Greetings

Thursday, May 31, 2012

Ummi pula dedahkan harta Azmin RM30 juta!

|4 comments


KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM30 juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. - UTUSAN

Tulahan menimpa Azmin yang derhaka kepada ibu

|1 comments

Selama ini, Azmin boleh tidak mempeduli sebarang serangan dan kata-kata terhadap dirinya, sama dari Nalla, ataupun Ummi Hafilda atau pun sesiapa sekali pun. Tak kira isu kesahihan anaknya atau isterinya kayu tiga.

Selangordaily mengisahkan ianya semua berakhir sebaik Azmin durhaka pada ibunya ....

... Biarpun Azmin Ali terpaksa membuat sidang media untuk memberitahu dia tidak mendurhakai ibu tuanya kepada orang awam, namun balasan atas dosa-dosa pendurhakaannya sudah mula berjalan.

Mungkin seandainya Azmin Ali adalah seorang mubtadi yang tidak mempunyai sebarang peranan di dalam masyarakat dan negara, tiada siapa pun yang mahu menjaga tepi kainnya.

Malangnya Azmin Ali adalah seorang pemimpin politik. Jawatannya ialah Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Peranan dan pengaruhnya kepada masyarakat sangat besar. Batasan dan disiplin bagi seorang pemimpin sepertinya jauh lebih ketat berbanding orang awam lain. Justeru setiap kehidupannya tidak ada yang bersifat privasi, sebaliknya menjadi hak rakyat awam.

Kemarahan seorang ibu terhadap anaknya biarpun dengan hanya titisan air mata di pipi, sudah cukup untuk mendatangkan musibah besar kepada anak durhaka itu. Itu yang sedang menimpa Azmin Ali. Cerita tentang pemilikan harta dan kekayaan yang tidak bersumber atau lebih tepat lagi sumber yang kurang dikenalpasti, mulai terbarai satu demi satu.

Bermula dengan pendedahan oleh bekas kakitangan Anwar Ibrahim sendiri iaitu Anuar Shaari, dan terbaru oleh bekas pegawai BPR yang membuat pendedahan kepada Raja Petra Kamaruddin membabitkan Shafie Yahya, bekas Ketua Pengarah BPR yang pernah mencetuskan kontroversi sedikit masa dahulu.


Apabila sudah ada pihak yang kembali mencetuskan persoalan tentang kekayaan Azmin Ali dan isterinya yang hanyalah seorang surirumah, kemudian dikaitkan pula dengan orang lain iaitu Shafie Yahya yang dituduh telah mengarahkan BPR memansuhkan kes siasatan tersebut yang kemudian dihubungkan pula kepada Anwar Ibrahim… maka cerita ini sebenarnya seperti satu ketulahan yang sedang jangkit-menjangkit.

Baca sepenuhnya sini


Ketika Azmin berhadapan mahkamah kerana hasut perusuh Bersih 3.0, sekarang terdedah satu lagi.

Inikah video yang dikatakan babak zina antara Anwar dan Shamsidar?

Suaram buat sidang media di Bangkok supaya fitnah senang lepas

|5 comments

Beberapa hari lepas, blog Anwar menghebahkan SUARAM akan buat pendedahan baru di Bangkok mengenai skandal submarine. Kita semua tahu, ini hanya senjata saat terakhir untuk jatuhkan politik Dato Najib.

Kenapa perlu di Bangkok, apa kena mengena Bangkok dengan kes ini? Kita tahu Suaram ada kerjasama dengan NGO-NGO di Bangkok. Ada orang Suaram seperti ELi WOng dan Susan loone berkerja dengan NGO hak asasi manusia di Bangkok.

Kes submarine adalah di Malaysia, medan perang politik adalah di Bangkok, tetapi kenapa pula hendak dijalankan di Bangkojk dan bukan di Malaysia?

Laporan sudah dikeluarkan sini dan sini di blog Anwar.

Nampaknya dari kedua-dua repot, tiada apa-apa pun yang ditimbulkan tetapi hanya ulangan fitnah sama yang mana ada satu "cerita" tambahan bahawa sebelum Razak Baginda di Perimeker, ada seorang lagi yang terlibat iaitu seorang bernama Mohd Ibrahim Mohd Nor.


Inilah taktik propaganda ala Goebbels yang diguna SUARAM dan kumpulan anti nasional. Pertama, mengulang fitnah, pembohongan dan andaian tanpa ada bukti. Kedua, menambah pembviohongan dengan pembohongan yang lebih besar.

Bagi yang tidak tahu, Ibrahim adalah bekas Timbalan Pengerusi Bernas, eksekutif kanan di NSTP dan ahli korporat. Dikatakan ia rapat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas Pengarah Perimeker.

SO .... apa cerita?

Kalau tidak kenal Menteri, macam mana nak ada urusan? Tiada hal? Apa salahnya? Salahkah dia transfer syarikat Perimeker ke Razak Baginda apabila dia "malas" nak teruskan peranan dalan pembekalan tentera. Memang letih dan lama urusan melibatkan millitary

SO ... apa halnya?

Nampaknya SUARAM hanya keluarkan cerita demi cerita tapi tiada fakta dan bukti yang timbul.

Sebelum ini pembohingan yang dilakukan adalah kononnya ada syarikat nama Terasasi tapi tiada bukti ia tempat ambil komisyen atau rasuah untuk Scorpene. Ada sebut faks kononnya Razak minta rasuah USD1 billion melalui Thales. Razak mana? Najib Razak atau Razak Baginda?

Mintak USD1 billion sedangkan submarine Euro1 billion? Ini pembohongan lebih besar supaya pembohongan dipercayai.

Apa cerita pasal dokumen Anwar yang mahu didedahkan di PRK Ijok bahawa Najib ambil RM500 juta? Mana dia? Apa pula kini dah USD1 billion pulak?

Semua ini fitnah dan bohong maka SUARAM tidak berani buat kenyataan di Kuala Lumpur kerana takut dapat di tape dan disimpan recording. Lalu dia buat di Bangkok supaya mudah untuk bohong.

Kononnya peguam itu tidak masuk Malaysia dan perlu buat liputan di Bangkok? Bukankah pelik perlu dilakukan di Bangkok dan tidak di Perancis? dalam dunia yang sudah jadi Global Village, apa pula jadi isu?

Kenapa akhbar Perancis tidak melaporkan skandal ini jika ianya sesuatu yang besar? Kenapa hampir semua maklumat berkenaan skandal Scorpene adalah datang dari sumber mereka dan media alternatif Malaysia, tiada dari akhbar agensi antarabangsa?

Akhbar Perancis yang ada hanya akhbar haluan kiri Liberations. Itu dah tentu puak-puak ini pasangkan dan dibantu oleh rangkaian antarabangsa Anwar Ibrahim dan CIA. Hairan????

Merdeka Centre tipu banci guna "loaded question'

|2 comments

Menurut laporan Malaysian Insiders sini:

  • "More than nine in 10 voters in peninsular Malaysia want the electoral roll cleaned up before the general election"
  • “Nearly all — 92 per cent of voters — want the electoral roll to be cleaned up before elections are held."

  • "Only 44 per cent of the respondents expressed confidence that the election process in Malaysia was free from irregularity and abuse."

  • “In the same survey, 48 per cent of the respondents agreed that the electoral list was inaccurate and ‘embedded with doubtful voters ..."

  • "... survey conducted between April 14 to 26 found only 39 per cent of respondents understood the electoral reform movement’s key demands..."



Langsung mendapat respons berikut dari SPR yang dilaporkan MI sini:

.... Wan Ahmad menegaskan bahawa 1019 pengundi berdaftar yang ditemuduga tidak mewakili semua rakyat Malaysia dan oleh itu tidak mempunyai kaitan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mereka hanya menyoal 1000 orang; 48 peratus adalah hanya sekitar 480 orang. Ia tidak menggambarkan majoriti rakyat Malaysia,” ...Merdeka cuba menjawab sini tetapi Syed Akbar dedahkan lagi kebodohan Merdeka Center berikut:

92%? Wow. They did not poll me. Folks, how many of you were polled by the Merdeka Center? ...

OK so 92% want the electoral rolls cleaned up. Then they say '48 per cent agreed that the present electoral roll was inaccurate'

Hmm...lets run by that again. "..48 percent agreed that the present roll was inaccurate".
Menurutnya, Merdeka Centre menggunakan taktik "loaded question."

A loaded question is a question which contains a controversial or unjustified assumption, e.g., a presumption of guilt. Aside from being a logical fallacy, such questions may be used as a rhetorical tool: the question attempts to limit replies to be those that serve the questioner's agenda.
DIa orang ingat rakyat Malaysia boleh dibodohkan ...



Kow kow ahli majlis MPSJ dimaki dan tuduh rasuah ...

|0 comments


Mesti UMNO punya kerja .... hehehe

Bodoh punya MPSJ tak tahu cakap Melayu. Siapa si bodoh yang pilih ahli MPSJ???? Hehehe ...

Theresa Kok, si bengap yang pilih ahli Majlis

|2 comments

Sel13 pernah menceritakan kisah pendedahan ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin mengenai pemilihan ahli Majlis yang tidak boleh membaca dan berbahasa Melayu dan dipilih dari budak-budak mentah.

Baca kisahnya di sini.

Dr Cheah menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan ‘Ahli Parlimen berkuasa’ yang dilihat mempunyai ‘keputusan muktamad’.

Dia tidak menyebut mana-mana nama, tetapi blog Stop The Lies menyatakan orang yang dimaksudkan adalah Ronnie Liu, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab membiarkan rumah urut membiak seluruh Selangor.

Ronnie merupakan pemimpin DAP yang paling kuat rasuah dengan hubungan rapat dengan gangster triad dan mendapat sokongan dari Lim Kit Siang, dan anaknya Lim Guan Eng.

Rupanya Theresa Kok adalah exco dan MP bodoh yang memilih ahli Majlis yang tidak berkelayakan. Ini diedahkan dalam siri dokumen oleh MyMAssa. di sini

Wednesday, May 30, 2012

Mana ada kebebasan bersuara dalam DAP?

|1 comments

DAP tidak beri ruang untuk perbezaan pendapat - Najib

LONDON 16 Mei - Peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam DAP menunjukkan bahawa parti itu, yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, beliau percaya Tunku Abdul Aziz adalah “seorang lelaki yang sangat berprinsip".Najib berkata, apabila prinsip yang dipegang itu tidak dihormati pihak tertentu iaitu DAP, tidak ada jalan lain baginya (Tunku Abdul Aziz) selain meletakkan jawatan.

"Pada kesudahannya, Tunku Abdul Aziz lebih mementingkan maruah dirinya kerana beliau merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya kepada wartawan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, Tunku Abdul Aziz mempunyai perbezaan pendapat berhubung demonstrasi jalanan yang beliau percaya boleh membawa kepada huru-hara dan kerosakan harta benda, dan kerana itulah beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian."Tapi nampaknya parti DAP tidak memberi ruang pada perbezaan pendapat dalam parti yang menggelarkan diri mereka parti demokratik," kata Najib.

Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP semalam.

Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP sebaik menyertai parti itu pada 2008.Tunku Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti itu. - BERNAM

Cybertrooper DAP gabra dalam isu Chai Ho

|1 comments
Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng. Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.

Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah?

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu. Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.


Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari
apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai.

Cucu Tok Selampit

P/S Hairan kenapa LGE begitu gabra dalam isu ini? Nafi saja sudahlah ... Katanya kaum CIna tidak kisah dalam isu moral.

Adakah kaum Cina tak kisah ke atau DAP sedar pendirian moral yang mereka cuba gambarkan kepada umum akan dikompromi???

Scorpene: Politik kotor SUARAM dan pembohongan saat akhir

|4 comments

Sudahlah .... RPK pun ngaku ianya reka-cerita

Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.

Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.

Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Dah kesitu pula ... kalau sebelum ini, Suaram kata pada bukan September, Najib dan beberapa orang lagi akan dipanggil mahkamah. Tiba-tiba bulan April baru nak buat permohonan ke mahkamah?

Sebelum mahkamah siasat, SUARAM perlu yakinkan ada asas untuk mahkamah siasat. Tunggu ada ke asas lagi? Kerana sebelum mereka jumpa lawyer yang ada, tiada orang mahu ambil kes mereka.

Kemungkinan Anwar guna high level contact dengan ejen asing untuk reka cipta konspirasi baru. Kerana ikut konpirasi lama, Anwar tak dapat buktikan ada komisyen RM500 juta kepada Najib. Dia janji nak tunjukkan document dari Ijok 2007 tapi sampai lani tiada.

Hairan kenapa SUARAM timbulkan hanya isu 114 juta euro kepada Perimeker, mana dia isu faks dari Najib mintak USD1 billion komisyen? Mana dia cerita ada kompeni nama Terasasi yang dituduh dapat komisyen dan main suka cakap aje kata untuk UMNO?

Kalau setakat isu duit pada perimekar, semua tertulis dalam kontrak bertarikh Jun 5hb 2002. Bagi bayaran itu, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

- menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

- Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

- Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

- Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

- Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

- Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.
Kiralah sendiri berapa agak-agak menelan belanja?

Ada ke RM500 juta yang anwar tuduh Najib????

Baca sepenuhnya di Merah Mato sini

Selepas 49 tahun, 20 perkara tak perlu dipolitikkan

|3 comments

APABILA Datuk Salleh Tun Said mengeluarkan pandangan bahawa 20 point Sabah menyertai Malaya, Sarawak, Singapura membentuk Negara Malaysia pada 16 September 1963 telahpun termaktub dalam Perlembagaan Negara, ramai yang mempertikainya, termasuk Datuk Dr Maximus J Ongkili.

Blog Apa Yang Tersirat (AYT) tidak akan menguraikan secara detail mengenai 20 Point itu, akan tetapi hanya menulis rangkuman daripada 20 point itu.

20 Point adalah memorendum yang dihasilkan daripada temuan IGC sebagai syarat penyertaan Borneo Utara membentuk Negara Malaysia.

Apabila negara dibentuk, maka Perlembagaan Negara juga terwujud dengan mengambilkira, 20 Perakara itu. Atas sebab itulah, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu memberi pandangan agar supaya 20 Point jangan dipolitikan, kerana ianya sudahpun termaktub dalam perlembagaan.

Perjalanan Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia telahpun masuk 49 tahun, dan secara perlahan-lahan dan pasti, bahawa semua perkara-perkara yang disebut dalam 20 point itu dilaksanakan secara bertahap.

Kini, kita tidak boleh menyatakan bahawa syarat-syarat 20 pointpun tidak dilaksanakan, melainkan kita perlu "pin point" perkara mana yang belum sepenuhnya dilaksanakan.

Seterusnya di sini

Shafee fitnah Mahathir, tapi disuruh Anwar, tutup kes Azmin

|6 comments

Konon Shafee Yahya orang baik, jadi tajuk pendedahan salah laku kerajaan Mahathir oleh penulis Kalsom Taib.

Bekas DG BPR pernah dilaporkan Malaysiakini sini berkata:

"Former Anti-Corruption Agency director-general Shafee Yahya has stood by his sworn testimony in 2000 where he alleged that former premier Dr Mahathir Mohamad had interfered with the agency’s investigations."

Kini Malaysia Today sini dedahkan bahawa ketika Shafee Yahya pernah menjadi Ketua Pengarah BPR tutup penyiasatan ke atas Azmin Ali.

Blog Anwar x-Files mendedahkan berikut:

Memang Azmin disiasat pada tahun itu (1995), tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.

Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.

Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?

Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.

Sepenuhnya sini

Tuesday, May 29, 2012

PAS: Pakaian jubah dan kopiah, tapi penyamun tarbus ... kuat fitnah pulak!

|5 comments

Kutuk orang dan fitnah orang lain buat rasuah, mereka memang hebat. Bagi PAS yang belum memerintah dan hanya tadbir negeri miskin macam Kelantan, banyak dah penyamun tarbus ini kerjakan.


Bab Felda, begitu sibuk mereka nak dedahkan cacat cela Felda, tapi apa yang mereka capai di Koperasi Kohilal?

Diam aje .... bab Kohilal. Kalau nak cari bab Kohilal, kita banyak ada tulis. Pergi ke search dan guna katakunci Kohilal, ada berlambak ... Ada siri lima - Bhg 1, Bhg2, Bhg 3, Bhg 4 dan Bhg 5, dll.

Ada pula Tabung Memali yang kumpul duit untuk isteri dan anak yatim kepada keluarga PAS yang hilang ibu bapa dalam peristiwa berdarah Memali. Habis duit Tabung Memali dikebasnya .... masa Presiden Ustaz fadzil Noor.

Bila balu dan anak yatim datang, mereka dihalau. Antara tempat duit itu tersalur adalah ke harakah. Padan akhbar yang paling tiada ciri kewartawanan dan harus di saman sampai bankrup.


Sejak itu, banyak lagi skim-skim dan tabung-tabung anjuran PAS yang semuanya berakhir masuk kocek mereka.

Kalau benar Memali dan Tabung Memali itu tiada isu, kenapa PAS cepat beli buku pendedahan mengenai mangsa Taung Memali (bukan mangsa Memali kerana mereka bukan mangsa tetapi adalah ancaman keselamatan).

Buku berikut dihramkan dari dijual di Muktamar PAS.



Kami pernah tulis di The Unspinners di sini dan sini


Sementara itu, Kickdefella sini mengingatkan akan Husam yang banyak lancar dan berjanji berhubung Projek Depu, Kambing Jamnapari, Dinar Emas tetapi semua tak ada apa-apa.

Bazar Tok Guru dan laporan Odit Penyiasatan Bazar Tok Guru, Diam aje ...

Kini pula, dia dok sibuk hal Lebuhraya Rakyat. Auta sajalah husam ... buka tahu dan lancar hebatlah Husam tapi buat tak tahu pun????

Mesti skim nak menyamun ...



Sumber: GAP, Kickdefella dan The Unspinners

Nizar pariah ditempelak TMJ

|21 comments

Nizar Jamaluddin bekas MB Perak menghina Baginda Tuanku Sultan Johor atas pembelian no plat kenderaan WWW 1.

Ekoran kebiadapan Nizar, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail telah mengeluarkan titah:

"JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundations(Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was the Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money. So before You Open your mouth. Do your research"

- Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.


Satu tamparan bagi Nizar kerana ditegur begitu terus terang. Twitternya telah di delete dan Nizar salahkan UMNO .... teruslah salahkan UMNO. Lama-lama orang tak percaya.

Nampaknya mimpilah PAS nak masuk Johor. Jangan kasi haramjadah ni peluang langsung.

SUmber: Papagomo

Padang Kelana Jaya: PKNS ni Pantang Kosong Nak Sapu

|8 comments


Pihak PKNS nampaknya masih berdegil masih nak bangunkan padang PKNS.

Satu perjumpaan diadakan antara pihak PKNS yang diwakili Pengurus Besar, Othman Omar, YB Azmin Ali, Nik Nazmi pada Mei 23hb di Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya konon untuk seplain.

Majoriti penduduk dan rakyat Kelana Jaya dah bantah dan ramai rakyat Malaysia dah setuju. Nampaknya pihak PKNS yang diketuai Osman Omar kaki kebas komisyen buat tak tahu saje. Muka tak tahu malu dan masih lagi nak senyum ...


Apa kerajaan Selangor nak buat, ini sekarang rakyat besuara. Kenapa tak turuti kehendak mereka? Lebih penting ke nak dirikan kondo mahal dan berharga?

Ini rakyat bersuara tapi kenapa tak mahu dengar.

MB dah serahkan kuasa kepada PKNS, kenapa? MB pun kena jawab? Kenapa lepas tangan kepada pengurusan?

Bukankah MB Pengerusi PKNS? Adakah hasrat PKNS untuk buat duit itu penting dari kesejahteraan dan kehendak rakyat?



Malangnya MB lebih suka berpolitik dan meneruskan kelahinya dengan Azmin dan Azmin sibuk nak kaut duit dari projek PKNS bersama GM kaki komisyen Osman Omar.

Itu sebab dia tak datang.

Subang Ria dia boleh datang tapi PKNS MB tak peduli!

Pembangunan perlu tapi kemudahan riadah pun perlu. Padang adalah tempat riadah, tempat bersukan dan dari situ pupuk semangat kesukanan, berpasukan, setia kawan.

Padang tu juga boleh adakan kenduri kendara. Boleh pupuk semangat masyarakat dan gotong-royong.

Tembelang anti Lynas pecah di "public hearing"

|10 comments


GAP sini melaporkan mengenai Pendengaran Umum mengenai Lynas.

Jika benarlah ada isu, seharusnya ahli Parlimen Pembangkang, khususnya dari DAP turut serta, tetapi tidak. Mereka boikot.

Pendengaran Umum di Kuantan dijalankan oleh Dato Khaled Nordin, Dato Abd Rahman Dahlan Dato Zulkifli Nordin, dan beberapa orang lagi.

Sepatutnya, wakil rakyat Kuantan, Fauziah Salleh bertanggungjawap untuk ke hadapan dan berentap dengan JK parlimen di kandangnya sendiri. Ketidaannya menunjukkan sikap yang takde tanggungjawap selaku YB Parlimen Kuantan.

Lima 5 wakil masyarakat hadir dan sanggup berhadapan dengan JK parlimen ini. Bila diselidiki ada diantara mereka punyai kaitan satu sama lain. Dalam ertikata mereka memecahkan kumpulan mereka kepada group berbeza supaya nampak kononnya mereka itu mewakili suara rakyat.










Mereka bentangkanlah macam-macam.

Apabila ada sesi soal balas oleh Zulkifli Nordin, mereka nampak kaget dan mati akal. Zulkifli hanya tanya mana fakta dan sumber rujukan pembentangan mereka.

Kumpulan 1 kata, konon dapat dari Bloomberg dan reuters. Zulifli jelaskan dia tak mahu nama web tapi nama pakar dan rujukan artikel.

Kumpulan 2 bawa doktor yang ada kepakaran mengenai environment. Hujahnya Lynas tak selamat, radioaktif, Fukushima, Bukit Merah dan lain lain.

Tak boleh berikan rujukan dan nama pakar.

Kumpulan 3 adalah Bar COuncil Pahanag. Beluk mereka ke law lah. Disebut deklarasi Rio De Janeiro, disalahkan Lynas tak profesional, tak dekati rakyat kuantan dan kononnya ke Australia untuk dapat penjelasan.

JK parlimen tanya, ada tak kamu enggage dengan Lynas di Kuantan? Jawabnya takde dan tak pernah. Macam mana boleh tuduh Lynas?

Kumpulan 4 tunjuk garang dalam berbicara dan tuntut immuniti.

Dibalun JK, hanya ahli Parlimen di dalam Parlimen dapat immuniti? Lu sapa? Kalau mereka benar, kenapa takut kena saman?

Rupanya saja aje. Memang nak boikot hearing. Masa keluar diedar kenyataan media.



GAP buat kesimpulan kumpulan anti Lynas hanya buat kesimpulan berdasarkan hearsay, amarah, emosi dan pemikiran celaru.

Dalam hal sisa Thorium, mana dia cerita Lynas nak guna buat jalan?

Pengaruh "Hindraf" merosot?

|1 comments

Kalau dahulu dikatakan 10 ribu kaum India berarak berdemo untuk Hindraf untuk tahun 2007 sebelum pilihanraya 2008, wartawan Malaysiakini mengesahkan hanya 1,000 orang sahaja dari masyarakat India yang memberikan sokongan kepada usaha membakar sentimen kaum India menggunakan sentimen ala "Hindraf".

Malaysia Indian Voice atau MIV yang ditaja Pakatan Rakyat hanya berupaya mengumpul segelintir dari 1.9 juta rakyat kaum India berdasarkan statistik penduduk terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia.

Itu pun rasanya Malaysiakini sudah putarbelit angka. Kalau dewan tempat mereka berkumpul itu sebesar dewan sekolah Cina yang boleh diadakan beberapa gelanggang bola keranjang, bolehlah dipercayai jumlah 1000 orang ini.

Kalau cuma dewan besar balairaya atau muat 4 gelanggang badmintan, muatan dalam 300-400 orang saja.

MIV ini adalah kumpulan pecahan Hindraf dan lahir akibat terjahan keras pimpinan Hindraf terhadap kredibiliti Pakatan yang sering menipu masyarakat India sejak 2008.

Usaha ini berkemungkinan hanya usaha beberapa pemimpin India Pakatan yang tidak jaga kaum masing-masing seperti Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas sebaik pemimpin Hindraf iaitu Uthayakumar mengumumkan akan bertanding di DUN Sri Andalas dan Parlimen Kota Raja.

Dengan kemunculan Indraf sebanyak itu dan ramai kaum India pulang ke jenama BN itu sendiri, walaupun MIC dan IPF serta PPP bermasaalah sedikit, pengaruh Hindraf dan politik mereka bernada rasis India yang extrim pun berkurangan.



Sumber: GAP

Bersih 4.0 capai objektif dan mengikut tatacara

|6 comments

Ambiga minta maaf, Larangan pihak berkuasa tetap diakur dan ...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila bersedia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.

Ambiga berkata, dia bersedia meminta maaf kepada umum kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan telus.

Ambiga juga memohon maaf kepada jiran-jirannya kerana telah kekecohan sering timbul selepas Bersih 3.0.

“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.

“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.

“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di sini hari ini.

Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.

Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.




P/S Bila pihak berkuasa larang dan tahan, Bersih 4.0 ikut undang-undang. Tiada kerosakkan, tiada jahanam hartabenda, tiada kecederaan manusia dan tiada kerugiaan peniaga.

Jauh berbza dari Bersih 1, 2 dan 3.

Monday, May 28, 2012

Ngar kor Meng, Mat Sabu ke bela Melayu selama ini?

|3 comments

Posting 1 Taiping Mali sini amat menarik sekali.

Dalam ceramahnya Nga Kor Meng serta Mat Sabu kata UMNO tak bela Melayu. Dituduh amalan segelintir pemimpin melakukan amalan kroni dan rasuah sebagai asas tuduhannya.

Tak mahu disebut berapa banyak pembangunan, bantuan dan pencapaian yang dibuat kerajaan pimpinan BN semalam lebih 60 tahun.

Berbanding dengan Pakatan, apa yang boleh dibuktikan?

Baca hujah 1Taiping Mali sini.

Bagi pembangkang yang suka guna hujah ini, cuba tanya balik:

Apa jasa Ngar Kor Meng sewaktu dia begitu berkuasa di Perak?

Apa Mat Sabu dan PAS - yang konon menuduh UMNO Assobiyah - dah bantu rakyat? PAS tak mahu membantu Melayu kerana mereka interpret salah menolong Melayu, maka mereka tak layak nak bincangkan isu Melayu.

BIncang isu Islam dan tanya pula apa jasa PAS pada ISlam? Membangunkan ekonomi Islam? Undang2 Islam? Hudud pun berdalih-dalih. Bina Masjid? dan lain-lain.

Itu pun tak buat!

Tahu pula PAS perbuatan mengkafir itu salah

|11 comments

Lepas sembahyang Jumaat, berlangsung demo membantah kenyataan 'Bapak Kafir' oleh bekas IGP Tan Sri Rahim Noor pada 8 Mei 2012 lalu.

Demo ini diadakan dihadapan Bangunan NST, Jalan Riong, Bangsar kerana Pemuda PAS bengang surat khabar NST mengeluarkan kenyataan Tan Sri Rahim Noor itu.

Depa berpendapat kenyataan itu sebagai biadap, tidak bertamadun dan menganggap NST adalah 'psywar machinery' BN yang terus mengeksploitasi kenyataan 'Bapak Kafir'.

Di Masjid Jamek Kuala Lumpur, ada penceramah lakukan perkara sama diakhir tazkirah sebelum sembahyang. Dia memanggil Rahim Noor bodoh.

Penceramah yang berdialek Kelantan itu turut mengeluarkan hadith dan ayat quran untuk membela Nik Aziz dan menhentam Rahim Noor.

Oh tahu pula hukum salah kafirkan orang Islam

Setelah hampir 20 tahun Nik Aziz champion mengkafirkan orang, hari ini baru PAS sedar isu kafir salah?

Rasanya bukan tujuan Rahim noor nak gelar Nik Aziz kafir tapi nak provokasi dan akhirnya tunjukkan betapa munafik orang PAS

Petikan dari Sel13 ke II sini

Selangor kerajaan papantanda

|0 comments
Papantanda terima kasih sebagai ucapan goodbye

TANJONG KARANG 22 Mei - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) menyifatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ubah seperti 'kerajaan papan tanda'.

Beliau berkata, gelaran itu diberikan memandangkan kerajaan negeri dilihat lebih suka menaikkan papan tanda berbanding melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

Katanya, papan tanda yang dibina kononnya sebagai publisiti bagi menunjukkan apa yang dilakukan kerajaan negeri itu sebenarnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat kerana banyak janji pembangkang pada pilihan raya umum lalu tidak dilaksanakan sehingga kini.

Baca sepenuhnya di Utusan Malaysia sini

Tak lojik perusuh Bersih 3.0 tuduh UMNO ganas di Lembah Pantai

|2 comments

Siapa nak percaya kalau parti PKR yang merupukkkan perusuh Bersih 3.0 dan mengamalkan politik ganas menuduh UMNO pula kalukan keganasan???

Sabtu lepas telah diadakan sidang media oleh Datuk Ibrahim Thambychik (Ketua Penerangan UMNO Bhg Lembah Pantai) & Dato' Mohamad Sazali Kamilan (Ketua Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai) berhubung tuduhan YB Nurul Izzah terhadap insiden di Perumahan Pantai Permai sewaktu program pada 24 Mei 2012.

Majlis Penerangan Perdana yang dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Muslim di Kuaters Kediaman DBKL Pantai Permai mendapat kerjasama penduduk.



Maka tuduhan provokasi yang ditujukan kepada UMNO amnya dan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai secara khususnya adalah satu tuduhan liar dan tidak berasas.

Datuk Ibrahim Tambychik memberitahu kemungkinan tindakan membaling objek berpunca dari sesetengah penduduk di kedua-dua penempatan yang telah “dirampas” ketenangan mereka.

Dalam kejadian tersebut seorang penonton telah tercedera di kepala akibat terkena objek keras ketika sedang duduk mendengar ceramah. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran oleh jawatankuasa penganjur dan dimaklumkan mangsa menerima enam (6) jahitan.

Sikap suka memprovokasi dan bertindak ganas adalah sikap Pakatan Rakyat. Buktinya, semasa perhimpunan haram “Bersih 3.0” peserta perhimpunan tersebut telah mencaci dan menyerang anggota Polis (PDRM), wartawan dan merosakan harta benda awam.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Dhttp://www.blogger.com/img/blank.gifatuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, UMNO tidak pernah menganjurkan ahli-ahlinya untuk bertindak liar apatahlagi bersikap kurang ajar.

"UMNO senatiasa menitikberatkan sikap hormat - menghormati dan mengamalkan demokrasi dalam politik sejajar dengan perlembagaan negara.

Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai menyelar kenyataan terbuka Dato’ Sri Anwar Ibrahim yang telah melaungkan PEMUDA UMNO SIAL, PEMUDA UMNO ANJING dan PEMUDA UMNO BODOH," ujarnya kepada media.

Kalau macam gitu punya bahasa diguna, tahulah kita sapa yang ganas?

Baca juga AIDC sini

Tuhan balas PKR cash: Tulahan zalim pada polis

|7 comments



Gambar di atas adalah gambar kereta rombongan ceramah Anwar Ibrahim di Lebuhraya Senai-Desaru malam tadi.

Dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada jam 11:15 malam sebenarnya membabitkan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, Anwar berada dalam sebuah kereta yang berasingan.

Baca kisah sepenuhnya di Sel13 sini

Inilah balasan tuhan yang mahu segera ditunjukkan kepada Anwar Ibrahim.


Selain itu, rombongan Anwar Ibrahim dihalau keluar dari Masjid Pulai Perdana Johor ketika dia mahu sampaikan tazkirah di masjid lepas sembahyang sunat maghrib. Pihak Masjid tidak benarkan Anwar memberi tazkirah. Salahuddin Ayub pun ada bersama.

Orang muda tolak PKR di Selangor?

|3 comments

Kementeriaan adakan perhimpunan belia, Selangor pun nak buat Perhimpunan Belia Selangor.

Pada sabtu lepas, kononnya diadakan Himpunan Dan Konvensyen Belia Negeri SELANGOR 2012 oleh kerajaan negeri.

Acara yang bertemakan Anak Muda Penentu Kepimpinan Dan Pemacu Pembangunan SELANGOR & Negara diadakan di Dewan Raja Muda Musa,Kompleks Belia Dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Malangnya 15,000 yang diharapkan rupanya hanya 150 yang datang. Jumlah ini dah termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus dan hairi.

Persediaan penganjur hebat. Ada 4 kaunter pendaftaran mengikut kategori NGO, Orang Awam, Mahasiswa, dan Penggerak Belia Tempatan(PeBT). Kerusi disediakan sebanyak 1ebih kurang 50 meja makan dan 2 skrin putih.

Anwar Ibrahim patut hadhir pada pukul 9 pagi tapi tunggu punya tunggu, akhirnya bila tiada orang, ADUN Kota Anggerik yang datang sebagai Wakil MB, Yaacob Sapari umum anwar tak datang.

Biasalah stail Anwar dari dulu dalam UMNO hanya akan datang bila orang ramai ....hehehe

Anwar bohongi belia yang hadhir dengan mengatakan dia ada program lain. Kalau ada program lain, kenapa beritahu penganjur nak datang? Ngaku sajalah program tak ada sokongan.

Baca juga di Sel13 sini


Begitu juga sambutan untuk PKR di Felda Semenchu.

Dalam 10 pagi Rabu lepas pada May 23hb, penduduk telah membantah rancangan PKR untuk adakan ceramah pada May 31hb ini.

Dengan diketuai oleh Faizal Bin Samad, Pengerusi Belia Felda Semenchu, hampir 96 orang membuat bantahan di perkarangan luar IPD Kota Tinggi selama 20 minit tanpa sebarang insiden.

Penganjur majlis tunduk dan umumkan pembatalan.

Karpal Singh sindir LGE: Pilih CM atau PM?

|1 comments

Sebelum ini di sini, kami The Unspinner mengisahkan Karpal Singh menyindir LGE sebagai berhasrat untuk jadi Perdana Menteri. Itu yang dijawab LGE sebagai dia tiada hasrat lain melainkan hanya untuk jadi Ketua Menteri Pulau Pinang saja.

Rupanya inilah cara Karpal Singh menegur LGE untuk memilih antara bertanding kerusi ADUN atau Parlimen tetapi tidak boleh kedua-dua.

Apanama mendedahkan sini bahawa Karpal Singh ada mencadangkan polisi 'satu calun, satu kerusi' dan dengarnya polisi ini sudah disetujui oleh DAP. Sebabnya adalah menghentikan amalan elit-elit parti memonopoli kerusi-kerusi negeri dan juga pusat.

Ahli-ahli pun turut menuntut supaya amalan 'satu calun, satu kerusi' disegerakan kerana akarumbi mula hilang sabar dengan monopoli dan dominasi keluarga Lim membina dinasti secara demikian.

Dengarnya Guan Eng adalah satu-satu pemimpin DAP yang masih berdegil enggan pilih satu kerusi saja. Dalam hasratnya mahu kekal jadi CM Pulau Pinang, dia mahu tanding juga kerusi Parlimen sebagai insuran.

Antara sebabnya, dia khuatir kerana pemimpin berpengaruh dalam DAP Penang mahu Ketua DAP Penang Chow Kon Yeow menggantikan Guan Eng. Nampaknya sejarah Guan Eng dicampak keluar dari Melaka pada tahun 2005 akan berulang.

Kalau pada tahun itu, pengaruh bapanya dapat meletakkan Guan Eng ke kedudukan undi kedua tertinggi di DAP kebangsaan, tsunami dalaman DAP tidak tentu dapat selamatkan Guan Eng.

Friday, May 25, 2012

Tiadakah pasukan berdaya bawa hujah baru, terkini untuk lawan PR dan sekutu?

|5 comments



... PIHAK PR ... telah berSEKUTU dengan gologan ...:

- NGO berASASkan keAGAMAan yang EKSTRIMIS (Bukan ISLAM tentunya)..

- PerTUBUHan HARAM seperti BERSIH, HINDRAF atau SMM..

- NGO berOTAK LIBERAL, PLURALISME dan LGBT..

- Para GANGSTER, KONGSI gelap dan MAFIA kaum 'Ah-BENG!'..

- Para ILMUWAN di IPT yang PERASAN mereka aje yang PANDAI..

- Mereka yang PERASAN diri sebagai pakar EKONOMI yang berANGGAPan memBANTU Melayu/BUMIPUTERA akan meLINGKUPkan NEGARA..

- Para ARTIS yang tak LAKU dan PERCAYA Allah SWT hanya TERIMA keISLAMan mereka apabila masuk PAS..

- Golongan PESARA Kerajaan yang KHUATIR diri mereka KONONya di'REJECT' dari MATI sebagai umat ISLAM tanpa menyokong PAS..

Selain itu, perlukah diberitahu bahawa golongan PEGUAM di sebalik BAR Council jugak turut berSEKUTU untuk menJATUHkan kerajaan UMNO/BN atau jika keputusan PRU-13 TIDAK memihak kepada PR, mereka akan berSEKONGKOL sama menCETUSkan keTIDAKSTABILan yang bakal WUJUD nanti?

Inilah TAKTIK yang sering diGUNAkan oleh ZIONIS Neo-CON untuk menJATUHkan mana-mana NEGARA umat ISLAM! ~ MemperALATkan mereka yang MAHIR selok-belok perUNDANGan untuk memBENCI dan MENENTANG keUTUHan perUNDANGan NEGARA sendiri!


Itu belum diKIRA lagi UNSUR peMUSNAHan dari dalam terUTAMAnya peROSAK dari dalam UMNO/BN yang menyokong agenda 'NEW Politics' dan POLITIK WANG?

KERJA mereka ini cuma memBERIkan GAMBARan NEGATIF terhadap UMNO/BN menerusi DEBAT, FORUM, wacana dan seBAGAInya KONONnya selama ini UMNO/BN meLAKUkan keSILAPan dan kini KONONnya dalam PROSES pemBETULan keSILAPan tersebut? CHEH! ->KLIK<-

Sampai bila UMNO/BN mahu terus membuka PEKUNG sendiri dengan memBIARkan puak-puak begini berMAHARAJALELA?

Apakah sukar untuk UMNO/BN meWUJUDkan PASUKAN yang mampu memBERIkan HUJAH bernas, MAMPAT dan sukar diJAWAB oleh puak-puak PR seperti juruBLOG ini? ->KLIK<-

Baca sepenuhnya sini

Khalid Ibrahim ngaku masaalah rumah urut

|1 comments

Sejak tahun pertama Khalid Ibrahim dinobatkan sebagai MB Selangor serta Ronnie Liu ditabalkan sebagai Exco PBT kita telah bercakap mengenai bilangan rumah-rumah urut yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Selangor.

Kini setelah empat tahun dan tahun terakhir sebelum PRU diadakan, tiba-tiba semalam Khalid Ibrahim buka mulut dan bersuara mengenai rumah urut.

Katanya seperti yang dilaporkan oleh freemalaysiatoday

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas termasuk risiko merampas hartanah pemilik premis rumah urut jika membenarkan premis mereka terus digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas hartanah pemilik premis rumah urut itu boleh dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada.

Beliau menegaskan ini bermakna tindakan berkenaan bukan sahaja boleh dikenakan kepada pengendali perniagaan rumah urut malah pemilik premis rumah urut tersebut juga boleh dikenakan tindakan.

“Kita tegaskan jika mereka melanggar undang-undang bukan sahaja bisnes itu sahaja yang disita, malah bangunan, hartanah akan turut dirampas.

“Jadi risiko untuk menjalankan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memiliki premis tersebut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, pertemuan akan diadakan pada minggu depan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membincangkan kaedah pencegahan rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor.

Empat tahun Khalid membisu dan menghalalkan rumah-rumah urut haram di Selangor. Berbuih sudah kita bercakap mengenainya dan sudah lama orang ramai marah. Kini disaat pilihanraya sudah berada di selekoh tiba-tiba Khalid Ibrahim menunjukkan keseriusannya tentang rumah-rumah urut.

Ini beerti akhbar yang musuh nombor satu PKR selama ini berjaya mempengaruhi fikiran Khalid Ibrahim dan Khalid juga mengesahkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Isnin 21 Mei 2012 adalah benar.


Khalid sendiri dalam sidang medianya mengakui rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor. Jika dizaman pemerintahan BN dulu, kebanyakan lesen rumah urut dikeluarkan di kawasan-kawasan yang majoritinya bukan orang islam.

Baca sepnuhnya di Selangordaily sini
fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)