Friday, November 30, 2012

Rafizi tukang lulus, Zuraidah tukang kebas

|3 comments
Kereta mewah yang diguna Zuraida pada 25.11.2012 yang disediakan Automated Contactless Systems Sdn Bhd

Dalam pertemuan itu mereka menceritakan kepada kami tentang sikap buruk Zuraida yang melobi projek di sana sini atas nama wanita PKR. Kononnya komisyen yang akan beliau dapat akan digunakan untuk menggerakkan wanita PKR. Bukan sahaja di Selangor malah hingga ke Pulau Pinang.

Kebanyakkan projek-projek yang Zuraida bawa akan diluluskan kerana menggunakan nama wanita PKR. Zaman kemewahan Zuraida ketika Rafizi berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Prosedur di Selangor menetapkan setiap projek yang hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dihantar kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk dinilai dan dicadang supaya diluluskan. Di sana Rafizi yang banyak memainkan peranan untuk melobi Anwar bagi meluluskan sesuatu projek.

Masalah ‘terlebih makan’ telah membuatkan Rafizi bermasalah dengan Pejabat MB Selangor terutamanya dengan Faekah Hussin, yang akhirnya menyaksikan Rafizi telah meletak jawatan.

Setiap komisyen yang Zuraida dapat hasil dari kecekapan beliau melobi projek atas nama wanita PKR tidak disalurkan kepada wanita dengan sepatutnya. Lebih kepada untuk kepentingan beliau. Apabila wanita PKR minta peruntukkan untuk melaksanakan sesuatu program, beliau akan menjawab tiada peruntukkan dan meminta mereka berusaha sendiri.

Menurut seorang wanita PKR apa yang terjadi kepada Zuraida sekarang adalah bala hasil dari beliau memakan wang yang sepatutnya menjadi milik parti. Menurut mereka lagi sebab itu sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin wanita PKR yang tampil mempertahankan beliau apabila kemampuan luar biasanya terdedah.

Baca kisah sepenuh Zuraidah dan Rafizi sini

Lawak pagiL: Nak dekat PRU

|0 comments

Thursday, November 29, 2012

Masa depan negara bukan untuk ujikaji dan cuba2

|6 comments


Antara isi penting dalam ucapan dasar Presiden UMNO yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.

Pilihanraya umum kali ini melibatkan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah.  Itulah realitinya apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa.

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar ‘bereksperimen’ dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan.  Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan.

Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, ‘menang dulu, fikir kemudian’ setiap kali persoalan ini dibangkitkan.

Dan hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya.

Justeru, peringatan Presiden bahawa pilihanraya kali sebagai yang paling penting adalah tepat. Sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, keseluruhan ucapan dasar tidak akan membawa makna apa-apa.

Pembangkang sanggup ‘menawarkan’ negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita yang akhirnya akan memusnahkan hidup mereka sendiri dengan membangkitkan kemarahan rakyat yang tidak berfikir dengan rasional agar memberontak terhadap kerajaan.

Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk ‘ber-ujikaji’ dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini. Yang pasti, hasil yang dijangka adalah ‘unik’ serta ‘kronik’.

Hasil ujikaji dijangka ‘unik’ kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular.

Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia.  

Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga.

Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama.

Yang menjadikannya ‘kronik’ pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain.

Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.

Tersentuh keprihatinan dan rendah diri Rosmah

|10 comments

Ketika Timbalan Presiden UMNO sedang berucap malam semalam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba agak lambat.

Beliau yang agakprihatin dan berusaha mahu mendengar sendiri ucapan Tan Sri Muhyiddin, sedia duduk di tepi saja.


Menyedari Datin Rosmah duduk di tempat yang tidak sesuai, dengan begitu gentleman Tan Sri meminta Datin Rosmah meminta ke kerusi yang lebih sesuai untuknya.

Bukan setakat malam pembukaan persidangan sayap, Rosmah turut menunjukkan minat untuk hadhir pada hari ucaptama Ketua Wanita UMNO.


Bersama PM, beliau hanya duduk di tepi juga.

Hentikan tangisan dan usahakan gerak kerja, Rosnah!

|3 comments

Peluang bergambar antara Ketua Puteri, Dato Rosnah Shirin Rashid dan Naibnya Dato Shahanim tidak  menunjukkan Rosnah efektif sebagai pemimpin.

Siapa tidak tahu kedua mereka berperang dingin sekian lama. Mungkin boleh disalahkan Shahanim atau Rosnah sendiri, tetapi realitinya pergeseren sesama mereka berterusan dan berkekalan sekian lama. Ini hanya menunjukkan kelemahan kepimpinan Rosnah menangani isu.

Bukan saja di peringkat Puteri, tapi di kawasannya sendiri Rosnah berkrisis dengan Ketua Bahagian Papar yang mana tempat beliau merupakan wakil rakyat, Beliau sendiri tidak akur pada dispilin parti di peringkat Bahagian.

Di bawah, ramai timbul komplen mengenai suaminya yang begitu angkuh dan menguasai isterinya yang dikatakan kepala angin.

Rosnah perlu selesai masaalahnya kerana dia telah menarik minat Dato Yahya Lampong untuk mengintai kawasannya.


Beliau perlu fokus untk mempimpin Puteri dan jaga kawasan dengan baik. Beliau tidak patut memegang jawatan Timbalan Menteri jika tanggungjawab asas pun tak boleh dilaksanakan. Tak boleh dipersalahkan Shahanim, kerana yang ketua adalah Rosnah.

Di bawahnya kewujudan Puteri tak nampak. Tak macam zaman Dato Azalina dan Dato Noraini.

Menang bersorak dan menangis di PWTC menyeru perpaduan dalam Puteri tapi balik rumah makan nasi dari pagi hingga ke malam.

Apa yang dilakukan adalah menyalahkan orang lain dengan mengatakan usah cemburu pada kepimpinan baru. Baca Utusan di sini.  .

Hentikan ini semua Rosnah. Puteri perlu berbaik dan berkerjasama dengan Wanita UMNO supaya senada dan impak besar. Mereka perlu lebih fokus pada wanita muda.  Masuk IPTA untuk dekati pelajar perempuan macam Muslimut PAS.

Ramai wanita muda hari ini adalah golongan profesional. Puteri perlu lebih menyerlah dan menyakinkan mereka. Pastikan mereka yang mahu engage ada wibawa dan tidak cacat imej. Artis muda juga perlu engage.

Jumpa ibu tunggal tua dan sayangi mereka. Ketika musim bajir ni, buatlah skuad banjir.

Mereka perlu bersuara dalam isu-isu semasa. Turun pergi shopping komplek, masuk uptown dan muncul di pasar malam untuk jumpa dan bercakap dengan orang awam. Edar risalah dan beri penerangan mengenai isu-isu.

Libatkan Puteri seluruh negara dan bukan hanya dianya sendiri. Nama pergerakan puteri UMNO tapi tak bergerak. Buang imej seksi Puteri yang mesyuarat dengan otai pakai jeans dan baju ketat.

Betul Puteri ada tujuh pelan tindakan seperti dilaporkan Utusan Malaysia di sini. Tidakkah terlambat untuk baru nak adakan pelan tindakan.

Buat saja yang asas, Rosnah. Yang penting, henti salahkan orang lain dan lakukan segera!

Sumpah Najib dan UMNO kepada bangsa dan negara

|2 comments


Kami mengutip bahagian penutup ucaptama Dato Seri Najib Tun Razak di pembukaan Persidangan Agong  UMNO 2012.

"UMNO akan terus memperjuang agenda Melayu dan bumiputera supaya kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di negara tercinta ini. Kaedah yang diguna pakai oleh UMNO bagi mencapai matlamat ini berubah mengikut era yang ditempuhi.

Sedang UMNO komited bagi memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan bumiputera, kita juga penuh iltizam bagi mempastikan bantuan dan pertolongan kerajaan sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia. Kita mahu kemakmuran Malaysia dikongsi bersama dan tidak ada rakyat Malaysia yang akan ketinggalan

PRU-13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negaranya

Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau Malaysia yang mundur, terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis

Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu (rakyat dan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam) berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh diganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah air sendiri

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikat atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menytusun jari da sepuluh memohon maaf atas kekhilafan

Justeru, saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan terpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan. UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan BN akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam

Kita akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik. Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan

Kita percaya rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan BNlah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia

Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kira membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya

Penuhkanlah tanah bertuah ini dengan rakyat yang mkencintai harumnya perdamaian. Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.

Duhai putera puteri... duhai pejuang bangsa... segerakah... segeralah semua menyembah bakti. Pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini...Pertahan... pertahankanlah Putrajaya


Fajar telahpun tiba, nan menyinsing membawa harapan, Tanah Malaysia... Tanah Malaysia... Permata Nilam

Hidup UMNO....
Hidup Barisan.....
Hidup Malaysia....

Anwar desperado cuba kacau dan tahan momentum PAU

|3 comments

Sesuatu yang jelas dari sebelum Persidangan Agung UMNO 2012 bermula, Anwar dalam keadaan terdesak hingga terpaksa lakukan pelbagai stunt untuk mengalih pandangan awam dari tertumpu kepada isu-isu yang akan ditimbulkan di PAU.

Ada beberapa isu yang cuba ditunjulkan dengan stunt-stunt yang dilakukan tetapi perkara yang telah digunakan oleh puak-puak Anwar. Masaalahnya puak-puak yang Anwar guna membawa isu-isu yang dah basi dan di knockout kan.


Sebelum PAU bermula, mereka mulakan dengan kumpulan anti Lynas. Nampak sangat anti Lynas berbau perkauman kerana yang berhimpun dan menentang keputusan mahkamah ke atas tuntutan mereka dan melwan larangan polis hanya kaum Cina DAP.

Semua agensi dah clearkan Lynas. Mahkamah dah clearkan Lynas. Pembangkang takut hadapi kumpulan Lynas yang tiada asas di Jawatankuasa Select Parlimen. Baca sini

Apa lagi isu nak dituntut?




Kemudian itu, Husam Musa hantar anjing-anjing warna merah bertampal R atau sebenarnya kemaruk nak RM. Kononnya tuntut hak Kelantan nak royalti minyak.

Ini hanya permainan membebalkan diri. Bukan mereka tak tahu, dah kalah di mahkamah yang mereka kata mereka yakin akan menang. Ku Li pun dah konar.

Mereka bawa kes ke mahmakah untuk buat keputusan berdasarkan satu perjanjian tapi hal isu minyak bukan berasaskan satu perjanjian saja tapi beberapa perjanjian dan akta termasuk Kanun Tanah. Maka kalahlah mereka.

Minyak bagi kawasan luar 3 batu nautika bukan hak kelantan dari segi undang-undang. Pusat sedia kasi sebagai wang ehsan tapi mesti ditentukan minyak itu dalam kawasan sempadan laut kelantan.

Seramai 5 org wakil kumpulan tuntut royaliti minyak Kelantan cuba serah memo kepada Presiden UMNO  di Aras 4, PWTC. Mereka dihalang oleh Pemuda UMNO yang diketuai Ketua Pemuda PJU, Arman Azha dan diminta keluar.

Kemudian mereka cuba ke Aras 3, namun sekali lagi dihalang dan dinasihatkan untuk beredar. Kesemua mereka tidak dikenali tetapi berdasarkan nama pada baju R nama mereka adalah Hishamuddin, NAzri dan lain-lain.


Semalam pula Anwar dan SUARAM cuba menghidupkan isu Scorpene yang dah mati dengan satu press conference oleh seorang peguam Apolice Cagnat yang bukan dari jemaah peguam SUARAM sebagai complainant.

Mereka cuba mengkaitkan kematian Altantunya dengan pembelian Scorpene. Ini diketahui adalah motif politik dan permainan persepsi SUARAM dari awal lagi disamping menuduh Permekar adalah conduit untuk rasuah.

Sebaik saja usaha ini gagal dan SUARAM tercemar dengan pendedahan sebagai ejen asing untuk burukkan Malaysia, mereka cuba gimmick ini pula.

Mahkamah Perancis dah jelas tidak akan siasat dan adili isu yang diluar jurisdiction. Dari awal lagi, mahkamah Perancis jelas bahawa mereka hanya siasat dan adili isu yang berkaitan dengan syarikat Perancis, DCNS (jika ada) dan  tidak pun melibatkan Perimekar dan hal-hal lain.

Ini hanya gimik.

Cagnat bukan wakil mahkamah, tetapi peguam SUARAM dan maka bersekongkol untuk berbohong bagi SUARAM. Baca usaha Malaysia Chronicle yang dipunyai oleh bekas aktivis SUARAM, Tian Chua sini dan sini

Kalau diikuti twitter Tony Pua, nampak sangat mereka hanya rewind issue yang dah dijawab dan diknockoutkan. BAca Anilnetto.com sini

Menurut Anuar Shaari di TV3 semalam, ada usaha untuk cuba kaitkan PM dengan isu Scorpene. Ianya dibiayai oleh George Soros.

Ingatlah bahawa kematian Altantunya dan kerappatan Razak baginda dengan Altantunya adalah selepas semua perjanjian membeli dan sebarang perjanjian melibatkan transaksi pembelian Scorpene.

Tiada kaitan langsung antara isu kematian Altantunya dengan SUARAM.


Asyik mahu Melayu murtad, Nurul tak faham kehendak kawasan

|1 comments



Mengarut betul Lembah Pantai dapat Ahli Parlimen macam Nurul Izzah ni. Sepatutnya tugas dia pertahankan rakyat Lembah Pantai. Promosikan kepentingan rakyat Lembah Pantai. INI TIDAK.

CONTOH TERBARU TERBUKTI dalam ISU Pasar Malam Kg Kerinchi.

Penduduk Flat 4 Tingkat PKNS mahu pembangunan semula rumah mereka lancar dan tidak terganggu oleh Pasar Malam. Oleh itu Persatuan Penduduk 4 Tngkt yg mewakili mereka yang berjumlah lebih kurang 450 unit dengan kira-kira 1,300 pengundi telah setuju dengan DBKL nak tutup pasar malam yang akan ganggu laluan lori binaan.

Penduduk PKNS 17 Tingkat yang di sebelah PKNS 4 Tingkat dan BERKONGSI pasar malam, juga mahukan ia ditutup kerana sudah berpuluh tahun pengunjung dan penjaja pasar malam dua kali seminggu ambil tempat parking mereka.

DBKL sudah tentu mahu tutup kerana sebarang kemalangan yg disebabkan oleh lori binaan boleh dipertanggungjawabkan pada mereka (boleh kena saman) jika mereka benarkan pasar malam di situ. 
TAPI NURUL IZZAH?

NURUL IZZAH tak sokong DBKL. 
Nurul Izzah tak sokong RIBUAN Penduduk PKNS 17 Tingkat, iaitu penduduk Lembah Pantai. Nurul Izzah tak sokong RIBUAN Penduduk Flat 4 Tingkat PKNS, iaitu penduduk Lembah Pantai.

Nurul Izzah tak sokong BELASAN RIBUAN LAGI PENDUDUK Lembah Pantai dari Taman Bukit Angkasa, Kg Kerinchi, Pantai Hillpark, PPR Kerinchi, Kolam Air, Kondo Rakyat, Vista Angkasa, dan lain-lain yang dua kali seminggu terpaksa tanggung trafik jem sebab Pasar Malam ini. 
Sebaliknya Nurul Izzah sibuk memperjuangkan 80 orang peniaga Pasar Malam yang hanya 10% saja penduduk Lembah Pantai! Yang lainnya Penduduk Selangor!

Nurul Izzah ni wakil rakyat Lembah Pantai atau Wakil Rakyat Selangor? 
Nanti time Pilihanraya nanti Penduduk Selangor atau Lembah Pantai ke yang akan mengundi di Lembah Pantai wahai Nurul? Habis lah anda masa pilihanraya nanti!

aboudiabydoo 

Wednesday, November 28, 2012

"PM" Hadi risau apa DAP kata

|5 comments

Baca apa Takiyuddin cakap hehehe ... tak berapa jam, Hadi dah "cover line." Lawak-lawak ...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun Kelantan.

Pendirian ini dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi. 

"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang-orang bukan Islam," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. 

Katanya, Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam tentang pertikaian isu ini di Kelantan. 

"Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," katanya. 

Kata Hadi, Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya.

Sinar Harian Online

Nampak sangat takut kat DAP kah kah kah ...

UMNO dan BN komited bela Bumiputera, Kaum lain dapat bahagian

|1 comments


Timbalan Presiden Alhamdulillah, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa setelah berada di persada politik selama 66 tahun, UMNO telah membawa kemerdekaan selama 55 tahun, dan  pemerintahan acuan negara sendiri telah mengubah keadaan dari kemunduran dan kemiskinan kepada kemajuan dan kemakmuran.

Hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan.

Pada masa yang sama, pentadbiran kepimpinan UMNO telah berjaya melonjakkan negara ke arah kemajuan dan melakar masa depan yang meyakinkan. Semuga impian untuk membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah tercapai.

Pada masa 55 tahun yang lalu, ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama dengan bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar.

Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.

Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum.

Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.  

Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970.

Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.


Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti.

Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan.

Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.


Lain pula di Malaysia, UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.

Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit.

Dalam perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan.

Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita.

Berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.


Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan, dan kesaksamaan UMNO.

UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Inilah komitmen dan janji UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO dan BN akan sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni.

Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.

Politik baru langgar batasan, Demokrasi untuk bela rakyat

|0 comments

Tan Sri Muhyiddin menganggap kemunculan ideologi baru yang konon dijenamakan sebagai  politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu melanggar batasan agama, budaya dan moral.

Dalam ucapan pembukaan persidangan sayap UMNO Wanita, Pemuda dan Puteri, Muhyiddin menyentuh mengenai sikap Pakatan Rakyat yang mengutip apa sahaja ideologi yang sedia memberi kelebihan kepada mereka, termasuk ideologi songsang.

Apabila muncul kumpulan yang memperjuangkan hak golongan LGBT, yang mahu mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita, Pakatan Rakyat pun turut iktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama.

Baru-baru ini, puak tersebut menuntut hak LGBT dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini. YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini kerana ia bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia. Negara-negara lain pun turut menentang.


Tetapi di Malaysia, Ketua Pembangkang tanpa segan dan silu mengatakan undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot.

Padahal perbuatan itu dikutuk dan ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot?


Muhyiddin turut menyentuh kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang mahu kesamarataan hak bagi orang Melayu yang beragama Islam diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain.

Seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah dan tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam. Ideologi demokrasi dan kebebasan yang dibawa pembangkang sedia merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, semuanya boleh sahaja.


Muhyiddin turut juga mendedahkan janji pembangkang untuk mengamalkan demokrasi dan kebebasan yang ala barat tanpa had dan batas, tetapi mereka juga yang tidak kotakan janji. Bila mereka berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati.

Mereka menjanjikan kebebasan media tetapi belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan.

Misalnya, nilai saman mereka ke atas Utusan Malaysia sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit dan mereka mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.



Tujuannya supaya akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka.

Pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya.

Padahal mereka yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil,  berat sebelah, dan zalim, tetapi apabila terdesak, mereka juga guna mahkamah untuk  melindung mereka dari kebenaran yang pahit untuk diterima.

Oleh kerana niat jahat mereka sanggup beri gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa dan menabur fitnah.


Baru-baru ini Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Ianya seolah-olah pilihanraya kita kotor.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada negara kerana tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

Menurut Muhyiddin, ini hanya taktik kotor untuk menutup malu kepada kemungkinan pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. lalu dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya mudah buat alasan bila kalah dan buat himpunan jalanraya kelak.

Lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR?

Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri?

Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

Langsung, Muhyiddin meyeru UMNO supaya tidak alpa. Sebagai parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam, harus dibina benteng demi mempertahankan masyarakat  daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang.

Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita, meracuni pemikiran masyarakat kita dan merungkai asas-asas agama kita. UMNO dan Barisan Nasional harus mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.


Muhyiddin turut mahu UMNO ingat akan erti demokrasi sebenar untuk membela rakyat dan membawa keamanan.

Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat lalu melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, dan apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada makna pada demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat.

Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Usah kasi Lebai Malang bohong kali ke 13

|3 comments


Dalam ucapan di pembukaan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO malam tadi, Timbalan Prersiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyentuh hakikat kerjasama PAS dan DAp hanya pura-pura.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menyentuh disebalik kepura-puraan PAS dan DAp mengenepikan ideologi masing-masing untuk bekerjasama tetapi sebenarnya sentimen kaum dan agama begitu menebal dalam DAP dan PAS.



Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.  

Menyebut Pulau Pinang sebagai contoh, Muhyiddin menjelaskan DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR.

Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP.

Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam  di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan.

Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam diambilalih oleh Menteri Besar dari PKR.

Muhyiddin menggambarkan PAS sebagai hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. 

PAS bagaikan kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas.


PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Muhyddin menyambung lagi berkenaan kedudukan Melayu/Pribumi dan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang?


PAS tidak boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam. 

PAS pun sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan.

Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang ditandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan ia menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Mungkin PAS akan kata tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Itu bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api.

DAP yang rasis lagi cauvinis dan PKR yang rosak lagi merosakkan tidak akan sokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam.



Dengan kedudukan PAS yang lemah, pelik didengar apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri.

Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka?

Jika tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu?

Ia menunjukkan akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, dan Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat untuk mereka mentadbir beberapa buah negeri mendedahkan mereka tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa.

Apa salah Mahfuz jadi PM? Kah kah kah

|3 comments

Isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.


Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.

Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU 13.

Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja.

Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.

Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.


Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah "yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat" itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.

Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.

Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.

Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.

Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.


Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat. Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.

Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang. Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi.

Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.

Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM. Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala. - Beruang Biru

Lawak Pagi: Khalid Samad kena sebijik

|8 comments

Khalid Samad ini satu-satu ahli Parlimen Pas yang tiada seni dan kering. Cara politik dia dalam berhadapan lawan, UMNO agak bulldozer dan crude. Tiada sentuhan halus dan menusuk jiwa.

Apa saja dia cepat sangat menyalahkan UMNO. Ramai orang dah tahu caranya yang tiada berseni langsung dalam berhadapan dengan lawan. 

Baru-baru ini berlaku di tweeter yang betul-betul mengenakannya sebijik.









Tuesday, November 27, 2012

Sebenarnya Dong Zong anti Melayu

|12 comments

Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta.

Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.

Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina. .

Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan.


Bagi Dong Zong penambahan masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin. Nampaknya, Dong Zong ingin memastikan anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Malah, dari tuntutan-tuntutan sebelum ini, jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan syarat-syarat yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan.

Jelas, bahawa Dong Zong enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan tetapi pada masa sama menuntut layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan.

Seperti biasa, parti-parti pembangkang juga mencelah mencari ‘laba’ dari perhimpunan ini, seperti PKR, DAP dan termasuklah PAS.

Namun, kehadiran Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil, Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda perkauman dalam perhimpunan ini.

Menurut Dong Zong, pertubuhan itu bukan anti kerajaan. Ini mungkin separuh benar.

Dong Zong bukan anti kerajaan, tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti Melayu.

Dong Zong tidak mahu anak-anak mereka menyerap ‘roh’ Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah ‘diMelayukan’.

Bagi kaum Cina, ‘diMelayukan’ adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada Melayu.

Sikap kiasu yang angkuh dan bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa.

Memandangkan Melayu yang mereka pandang rendah dan hina itu adalah tunjang kerajaan negara ini, maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat ini menjadi amat anti dengan Melayu.

Justeru, Dong Zong ingin menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan merekalah tuan dalam negara ini.

Dong Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum Cina jauh lebih mulia dari semua.

Dengan itu, pilihanraya yang menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan menguji ketahanan kerajaan.

Namun, kita percaya, jika semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan, Dong Zong tetap tidak akan berpuas hati, selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu.

- BERUANG BIRU

Kekalkan panas isu Nurul, Jangan sampai tenggelam

|4 comments

Dengan Nurul membuat salam terpilih menyaman Utusan Malaysia, tujuannya jelas untuk memastikan isu ini terhenti.

Dikatakan saman terpilih kerana Malaysiakini yang mengeluarkan laporan asal tidak disaman. OLeh kerana amalan mahkamah akan menahan Utusan Malaysia dari terus mengulas isu ini, dengan menyaman Utusan dapatlah melegakan Nurul dari berhadapan dengan isu ini.

Namun begitu, mahkamah tidak boleh menahan blogger dan pengamal media alternatif untuk terus mengulas dan memberi sentuhan-sentuhan kepada isu ini. Mereka seharusnya jangan berhenti tapi terus mengekalkan haba isu ini kerana Nurul nampak jelas sedang kepanasan.

Mahkamah juga tidka boleh menahan UTusan dan lain-lain akhbar dari melaporkan berita mengenai isu Nurul.

Dari khabar yang didengar, Perkasa kini bukan saja sedang mengusahakan kutipan derma dari setiap ahlinya sebagai tanda sokongan kepada Utusan Malaysia, dan mahu menunjukkan Utusan Malaysia tidak berseorangan dalam berdepan isu Nurul.

Sebelum ini, Naib Presiden perkasa, Dato Zulkifli Nordin sudah mengumumkan jemaah peguam yang akan memeranjatkan Anwar Ibrahim akan membantu mempertahankan Utusan Malaysia.

Bukan setakat itu, Perkasa juga akan memastikan isu ini akan terus hidup dan tidak tenggelam.

Harap pihak media dapat membantu mereka dan meneruskan memainkan isu Nurul bagi memastikan Nurul, bapaknya, emaknya dan keluarga pengacau bilau negara akan tenggelam dan terus tidak timbul lagi dipersada politik negara.

Saman Nurul helah nak tutupkan isu

|1 comments


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tindakan Nurul Izzah Anwar memfailkan saman ke atas Utusan Melayu (M) Berhad berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini merupakan satu helah supaya isu tersebut tidak menjadi percakapan umum.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, membawa kes tersebut ke mahkamah bermakna isu itu tidak lagi boleh dibincangkan secara terbuka sekali gus menghalang mana-mana pihak menjadikannya bahan kempen pilihan raya umum tidak lama lagi.

Beliau berkata, saman 'terpilih' yang dikenakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap akhbar ini juga supaya masyarakat Islam melihat beliau tidak bersalah tetapi difitnah.

''Ini strategi beliau yang mengikut nasihat bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dapat mengalih pandangan rakyat dan mengaburi mata umat Islam supaya dia dilihat tidak bersalah.

''Tindakan saman itu juga untuk mengelak isu ini dijadikan bahan kempen pada pilihan raya umum akan datang kerana apabila sudah menjadi kes mahkamah, mana-mana pihak tidak boleh bercakap lagi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis pelancaran tabung bantuan guaman membela Utusan Malaysia melawan Nurul Izzah berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.

Kenyataan kontroversinya itu dibuat ketika menjawab soalan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab di Subang Jaya, baru-baru ini.

Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata: Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini kelmarin.

Ibrahim berkata, pelancaran tabung berkenaan sekali gus membuktikan Perkasa memandang serius isu membabitkan soal akidah umat Islam.

''Kita harap Perkasa di tiap-tiap negeri akan turut menggerakkan usaha ini dan hasil kutipan akan diserahkan pada Persidangan Agung Perkasa pada 15 Disember ini,'' katanya.

Lebih RM20,000 berjaya dikumpul sempena majlis pelancaran itu yang antaranya disumbangkan oleh Perkasa Selangor dan Johor masing-masing RM5,000, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) (RM3,000), manakala Ibrahim menyumbangkan separuh daripada gaji bulanannya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Nurul Izzah sepatutnya menasihatkan bapanya supaya turut memfailkan saman fitnah ke atas ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam isu rakaman video seks.

Mat Sabu suruh Karpal minta air "free" dari Kedah

|7 comments

Utusan Malaysia melaporkan Phahrolrazi marah dengan kenyataan Karpal SIngh meminta air free dari Kedah. Bunyi macam SIngapura yang sentiasa mahu air free dari Johor.

Laporan berikut:

---------------------

ALOR SETAR 26 Nov. - Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan.

"Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar.

"Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baca sepenuhnya di Utusan Malaysia sini.

---------------------------------



Kena dengar apa kata Mat Sabu kerana Timbalan Presiden PAS yang bulan terima duit dari Lim Guan Eng dan dapat gaji serta coverage hospital sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. 

Bunyi air anugerah tuhan itu bunyi macam Mat Sabu ceramah hentam SYABAS. Adakah Mat Sabu yang suruh Karpal cakap demikian?

Hmmm .... Mat Sabu nak tanding di Pendang kan?  

Lawak pagi: Bayangkan Hadi sebagai PM ...

|9 comments

Bayangkan Hadi jadi PM dan ....


... ini rupa ahli Kabinet Hadi.


Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga diiringi rakan-rakan Muslimut PAS.


Unit Amal PAS yang akan berlawan menentang ....


.... PKR dan sekutu CIA mereka dan juga ...



... DAP Komunis.

Hudud PAS akan dijalankan tapi tak ikut pun hukum Quran. Main tembak suka hati saja.




Ahli-ahli PAS macam Taliban yang sentiasa mahu bergaduh dan perang sesama Islam. Isu boleh ubah, tafsir boleh tukar, dan pendirian/pendekatan boleh sesuaikan dengan keadaan. Lakukan apa sekali untuk memusing dan memutarbelit orang ramai, termasuk pakai senjata jika dibolehkan.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)