Pembangkang membentangkan bajet untuk tunjuk pada rakyat bahawa mereka ada lebih baik. Namun begitu, kandungan bajet menunjukkan kebodohan mereka.
- Taktik Anwar membentangkan bajet PR dua hari sebelum kerajaan membentangkan bajet di Parlimen pada Jumaat 29 September adalah untuk tunjukkan sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 dengan belanjawan olok-olok mereka, maka mudah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.
- Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang gagal mahu buktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.
- Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah dan dia masih terkongkong dalam kepompong pemikiran lapuk dan usang.
- Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.
- Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, dia mahu dihapuskan PTPTN dan beri pendidikan percuma. Tapi masa berkuasa, tidak pula ditimbulkan demikian. Malah dia lupa ide penubuhan PTPTN datang dari dirinya. Yang kritiknya adalah dirinya sendiri.
- Tindakan membentangkan "Bajet Pembangkang" di Parlimen menyerlahkan kebodohan pembangkang yang tidak mengerti demokrasi. Bajet hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.
- Pembangkang perlu terima hakikat mereka bukan pemerintah di peringkat Pusat. Apa perlu mereka susah payah menerbitkan dokumen belanjawan lain? Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!
- Rakyat tahu "Bajet Pembangkang" tidak boleh dilaksanakan kerana mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan. Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya fantasia, perbuatan 'frivolous', membuang masa dan tidak produktif. Ia hanya semata-mata gimik politik.
- Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.
Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.
Dipetik dari GAP


































.jpg)











