Visitors

Sunday, January 6, 2013

Amiruddin mungkir janji ganti tanah pada Mufti Kedah


Akhbar sana sini menyiarkan isu Madrasah Salsaliah sudah selesaikan dengan kerajaan negeri setuju beri tanah lot gantikan tanah wakaf yang cetus kontroversi.

Ini hanya selesai untuk tuntutan ditarik balik oleh kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi.

Alasan dan hujah pihak kerajaan negeri adalah berdasarkan fatwa yang dikeluarkan Mufti Kedah beberapa tahun lepas. 


The Unspinners baru dapat tahu bahawa Mufti Kedah berani buat fatwa demikian dan tidak kelihatan melanggar syarat tanah wakaf atas perjanjian dari pihak kerajaan negeri  akan gantikan tanah tersebut. 

Mufti keluarkan fatwa dengan berpegang kepada janji akan tanah utu digantikan.

Pihak yang telah berunding dan pujuk Mufti Kedah keluarkan fatwa itu adalah exco kedah Amiruddin Hamzah. Ianya berasaskan hanya cakap dan janji.

Tapi akhirnya kerajaan Kedah tidak peduli untuk gantikan tanah wakaf itu. 


Amiruddin sudah mungkir janji kepada Mufti kedah dan kerajaan kedah sanggup menipu dengan menggunaka fatwa Mufti sebagai bukti.

Tanah itu dirampas kerajaan "Islam" PAS Kedah untuk dimajukan sebagai komplek pasaraya oleh pemaju Singapura. BUkannya untuk kepentingan orang ramai tapi kepentingan ahli perniagaan.

Adakah mungjin ada rasuah terlibat?

Adakah mungkin Mufti akan dedahkan perkara ini maka ini membuat pihak kerajaan negeri baru nak sedia kasi tanah lain?

Tanah mana dalam bandar yang nilai sama dengan tanah asal yang boleh mereka beri kepada madrasah 100 tahun ini???

3 comments:

  • Anonymous says:
    January 7, 2013 at 12:10:00 AM GMT+8

    Sebenarnya ini bukan madrasah atau surau...

    Sunyi sentiasa dan tiada jemaah pun...

    Ini cuma pejabat insurance saja,,,,

    Huhuhu

  • Anonymous says:
    January 7, 2013 at 7:33:00 AM GMT+8

    ia sunyi cz tiada jemaah. Tetapi apa yg penting adalah kedudukan nya yg berada di tengah2 bandar, yg nilainya sangat berharga.. ya mungkin sekarang ia tiada jemaah, tp 5-8 thn akn datang mungkin ia akn penuh dgn jemaah, tatkala naik office2 serta tempat kerja yg berdekatan dgn nya. Dikata akan digantikan dgn tanah yg berdekatan dgn tapak asal, nk tgk dimana tapak baru surau itu akn dibina.

  • Anonymous says:
    January 7, 2013 at 3:09:00 PM GMT+8

    tak nak komenlah soal ada jemaah atau tak.tp apa perasaan kita kalau kita wakafkan tanah utk agama...tiba2 kerajaan simply bagi je saja pd org lain

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)