Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, December 28, 2012

Upadaya: Nik Aziz hanya kasi kenyataan melalui SUA bangang


Ini saja kenyataan Nik Aziz sejak isu Upadaya muncul menjadi isu pada Disember 17hb. Dia hanya memberi kenyataan melalui SUAnya dan berikut laporan Malaysiakini.

Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh

2:49PM
Dis 21 2012

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan berhubung isu tanah ladang seluas 10,526 hektar kepada syarikat swasta yang mana kemudiannya dibeli pemimpin DAP Datuk Ngeh Ko Ham.

Tokoh PAS itu menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa tanah itu sebagai rasuah kepada Ngeh dan DAP sebagai pertukaran bagi membolehkan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menteri besar selepas pilihan raya umum 2008.

MALAYSIAKINI cuba dengan letak muka Nik Aziz yang termar dengan muka Harun Din

Dalam kenyataan Setiausaha Akhabarnya Ahmad Fadhli Shaari yang disiarkan oleh portal berita Harakahdaily berkata, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkannya sebagai "satu fitnah besar".


Dakwaan itu mula dibangkitkan oleh blog pro-BN pisau.net yang mendakwa kerajaan negeri memberikan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh.

Blog itu mendakwa tanah itu sebahagian daripada perbincangan DAP dan PAS pada 2008 berhubung pelantikan menteri besar Perak selepas kedua-dua parti bersama PKR menguasai majoriti kerusi DUN di negeri itu.

DAP yang menguasai lebih kerusi berbanding PAS dan PKR, menolak pelantikan Nizar sebagai menteri besar tetapi kemudiannya mengubah fikiran dan menerima pelantikan pemimpin PAS itu.

Dakwaan itu, kemudiannya dikuatkan oleh pemimpin Umno Perak, termasuk ADUN Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Exco kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman, yang mengemukakan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menunjukkan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd dimiliki Ngeh dan beliau pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu.

Manakala seorang lagi pemimpin DAP, Nga Kor Ming - ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping - juga merupakan salah seorang pengarahnya. Ngeh pula adalah ADUN Setiawan dan ahli parlimen Beruas.

Suka Ngeh Nga lepas dapat tanah 10 ribu ekar... sapa si bodoh kafir yang pakai baju batik. Amanat Hadi tak kasi pakai baju batik macam UMNO.

Kedua-dua pemimpin DAP itu adalah sepupu dan dilaporkan menafikan dakwaan tersebut tetapi enggan mengesahkan mereka memiliki atau syarikat Upayapadu Plantation.

[KANTOI! Akhirnya mengaku mereka empunya tanah]

Sementara itu, dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli berkata tanah yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 13 September 2000 untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah yayasan itu.

"Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan projek usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. 

"Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan," katanya.

Menurutnya lagi, tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. 

"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Ahmad Fadli juga menegaskan segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat sama ada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. 

"Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Terima kasih jawab ,,,, ada banyak lagi isu dah timbul hehehe

1 comments:

  • Anonymous says:
    December 28, 2012 at 10:05:00 PM GMT+8

    APA PUN ALASAN YG DBERI OLH S/U A NICKY TENTG PEMBERIAN TANAH DIKELANTAN KPD 2 EKO MELAUN TU..PRU 13 NI UNDI UTK PAS JWBNYA = ELEK..PLIHAN KAMI SKRANG IALAH BN..BN

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)