAN RCI DGN ANWAR... KERANA IA BERLAKU TAHUN 1994!!! LEPAS SETAHUN ANWAR DILANTIK SBG TPM.

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 2:23:00 PM GMT+8

    Kepada
    Anoymous January 18, 2013 at 12:37:00 PM GMT+08:00

    Apa masalah kau , kau setuju beri kerakyatan kepada org yg menetap puluhan tahun x salah, tp kau memaki org yang bagi kerakyatan tu apasal.. kalau bagi lepas pilihanraya pun next punya pilihanraya kalau org tu nak sokong tetap sokong, kalau tak nak sokong dah tentu BN kalah pada masa tu. sapa yang tak boleh berfikir sekarang, kau ke kami.
    Jgn berkata tentang hukum pada kami,dari kata2kau jelas membuktikan kau sendiri kecewa dgn sikap pemimpin kau sendiri.sedangkan BN memberi kerakyatan pada org2 yg beragama islam mejoritinya.
    kau yakin ke apa yang kau perkatakan ini bukan fitnah..
    Kau yakin ke jika bertukar kerajaan akan dpt merubah keadaan seperti yang kau harapkan.
    kau yakin ke pemimpin pilihan kau akan bertindak bijak sedangkan jelas sudah terbukti kebodohannya kerana telah diperguna semahunya.
    Apabila merancang sesuatu untuk kebaikan itu memang susah tapi untuk memusnahkannya memang senang dengan menggunakan sepotong ayat dan ceramah akn terhakislah segala kebaikan tersebut.

    wallahua'lam

  • Anonymous says:
    January 18, 2013 at 2:24:00 PM GMT+8

    Kepada
    Anoymous January 18, 2013 at 12:37:00 PM GMT+08:00

    Apa masalah kau , kau setuju beri kerakyatan kepada org yg menetap puluhan tahun x salah, tp kau memaki org yang bagi kerakyatan tu apasal.. kalau bagi lepas pilihanraya pun next punya pilihanraya kalau org tu nak sokong tetap sokong, kalau tak nak sokong dah tentu BN kalah pada masa tu. sapa yang tak boleh berfikir sekarang, kau ke kami.
    Jgn berkata tentang hukum pada kami,dari kata2kau jelas membuktikan kau sendiri kecewa dgn sikap pemimpin kau sendiri.sedangkan BN memberi kerakyatan pada org2 yg beragama islam mejoritinya.
    kau yakin ke apa yang kau perkatakan ini bukan fitnah..
    Kau yakin ke jika bertukar kerajaan akan dpt merubah keadaan seperti yang kau harapkan.
    kau yakin ke pemimpin pilihan kau akan bertindak bijak sedangkan jelas sudah terbukti kebodohannya kerana telah diperguna semahunya.
    Apabila merancang sesuatu untuk kebaikan itu memang susah tapi untuk memusnahkannya memang senang dengan menggunakan sepotong ayat dan ceramah akn terhakislah segala kebaikan tersebut.

    wallahua'lam

  • Sou Yuen says:
    January 18, 2013 at 2:36:00 PM GMT+8

    "Termasuklah pencacai-pencacai ( bloggers )Umno yang siang, malam menfitnah hanya untuk sesuap nasi !"

    Aik,one-side only bro?your side also need to take into account haha..if you accuse some matters,please provide proof,documents or anything related to support your accusition because you said so. Don't accused blindly, it will make you same like what you said huhu

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)