Wednesday, January 23, 2013

31 hari Nik Aziz membisu: YIK dapat tulang, Nik Aziz dapat isi?




Kesian blogger Pisau.Net bila dikejar saman dari Ngeh & Nga bila mendedah transaksi Upayapadu dengan Yayasan Islam Kelantan berhubung pajakan tanah 4,260 hektar selama 70 tahun.

Hakikatnya, bermula dengan pendedahan Pisau.Net, pelbagai perkara yang selama ini terpendam, telah terdedah.

Cuba anda baca petikan butiran tanah berkenaan di bawah yang dipetik dariiProperty.


Dari butiran di atas, hanya 1,000 ekar (404.7 hektar) hutan telah ditebang dan telah digantikan dengan tanaman getah.

Berapakah keuntungan dari jualan balak berkenaan?

Kalau mengikut kiraan kasar, keuntungan sehektar dianggarkan RM1,357. [Rujuk pada formulanya di SINI]. Dari butiran diatas hanya 404.7 hektar yang telah ditebang. Bermakna keuntungan (RM1,357 X 404.7 hektar) adalah berjumlah RM549,178. Berdasarkan perjanjian, YIK akan menerima 30% daripada keuntungan, dan seterusnya anggaran perolehan hanyalah RM164,753 untuk tempoh 2006 - 2012.

Kalau dikira purata pendapatan tahunan YIK hanyalah RM27,459. Berbaloikah amaun tersebut?

Anggaran ini mengambilkira syarat perjanjian yang menetapkan bayaran pajakan tahunan yang berjumlah RM100 - RM150 setahun, hanya boleh berkuatkuasa setelah tanaman boleh dituai.

Oleh yang demikian, selama 6 tahun YIK hanya terNGANGA dengan hasil tanah seluas lebih 10,000 ekar tersebut yang berjumlah RM27,459 setahun.

Itu sebabnya bila Ngeh & Nga datang sebagai Santa Claus bawa beg dengan RM1.5 juta, Nik Aziz terus setuju dengan pertukaran pemilikan Upayapadu dari Tengku Wong kepada Ngeh & Nga!


1 comments:

  • Anonymous says:
    January 25, 2013 at 1:12:00 AM GMT+8

    Orang kapir yang kompom tak mandi wajib tak ditegah pun masuk dalam masjid; sebab dia kapir. kenapa tak tegur elok2 suruh tunggu kat luar; sebab dia bawak hadiah. Orang Islam yang hadas besar haram masuk masjid tapi nikajis ketua ularmak ni tak tegur pun siap posing lagi. Astaghfirullah.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)