Greetings

Tuesday, January 8, 2013

BN Penang kencing Dr Novandri?

Bila jatuh, Dr Novandri macam sampah dibuang?

Beberapa hari lepas, sampai ke perkhabaran The Unspinners bahawa blogger pro UMNO dan sebahagian dari kumpulan UMB dikatakan meminta maaf kepada YB (Yang Bela Murtad) Khalid Samad PAS atas satu artikel lama.

Kami rasa agak hairan dengan khabar itu. Apa perlu Novandri meminta maaf? Bukankah ianya boleh diguna sebagai senjaya psywar kerana ini peluang untuk Novandri dedahkan satu persatu hipokrasi Khalid dalam mahkamah dan akhbar?

Terkini Harakah pula siarkan laporan berikut:


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.



Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri. 

Perkara ini ada kebenaran kerana memang dia telah minta maaf SINI.

Ada khabar Khalid Samad enggan terima maaf ini dan mahu teruskan saman. Kononnya mahu ajar blogger supaya lebih bertanggungjawab. kalau begitu, satu hari Khalid samad perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.

Ahli politik PAS lagi kuat dengan fitnah, maki seranah dan macam-macam kerana Nik Aziz halalkan dan kini anak Koperasi Kohilal yang tak amanah pun ikut cakap Nik Aziz.



Kenapa Khalid tak komen dan nyatakan setuju atau tidak pada Amanah Haji Hadi? Ia menentukan samada dianggap abangnya dan duit yang dia beri padanya ada kafir dan haram. Khalid selalu menyebut UMNO kafir dan itulah maknanya. Adik beradiknya hanya dia seorang yang Islam.

Rasanya ini adalah penyelesaian kepada kes ini.

Khabarnya Novandri tak larat nak membayar kos guaman. Heran pula kerana pada awal kes, ramai pihak nak bantu carikan duit tapi dikatakan tak payah kerana UMNO Pulau Pinang sedia bantu.

Akhirnya ada kata Dr Novandri tak dibantu langsung oleh BN Pulau Pinang. Masaalhnya Novandri hanya diam saja. BN Pulau PInang bukannya tak tolong tapi TAK NAK TOLONG. Alasannya adalah Dr Novandri tak menolong B penang pun LANGSUNG.

Eh pelik ... bukankah PM dan Menteri macam Zahid Hamidi, Hishamuddin dll terbuka mengiktiraf BN. Kalau tak salah, Utusan Malaysia pernah perakui Novandri dengan anugerah blogger terbaik ke apa? Takkan tulisannya tak ada impak dan menolong langsung.

Betulkah UMNO dan BN hargai dan iktiraf blogger dan peranan sukarela yang dimainkan? Adakah isunya BN Penang isu Gerakan atau isu UMNO?

Betul atau tidak, biar kami sebagai blogger yang tak henti menulis, memikirkan pasal BN dan melakukan kerja lain juga, suarakan rasa hati.

Kita tahu bila fitnah pembangkang dapat dijawab, penerangan dapat dilakukan, serangan atas pembangkkang dapat dilakukan,  'game' kita ke atas pembangkang atau penentang kerajaan menjadi, wah ... bukan main suka.

Tapi bila kita bermasaalah, dikatakan tak membantu pula.

Lain sekali dengan pembangkang. Bila masaalah disediakan loyar dan dibayarkan fee. Peralatan dibelikan dan yang terbaru dan tercanggih. Duit poket disediakan.

Apa erti setiap kali ada PC dan event, berduyun-duyun blogger di suruh datang penuhkan kerusi hanya atas isi perut makan saja dan minta coverage. Masa itu berharap sangat sokongan dan bantuan. Padahal bukan kerja blogger untuk laporkan PC. Itu kerja media lah pemimpin yang bebal!!!

Inilah nasib blogger yang sukarela. Ada difitnah ambil duit. Alahai ... kalau benar UMNO atau pemimpin beri blogger pun, berapa sen dia beri kepada blogger yang setengahnya tak kerja kerana nak fokuskan kerja blog.

Tapi sampai ada masa satu Menteri tergamak arah agensi bawahnya siasat blogger pro kerajaan sebelum laporan formal dibuat ke atas blogger tersebut. Ini melibatkan isu Negara Kristian yang sah berlaku. Menteri ini lakukan kerana dia berdendam dan mahu ampu Cina.

Katanya dia pun jaga blogger. Jaga atau perguna?

Adakah blogger hanya untuk diguna pihak atasan parti dan tak dihargai?

21 comments:

  • Pena Minang Return says:
    January 8, 2013 at 9:35:00 AM GMT+8

    Assalamualaikum tuan.

    Saya setuju dengan kenyataan tuan. Walauapapun, janganlah kisah ini menjadikan kita kecewa dengan perjuangan. Kita berjuang bukan untuk mencari keredhaan manusia, sebaliknya mencari keredhaan ALLAH S.W.T

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 9:36:00 AM GMT+8

    "...menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya."

    Ni ayat yang keluar dari mulut orang PR yang kononnya perjuangkan kebebasan bersuara.

    Tun Mahathir yang dikatakan "diktator" dan pemerintah "kuku besi yang menyekat kebebasan bersuara" pula TIDAK PERNAH menyaman mahupun melayan bloggers yang memanggil beliau dengan panggilan MahaFiraun, Mahazalim dan lain-lain. Gambar Tun Mahathir yang diedit pun banyak. Gambar edit DS Najib pun banyak. Satu pun tak pernah saman.

    Pakatan Rakyat hipokrit! Ptui!

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 9:50:00 AM GMT+8

    Harap semua geng blogger pro kerajaan lakukan sesuatu atau tekanan keatas pucuk pimpinan supaya melihat perkara ini. kalau ada menteri atau org kuat BN yang menjadi duri, maka dedahkan dan perangi mereka habis-habisan. Pada saya kalau macam ni punya layanan, maka para blogger kena ketepikan dulu pembangkang, angkat senjata(tulisan) untuk menentang anasir dlm BN.....

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 10:06:00 AM GMT+8

    Saudara Pembaca,

    Kalau beginilah sikap pemimpin UMNO Pulau Pinang, tidak hairanlah mereka kalah PRU ke 12 di PP. PRU ke 13, mana mana ahli ahli UMNO yang berangan angan hendak jadi YB boleh jilat jarilah kalau tidak ada perpaduan dan tolong menolong sesama sendiri
    Mungkin UMNO PP menuduh Dr.Mim tidak berperanan dalam UMNO kerana beliau tidak terhegeh hegeh menyibuk dan menunjukkan muka dalam aktiviti parti.
    Ini tidak bererti beliau tidak memainkan peranan untuk kepentingan UMNO.
    Saya antara pembaca yang mengikuti tulisan di blog beliau. Apa sahaja isu pembangkang menghina UMNO dan pemimpinnya beliau jawab semula. Beliau menolong UMNO mengikut kapasiti kebolehannya.
    Kalau saya tidak silap kes Khalid Samad terjadi selepas blog pro pembangkang menghina DSN dengan photoshop 'menghindukan' beliau. Mana ada ahli UMNO terutama ahli UMNO PP yang mengkis tohmahan ini?. Semua diam menikus kecuali beliau yang membalas dengan gambar dan artikel Khalid Samad .
    Ahli UMNO bukan hendak menolong kawaan yang tersepit tetapi tolong 'menyorakkan' lagi. Kalau begini caranya mana ada peluang menang PRU 13 dengan cemerlang?

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 10:16:00 AM GMT+8

    UMNO Penang tak dak telok......

    Play safe...ikut falsafah Golden Mean, takut ikut falsafah anti fragaliti. Orang UMNO baca artikel Andrew Shen dalam the STAR sabtu 5 december 2013. Fat hope lah BN nak rampas Penang kalaubadyik takut dan kemut je.....
    Ibrahim Kati

  • PemikirpolitikJerantut says:
    January 8, 2013 at 10:17:00 AM GMT+8

    saya setuju dengan tuan..

  • bluk says:
    January 8, 2013 at 10:38:00 AM GMT+8

    sukarelawan & penyokong2 umno bermati-matian melawan tuduhan,membuat pendedahan2 salah laku pembangkang demi memastikan bn menang besar kali ni.tapi pemimpin2 umno main selamat dgn xberani menyerang pembangkang.majoriti tumpang kredit usaha yg dilakukan segelintir pimpinan tertinggi bn.sebab 2 mereka tiada inisiatif apabila ad sahabat2 perjuangan yang di timpa kesusahan.kalo mcm ni la pny sikap,amat malang najib memiliki team mcm ni utk pilihanraya akan datang.bagi aku,kalo org mcm ni ketegaq sgt nk berubah,tau la aku nk mengajarnya ms pilihanraya nnt.

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 10:53:00 AM GMT+8

    saya harap Dr Mim jgn patah semangat..kami tidak mahu Dr berjuang separuh jalan..saya sokong perjuangan Dr 100%..- Rakyat Jelata Kuala Lumpur-

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 10:58:00 AM GMT+8

    Dr perlu disekolahkan lagi pasal bab fitnah, jangan pasal nak popularkan blog buat ikut kata followers. last tepaksa minta maaf tak berani masuk court pasal tahu fitnah belaka.

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 11:00:00 AM GMT+8

    Wahai bloger2 pro BN, jadi jadilah, tanya sama hati anda sendiri adakah tindakkan anda tu betul2 betul atau sebaliknya. cuba nilai pegangan ugama dan keyakinan kita pada Allah dan Rasulnya. Antara Pas PR dan Umno BN, mana satu yg baik? Saya pro pembangkang, awak nak ban, banlah. kawan awak kena saman, BN Penang pun ban dia, apa pelik sangat ngan ban awak.

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 11:02:00 AM GMT+8

    Wahai bloger2 pro BN, jadi jadilah, tanya sama hati anda sendiri adakah tindakkan anda tu betul2 betul atau sebaliknya. cuba nilai pegangan ugama dan keyakinan kita pada Allah dan Rasulnya. Antara Pas PR dan Umno BN, mana satu yg baik? Saya pro pembangkang, awak nak ban, banlah. kawan awak kena saman, BN Penang pun ban dia, apa pelik sangat ngan ban awak.

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 12:07:00 PM GMT+8

    Setuju dgn bro unspiners..Dr Novandri mmg dikhianati oleh BN P.Pinang...Umno Negeri pulak tolong spt mcm segan2. Nak tolong tapi byk ni je boleh...yg lain cari sendiri.

    Aku rasa kalau mcm ni la sikap BN dan Umno PP buat kpd Dr Nvamdri ..blogger Penang boleh boikot la menjelang PRU13..

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 12:15:00 PM GMT+8

    Unspinners,

    Nak tau jugak gambar yg mana satu yg dibisingkan oleh Khalid PAS ni. Yg aku tahu gambar photoshop Khalid dgn background ayat 'PAS is History'.

    Yg Khalid kononnya pegang tu bukan salib tapi huruf 't' ! kahkahkah....

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 1:02:00 PM GMT+8

    Alahai.... The STAR lapor hakim Mahkamah Penang yg handle kes MiM tu nama dia Varghese George Varughese! Kalau ikut nama, hakim ni agama Kristian.

    Isu artikel MiM pasal dia pertahankan kalimah Allah utk Islam sahaja tapi Khalid SOKONG Allah bole dipakai oleh agama Kristian.

    Alahai....

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 1:11:00 PM GMT+8

    macam-macam gelaran mereka beri pada orang UMNO, tapi takdela sampai hati mereka nak saman puak PR ni. Memang gila duit orang PR ni, pantang nampak ada peluang sikit, mesti saman.

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 1:49:00 PM GMT+8

    Inilah nasib bila jadi blogger yang popular... lebih-2 lagi blog pulak letak nama sendiri... memudahkan lagi nak trace siapa owner blog tersebut... Mana pergi UMB?? Takkan diam membisu sahaja?? mana Tun Faisal?? Kata dapat peruntukan juta-juta... Takkan tak mampu bela otai kita ni?? Oh ya... Lupa... Tun Faisal hanya berjuang demi tembolok sendiri... Mana pergi KJ?? Bukankah beliau juga sepatutnya membantu otai kita ni dari kena kitai?? Oh lupa... KJ hanya bantu orang yang pandai mengampu beliau... Apa fungsi UMB sebenarnya?? Adakah hanya sebagai penyebar tapi tidak ada semangat setiawan?? Maka sebab tiu aku tak join UMB...

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 1:52:00 PM GMT+8

    Nak jadi blogger, jadi sahaja blogger... Jangan jadi balaci pemimpin atasan... Kita dok himpit pemimpin atasan atas sebab apa?? Wang mereka... Mereka bagi wang... Mereka pergunakan kita... Bila kita dah takde nilai... Mereka buang kita... Inilah penyakit blogger zaman sekarang yang lebih suka mengejar populariti dari sekuriti... Inilah penyakit pemimpin UMNO juga yang bacul...

  • Anonymous says:
    January 8, 2013 at 3:57:00 PM GMT+8

    Kalau kita tak boleh tolong ke?
    Kalau sorang sumbang seringgit sepuluh orang dah sepuluh ribu.

  • Embo Bongol says:
    January 9, 2013 at 4:54:00 AM GMT+8

    Mohonlah kepada kerajaan. Apabila sudah dibantu, Blogger tidak inginkan bayaran. Tapi bela lah mereka. Mereka juga membela anda.

    Kepada blogger2. Jangan berputus asa untuk melakukan pendedahan dan teruskan perjuangan.

    Terima kasih

  • Anonymous says:
    January 9, 2013 at 4:30:00 PM GMT+8

    Dah dah PRU 13 , kalau tak pauas hati Pangkah PR je.

  • nshinah says:
    January 10, 2013 at 2:15:00 AM GMT+8

    Sabar novandri dan wahai pro-BN sekalian.
    Kita tetap berjuang kerana Allah, kerana nak pastikan Islam tetap berada di atas, selagi negara ini di bawah pemerintahan BN.

    Kalau PR menang, maknanya DAP menang, dan Islam tidak akan lagi diutamakan dalam polisi,urus-tadbir, pendidikan dll.

    Kita Bloggers tetap akan mohon Pertolongan dari Allah dan pastinya Allah akan tolong.

    Semua nya bergantung kepada NIAT.

    InsyaAllah kita yang ikhlas nak tegakkan kebenaran dan menangkis fitnah PR, akan menang dan mendapat bantuan dari Allah.

    Percaya lah

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)