Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Tuesday, January 29, 2013

Boleh ke percaya Dato Fauzi tu 'honest cop'?

Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat diperkatakan di beberapa blog. Gambar kecil: Fauzi
IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu telah menyertai Pas di kampung halamannya, Larut, Perak sebelum ini

Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Fauzi berkata, beliau telah membuat keputusan menyertainya selepas membuat beberapa perbandingan dengan parti lain antaranya, Umno, PKR dan DAP.

“Takkan saya hendak menyertai DAP…, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul.

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan… tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,” katanya.

Celah gelegar

Bekas IGP Tan Sri Musa Hasan yang dituduh pembangkang sebagai korup, kaya dan kepala gangster  hanya duduk di rumah lama satu tingkat di Petaling Jaya, lama satu tingkat.

Bekas Pengarah Siasatan Jenayah boleh mampu rumah bungalow dua tiga tingat di Shah Alam berharga beberapa juta. Siasat jenayah dapat komisyen ke Menteri KDN?

6 comments:

  • r0 says:
    January 29, 2013 at 11:45:00 PM GMT+8

    Bro,

    Musa hasan boros. Dia tak simpan duit masa keja. Semua abis buat minum petang n beli donut, alah polis. Btw, musa hasan takde anak baik2. Dia tak dapat dana bro. Itu pasal musa hasan duduk rumah 1 tingkat.

  • Anonymous says:
    January 30, 2013 at 12:29:00 AM GMT+8

    Semoga apa yg beliau kata itu benar..bukan nak pertikai...pembangkang dr dulu sampai sekarang kata PDRM kaki rasuah dsbnya....sampai aku pun 'ter'pecaya tohmahan pembangkang trhadap PDRM...

  • Anonymous says:
    January 30, 2013 at 12:41:00 AM GMT+8

    Boleh caya ke ni? Apa lagi SPRM siasat le sebab tuan punya badan dah cabar tu? Jangan last sekali tiada bukti kukuh dah le!!! Ayat biasa didengar bila kena Ikan Jerung. Kalau Ikan Bilis dah lama kena buat Budu Sos.

  • Anonymous says:
    January 30, 2013 at 8:18:00 AM GMT+8

    Suruh fauzi buat sumpah laknat...dia suci bersih kah...hoho

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 12:03:00 PM GMT+8

    Walaupun saya tidak menyokong Penipu Rakyat (PR) tetapi saya kira apa yang dijelaskan oleh Dato Fauzi ada kebenarannya.

    Apa nak hairan, lot tapak rumah saya beli dalam tahun 1990 dengan harga RM100,000 dulu pun kini dah berharga RM1.5 juta. Rumah yang saya bina dengan harga RM200,000 sekarang berharga RM1 juta.

    Jadi janganlah mempunyai buruk sangka terhadap beliau. Kita mungkin silap. Sekian, wassalam.

  • Anonymous says:
    January 31, 2013 at 9:13:00 PM GMT+8

    salam bro.. broo semua

    d fauzi saari adalah seorang pemimpin kerajaan pembangkang..
    kerajaan pembangkang DAP Pkr pas,
    membawa imej seorang penentang rasuah yang suci bersih dan beragama yang soleh,

    pertanyaan????
    dalam pas sendiri penyelewengan berunsur rasuah dah jadi darah daging penganut2nya.. songlap duit memali apa hukumnya dan perjuangannya pd ilmu kepolisan d fauzi.

    kes anuwar peliwat. syumulnya amalan rakan dato fauzie


    penganut dap saudara rapat islam dato.

    dato fauzi ibarat seekor anjing yang menyalak bukit tapi diekor bergelumbang tahi


    pencacai pencuci tahi





fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)