


Penerangan Prinsip "KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" dari Perpustakaan Maya KKDN:







Oleh Ali Salleh,
JALAN BAYAM – Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang mempertikaikan cadangan pelaksanaan Hukum Hudud diperjuangkan Pas boleh menjejaskan undi Melayu kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Nik Mohamad Abduh berkata tindakan Karpal itu memberi gambaran kepada orang ramai terutama umat Islam bahawa DAP tidak mesra Islam serta orang Melayu.
Beliau yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan pemimpin DAP itu yang mempertikaikan keupayaan syariat Islam (Hukum Hudud) untuk menjamin keselamatan dan keadilan rakyat adalah bercanggah dengan pendirian dipersetujui dalam pakatan pembangkang.
“Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, tapi bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan terutama PAS.
“Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang ‘setuju untuk tidak bersetuju’, termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti.
“Sama ada kritikan beliau itu atas premis mempertahan sekularisme negara ataupun jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu,” katanya dalam laman sosial facebooknya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mempertahankan pendiriannya bahawa Karpal adalah pemimpin DAP yang anti Islam dan sedia berdepan pemimpin veteran pembangkang di mahkamah.
Maknanya perjuangan PAS adalah kerana undi. Karpal SIngh tak salah tapi salah bila menjejaskan undi Melayu ... opps Melayu, mana boleh itu assobiyah!!! :)
P/S Impikan PAS bertanding di Kota Melaka untuk buktikan taida percaya assobiyah.

Usah kita dengar lagi tuduhan yang lebih melampau dari pihak bukan Islam yang sudah tentunya menyebelahi kerja-kerja jahat pendakyah mereka.
Contohnya, Herman Shastri dari Council of Churches Malaysia (CCM) dipetik oleh The Malaysian Insider:
The vocal Christian slammed Jais for resorting to such high-handed action in conducting its investigations without first checking with the church leaders.
Nak suruh tanya dulu? Isunya di sini, kalau ada orang merompak perlukah polis pergi bertanya dengan ketua perompak apakah kamu merompak. Sudah pasti ketua perompak itu akan berkata dia atau rakan-rakannya tidak merompak, malah polis itu pula mungkin ditembak mati!
Kenapa saya membawa kembali isu yang berlaku setahun lalu?
Saya ingin membawa kepada kesedaran kita semua bahawa pendakyah Kristian ini tidak berdiam. Mereka terus dan terus berusaha untuk memurtadkan umat Islam di Tanah Air kita.
Saya kembalikan ingatan kepada peristiwa DUMC yang masih ada orang tidak percaya bahawa usaha pemurtadan sememangnya berlaku melalui program dan aktiviti yang diselindungi atas tema kemasyarakatan dan pelbagai lagi termasuk sukan.
Baca sepenuhnya di AIDC sini

![]() |
| Kepala sulah manyak busat ... sinang wa sapu |

Skandal sPICE yang membabitkan ratusan juta ringgit menjadi punca Lim Boon Chang keluar dari parti PKR. Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor ini diantara yang membuat bantahan mengenai projek sPICE kerana tindakan Lim Guan Eng dikatakan memberi projek tersebut secara runding terus(direct nego) kepada syarikat Eco-Meridian Sdn Bhd
Baca The Unspinners yang lama sini.
PULAU PINANG 24 Ogos - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mendakwa seorang perempuan yang digelar sebagai 'Cik P' dan merupakan pemilik sebuah banglo di Jalan Pinhorn yang kini diduduki Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkemungkinan mempunyai kaitan dalam penjualan tanah kosong seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.
Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leong mendakwa, Cik P merupakan rakan kongsi kepada seorang individu bergelar Datuk dari Sabah yang merupakan pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC).
Katanya, siasatan mendapati, Cik P membeli banglo itu dengan harga RM2.5 juta dan membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk pengubahsuaian dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 .
"Kami meragui hubungan antara Ketua Menteri dan KLIDC kerana sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Guan Eng berpindah ke banglo itu pada 2 Julai 2009," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN negeri di sini hari ini.Baca di Utusan Malaysia sini. untuk tahu bagaimana tapak tanah yang sepatutnya jadi tapak rumah murah dah jadi hotel dan hospital swasta.

