Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, January 4, 2013

Adik beritahu Pang bunuh diri dan keluarga kerana 'depresi'




Polis sahkan RAPID bukan punca keluarga bunuh diri di Pengerang

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Insiden membunuh diri tiga sekeluarga di Pengerang, Johor, tiada kaitan dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60 bilion, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kemurungan dan tekanan emosi menjadi punca Pang Kim Yong, 63, nekad untuk membunuh diri bersama isterinya, Wong Ah Heng, 56, dan anak mereka Pang Kee How, 21.

“Ini seperti yang dikatakan adik kandung (Pang Mew Soon, 54) ... dia (Kim Yong) stress sebab isteri sakit ... tiada kaitan dengan projek RAPID,” tegas Che Mahazan kepada The Malaysian Insider.

“Ianya telah diputar-belitkan oleh media yang tidak bertanggungjawab (Harakah dan akhbar Cina).”


Dalam satu kenyataan, Che Mahazan berkata, ketika 1 Januari lalu sekitar jam 11.05 pagi, polis Pengerang telah menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang perempuan dan dua lelaki terbaring di sebuah rumah di Kampung Jawa, Pengerang, Kota Tinggi, dalam keadaan bilik rumah berkenaan bertutup rapat.

Siasatan polis jelasnya turut menjumpai pasu mengandungi arang terbakar di sebelah katil simati, dan hasil bedah siasat mendapati sebab-sebab kematian ialah “lemas akibat terhidu asap”.

“Motif bunuh diri kerana tertekan ‘depresi’ beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat ‘down sindrom’,” katanya dalam kenyataan.

“Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak memutar belitkan fakta dalam kejadian ini.”

Sumber daripada Umno Pengerang pula berkata, Mew Soon juga membuat laporan polis di Balai Polis Pengerang semalam ekoran laporan media yang menyebut tiga beranak itu membunuh diri akibat tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pembangunan projek RAPID.

“Kejadian ini juga tiada kaitan dengan isu pampasan tanah projek RAPID ... pengadu juga tidak berpuas hati dengan laporan akhbar yang menyatakan abangnya mati (membunuh diri) kerana tekanan akibat isu tanah pusaka dan juga tidak berpuas hati terhadap juru gambar yang mengambil gambar mayat abang, kakak ipar dan anak saudaranya.”

Dalam satu kenyataan semalam, Gabungan NGO Pengerang (GNP) yang berjuang menentang projek RAPID berkata kematian tiga beranak itu berkemungkinan  disebabkan tekanan yang bakal menyebabkan mereka kehilangan rumah tanpa pampasan yang sewajarnya.

“GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri,” kata Bendaharinya, Chua Peng Sin, dalam satu kenyataan semalam.

“Kami juga menggesa kerajaan melihat perkara yang berlaku, dikhuatiri akan berlaku lebih banyak tregedi di Pengerang.”

Katanya, beliau dimaklumkan saudara terdekat keluarga itu telah menerima notis makluman bahawa rumah yang didudukinya akan diambil RAPID dan mereka hanya akan menerima wang pampasan RM20,000 kerana rumah itu dibina di atas tanah orang lain.

“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah itu, dia ada meminta bantuan kerajaan pemerintah, malah sudah memaklumkan dia akan membunuh diri,” kata Chua.

Mayat ketiga-tiga mereka dijangka akan diserahkan kepada keluarga dan akan disemadikan selepas tiga hari kemudian.

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkaan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor.

Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.


Oleh Mohd Farhan Darwis
The Malaysian Insider

5 comments:

  • Anonymous says:
    January 5, 2013 at 10:13:00 AM GMT+8

    Harakah, PKR & DaPIG suka mainkan isu org yang dah mati..
    org yg masih hidup, bermati-matian MEMATIKAN FAKTA berkaitan rasuah, rasis & rancangan kerajaan.. pakatan rasuah & rasis paling bodoh..

  • Anonymous says:
    January 5, 2013 at 10:24:00 AM GMT+8

    Setiap kematian tragis yang melibatkan orang cina akan menjadi bahan fitnah sensasi pembangkang. Tanpa peduli emosi keluarga yang ditinggalkan, pembangkang akan memainkan kematian tersebut untuk memburuk2kan kerajaan seolah2 kerajaan BN berhak untuk menentukan hidup mati sesaorang.

    Kes kematian Teo Beng Hock, S Kugan dan banyak lagi dijadikan isu besar dengan harapan majoriti rakyat akan termakan dengan dakyah jahat pembangkang. Hanya mereka yang tidak mampu berfikir sahaja yang akan menerima bulat2 apa yang dikatakan oleh pembangkang.

    Pembangkang sudah ketandusan isu menjelang PRU13 akan datang. Pembangkang akan menggunakan apa juga cara untuk mencipta isu walau pun isu2nya yang mereka timbulkan sebenarkan menelanjangkan kebebalan mereka sendiri. Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    January 5, 2013 at 2:55:00 PM GMT+8

    S Kugan, Teo Beng Hock, Amirul, Dinesh Darmesema, Pang Kim Yong, Wong Ah Heng, Pang Kee How
    ... o ISA, o KDN di mana kalian ...

  • Anak Aji Dromen says:
    January 5, 2013 at 7:11:00 PM GMT+8

    Cina diMalaysia tidak boleh mati...melainkan atas sebab kezaliman BN. Walaupun mati ditanduk kerbau, sudah tentu kerbau itu kerbau BN. Kalau mati jatuh telaga buruk, sudah tentu telaga buruk itu sengaja BN gali untuk perangkap cina-cina disini.

    Inilah tahap pemikiran yang ditekankan oleh PR, semoga Melayu boleh telan bulat-bulat.

  • Anonymous says:
    January 6, 2013 at 3:48:00 AM GMT+8

    Jangan jadi cam masa sebelum Mei 13 1969 dulu, Melayu mati tak bising mana, Cina mati berarak besar-besaran.

    Biasala, taktik DAP sejak dulu.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)