Thursday, January 10, 2013

Dr M "devil" atau N.Ajis ditolong setan patut taubat, Harun Din?


1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.

2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.

3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.


4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, “siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima”.

5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.


6. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat.



7. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan.


Baca sampai nombor 19 di Che Det SINI di mana Tun Dr M suruh Harun Din nasihat Nik Aziz yang kufur bertaubat.

9 comments:

  • Anonymous says:
    January 10, 2013 at 9:16:00 PM GMT+8

    Nilah masalah pencacai PKR dan Pas, dia terima bulat2 apa pemimpin mereka tanpa berfikir, Tengoklah siapa di sebelah Hj Hadi, Anuar Ibrahim, Haji hadi jadi orang
    suruhan Dap dan Anwar, Majlis Ulama Pas sendiri menentang. Siapa Lim Guan eng, dia anak kepada pencetus Mei 69, Siapa anwar ibrahim beliau ini penipu dan suka bercakap bohong, pencetus hura-hara dan demostrasi jalanan, jangan lupa sept 16, demostri selspas dipecat, BERSIH. Siapa haji hadi, dia ini mengeluarkan ucapan dipanggil amanat hadi hingga peristiwa
    memali dan kafir mengkafir
    siapa nik Aziz, di kata boleh berkawan dengan syaitan,
    Jangan dilayan pemimpin sebegini
    Penyokong kalimah Allah patut tonton isu Akidah di TV hijrah, tengok apa dah jadi di
    Indonesia LBGT berlelausa sungguh menakutkan mereka berselindung di sebalik hak asasi dan dapat dana asing macam PKR, agama kristian berkembang, bible dalam bahasa Indonesia, ini taktik mubaligh Kristain semasa pemerintahan Belanda, kenapa ramai bangsa indonesia berugama Kristian sekarang, Tatkala kita ada kuasa
    gunakan untuk kepentingan Islam dan memelihara Islam, Jangan terperanjat satu hari nanti Bible versi Melayu sampai di pintu anda dan di baca oleh anak anda and
    kalimah Allah digunakan untuk tuhan mere. Kenapa ugama Kristain berkembang di indonesia? Cuba berfikir sikit.Jangan naive.
    Jika dilihat kepada lim guan eng (anak lim kit siang) Anwar Ibrahim dan Haji Hadi, ketiga2 mereka ini ada persamaan yang nyata, Kerana mereka ini terjadi huru hara dan perpecahan di Malaysia. fikir2 gunakan otak. Mereka ini yang mahukan kalimah Allah digunakan di dalam bible versi melayu. Fikir gunakan akal bukan emosi

  • Anonymous says:
    January 10, 2013 at 9:58:00 PM GMT+8

    Umno dan puak2nya hipokrit tentang isu kalimah Allah.

    Pada 2010, Idris Jala umum bagi pihak kabinet BN/Umno dibenarkan impot bible dari Indonesia yang ada kalimah Allah.

    Pada 2011, Nazri Aziz umum bagi pihak kabinet BN/Umno benar guna kalimah Allah di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

    Dr Asri maklumkan kristian di Sabah dan Sarawak telah lama guna kalimah Allah tapi tak diwar warkan kerana sebab politik. Beliau sarankan lagu negeri Selangor dan bebrapa negeri lain ditulis semula untuk bukan Islam kerana ada kalimah Allah!

    Umno hipokrit habis! Sedarlah sikit bloggers-bloggers upahan rakyat tak buta

  • kamal hisham says:
    January 10, 2013 at 10:54:00 PM GMT+8

    Suruh vatican guna nama allah dalam ceramah harian dia di gereja besar di vatican then baru aku setuju. Ada berani??

  • Anonymous says:
    January 10, 2013 at 11:07:00 PM GMT+8

    Orang Kristian di Malaysia sibuk hendak menggunakan nama Allah di dalam Bible bukan tujuan apa, tapi sebenarnya untuk menyesatkan dan mengelirukan umat islam di Malaysia dan bertujuan untuk penyebaran agama kristian, jadi umat islam melayu yang jahil akan terpedaya. Satu dunia panggil tuhan mereka Jesus, paderi kristian di USA, Rome Europe mana ada yang pakai nama Allah, cuma di Malaysia dan Indonesia, tapi di sesetengah negara berbahasa Arab, penggunaan nama Allah adalah untuk tuhan, Tapi
    umat Kristian di Malaysia ramai berbangsa Cina atau India bukan berbahasa Arab, Tujuan penggunaan nama Allah hanya untuk mengelirukan bangsa melayu, dikalangan bangsa mereka kalau di gereja meraka kalau semua pengunjungnya adalah cina,
    mustahil mereka akan menggunakan nama Allah, mereka sendiri tidak suka. Jadi umat islam di Malaysia yang menyokong penggunaan Allah untuk tuhan, janganlah ambil mudah dengan maksud yang tersirat, sebab itu di Indonesia ramai bangsa indonesia yang menjadi Kristian sejak dari dakyah mubaligh kristain semasa penjajahan Belanda menggunakan Bible berbahas indonesia and Allah dalam Bible mereka, Jangan jadi naive, di kalangan mereka sendiri kalau sesama meraka, tak ingin mereka menggunakan nama Allah. Kalau di USA sendiri, tuhan umat islam sendiri mereka gelar 'Moon God', bukan Allah, Saya sendiri pernah berada di gereja di USa untuk tujuan interfaith , jadi saya faham dan mereka tidak suka nama Allah
    apatah lagi sebagai panggilan tuhan mereka. Umat Islam yang tidak tahu asal usul Kristian jangan terpedaya seperti umat Kristain diperdaya oleh Paul the saul berbangsa Yahudi pengasas ugama Kristian bukan Jesus saw. Paul yang pada awalnya anti kristian dan telah membunuh ramai penganut Kristian, telah mengubah
    doktrin ugama kristian menjadi seperti sekarang. Dia sendiri penentang ugama Kristian tiba2 berubah menjadi penyokong kuat dan dia sendiri tidak pernah berjumpa
    Jesus saw atau bukan salah seorang 12 disciple. Ini cara tersembunyi untuk merosakkan agama asal Kristian . Paul adalah seorang yang mahir didalam ugama2 pagan seperti tuhan Parsi 'Osiris' telah memperkenalkan konsep Trinity dan
    menjadikan ugama kristian universal, ugama seluruh umat bangsa dan menjadikan Jesus saw seperti tuhan. Jesus saw sendiri diutus hanya untuk bangsa Yahudi sahaja bukan Cina, India, Melayu, English atau Mat salih dan sebagainya dan ini sendiri tercatat di dalam Bible. Rasul seluruh umat dan terakhir adalah nabi Muhammad saw. Umat Islam di Malaysia jangan naive dan terpedaya.

  • Anonymous says:
    January 10, 2013 at 11:12:00 PM GMT+8

    Anon 9:58....
    Saya tak tahu le yg pasal kat WP dan Penang tu, dan saya akui memang sudah lama penggunaan kalimah Allah di Sabah Sarawak kerana pernah bertugas lama di sana.

    Tapi perlu saudara fikirkan. Kenapa pula nak bawa budaya tu ke sini? Sabah Sarawak tiada Sultan yg menjaga hal ehwal agama seperti di Semenanjung. Orang Melayu yg sepatutnya semua beragama Islam amat sensitif dgn kalimah Allah dan anda tak patut memenangkan orang bukan Islam, kononnya kata hipokrasi itu dan ini.

    Guan Eng terang2 mengungkit isu ini, memanding undi kafir dan menjadi champion utk mereka.

    Awak ni Islam ke apa? Nak sangat pakai nama Allah dalam gereja, sila la pindah Sabah Sarawak. Baru tahu langit tu tinggi rendah.

    Jangan satu hari nanti keturunan sendiri pun lebih jahil agama dan politik dari anda.

    Orang Melaka

  • Sou Yuen says:
    January 11, 2013 at 9:23:00 AM GMT+8

    "Umno hipokrit habis! Sedarlah sikit bloggers-bloggers upahan rakyat tak buta"

    Of course physically you are not blind, only your mind & aql' was blinded or maybe half-blinded. Another thing,please put away 'rakyat' word, we never get ourself into where you stand.

  • Anonymous says:
    January 11, 2013 at 12:09:00 PM GMT+8

    Makanya,berilah didikan agama yang cukup untuk anak anak kita.Supaya mereka tidak terpedaya.Nama Allah yang diperkenalkan kepada Rasulullah dieja dengan huruf alif lam lam ha..Allah itu tulisan rumi.Yang diperkenalkan selepas kedatangan penjajah.Nenek moyang kita dulu2 tak reti baca rumi,mereka baca jawi.Walaupun kita sudah merdeka,tapi ada yang masih diwariskan kepada kita.Rajin rajinlah baca Al Quran.Kita takkan jumpa nama Allah yang dieja dengan huruf A.L.L.A.H..walau berjuta kali kita membacanya..Kita hanya akan jumpa kalimah yang dieja dengan huruf alif lam lam ha..dan itu adalah milik kita,rasulullah tinggalkan 2 perkara yang mana kita tidak akan sesat selagi kita mengikutinya.Al Quran dan sunnah.Rasulullah pemimpin yang diutus Allah.Dan wajib kita beriman kepadanya.Pemimpin politik pilihan manusia.Raja2 pula ada yang menduduki takhta dengan rampasan kuasa sultan2 sebelumnya.Manusia yang melantik raja sebagai ketua agama Islam.Tapi ketua ketua agama ini,ada yang hanya bersuara dengan isu isu remeh seperti ini.Sedangkan raja raja Melayu ini,anak anak mereka ada yang kaki teguk kencing syaitan juga.Jadi,baiklah kita kembali kepada ajaran Rasulullah saw.Bukan kepada manusia biasa yang tidak terlepas dari khilaf,salah dan dosa.Tidak kiralah pemimpin politik atau raja raja..

  • Anonymous says:
    January 11, 2013 at 2:56:00 PM GMT+8

    Berpandukan pada kejayaan pendakwah kristian di Indonesia dan Singapura maka model kejayaan itu ingin digunakan di malaysia oleh mereka. sedarlah wahai saudara2 ku. Jangan biarkan bangsa kita di murtadkan oleh mereka.

  • Anonymous says:
    January 11, 2013 at 7:48:00 PM GMT+8

    Mati kerat 18 pun aku tak akan benarkan orang kafir guna perkataan Allah dalam apa ke adaan sekalipun.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)