Greetings

Tuesday, December 25, 2012

Salah jual tanah Kelantan dan rizab Melayu pada Upadaya (bukan melayu dan anak kelantan)


The Unspinners menerima maklumat dari Kelantan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat berkenaan bukti-bukti yang menunjukkan kerajaan Kelantan telah diarah pemimpin PAS Kelantan Nik Aziz supaya memberi tanah lebih 10 ekar atau 4 ribu hektar kepada Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng.

Dipercayai tujuannya adalah bagi membolehkan DAP bersetuju dengan ADUN PAS, Nizar Jamaluddin dilantik MB Perak pada tahun 2008.

Pada 24/12/12 jam l/k 1000 Kumpulan MTRM Kelantan telah membuat satu repot polis dibuat di balai polis Tumpat semalam pada 1 tengahhari. Ia dibuat oleh Hj Abd Kadir b Yaacob, Naib Persiden, MTRK Kelantan dan dihadiri bersama oleh Izani bin Abd Kadir, Setiausaha MTRK Tumpat dan 6 AJK MTRK Tempat.

Tanah yang dimaksudkan melibatkan pemberian tanah 10,526 ekar di Relai, Daerah Ciku Gua Musang yang diberi melalui syarikat Upadaya Plantation dan dipercayai bernilai RM30 juta.


Dalam sebuah laporn polis yang dibuat di Pulai Chondong, Abdul Halim @ Kamaruddin binHaji Abdul Kadir telah membuat laporan mewakili MTRM Machang. Rumusan kesalahan Nik Aziz adalah dalam sedutan laporan berikut:

IANYA MERUPAKAN TINDAKAN SALAHGUNA KUASA KERANA MEMPERTARUHKAN TANAH KAMI DI NEGERI KELANTAN INI SEBAGAI TAWAR MENAWAR POLITIK ANTARA PAS DAN DAP.

... NIK AZIZ SELAKU MENTERI BESAR KELANTAN TELAH MENCABUL KEDAULATAN NEGERI KELANTAN DENGAN MEMBERI TANAH JAJAHAN TAKLUK NEGERI KELANTAN KEPADA 2 ORANG WAKIL RAKYAT NEGERI PERAK ...

... TINDAKAN YANG AMAT ZALIM PADA KAMI RAKYAT KELANTAN KERANA IANYA MENYEMPITKAN TANAH MILIK PUSAKA KAMI YANG SEPATUTNYA DIMILIKI OLEH KAMI RAKYAT KELANTAN.

.... SATU PERLANGGARAN UNDANG - UNDANG TANAH NEGERI KELANTAN YANG TELAH DILULUSKAN OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN DIPERSETUJUI OLEH,RESIDEN INGGERIS PADA 1932.

SATU TINDAKAN MENYEMPITKAN TANAH SIMPANAN MELAYU YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG - UNDANG TUBUH KERAJAAN KELANTAN KEPADA UMAT ISLAM (MELAYU) SEBAGAI SATU JAMINAN ORANG MELAYU AKAN TERUS MEMILIKI TANAH DI NEGERINYA




Di Temangan pada pukul 12:37 tengahhari pada 22 Disember, Pengadu Muhamad Abd Rahman selaku  Pengerusi PERKADA menuntut pihak PDRM dan SPRM menyiasat Menteri Besar Kelantan atas pertuduhan salahlaku salahguna kuasa dan rasuah.

Ditekankan dalam laporan mereka bahawa MB Kelantan telah menjual tanah Rizab Melayu yang jelas mencabul Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.

Selama ini pembangkang kuat menuduh UMNO Jual tanah Rizab melayu, nampaknya mereka buat benda sama di Kelantan. Sampai 10 ribu ekar tu besar beb! Lebih besar dari salahlaku yang kami dedahkan masa PRK Galas di Gua Musang tahun lepas.

Kalau ikut lojik orang PAS, padanlah banjir dah mula kembali ke Kelantan

6 comments:

  • Anonymous says:
    December 25, 2012 at 5:00:00 PM GMT+8

    Segala salah laku 'menghadiahkan' tanah di Gua Musang untuk membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak sia sia sahaja.
    Dua bersepupu itu dapat tanah berhektar hektar, Nizar Jamaluddin merasa sekejap saja jadi MB, PAS melopong!
    Itulah kalau cara sudah tidak betul mana ada berkat hasil yang diperolehi!

  • Anonymous says:
    December 25, 2012 at 5:12:00 PM GMT+8

    gen2felda

    Bila BN memberi, dikata RASUAH.
    Bila Pas memberi, dikata SEDEKAH.

    Islam dijual beli demi kepentingan dunia yg.sedikit.

    Jika kamu merancang,,ingatlah Allah MAHA MERANCANG !!

  • Anonymous says:
    December 25, 2012 at 9:16:00 PM GMT+8

    itulah kebodohan dan ketololan para pemimpin pas, mempertaruhkan tanah melayu utk menguatkan kedudukan politik masing2. bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh dikut!

  • Anonymous says:
    December 26, 2012 at 10:01:00 AM GMT+8

    PAS dalam ceramah2nya selalu membodek rakyat dengan ungkapan 'rakyat sudah cerdik sekarang' supaya rakyat menyokong mereka. Memang benar rakyat telah cerdik dan tahu hak mereka. Yang semakin tidak cerdik ialah pemimpin2 PAS sendiri. Semua isu2 yang timbul mutakhir ini membuktikan betapa tidak cerdiknya pemimpin2 PAS. Isu tanah diKelantan yang diberi kepada pemimpin DAP dari Perak menyerlahkan betapa tidak cerdiknya PAS. Tanah hak Melayu digadai hanya untuk mendapat jawatan MB. Akhirnya PAS boleh diumpamakan sebagai 'AYAM TERLEPAS, TANGAN BERBAU TAIK'. Padan muka PAS.

  • iban says:
    December 29, 2012 at 11:34:00 PM GMT+8

    rata2 para anggota polis dan sprm di kelantan anggap nik aziz/pas wali allah, yg tidak mungkin melakukan apa2 jenayah.jangan harap apa2 tindakan menyusul.

  • Baron Samson says:
    January 10, 2013 at 9:23:00 AM GMT+8

    Biarkan biarkan Siluncai terjun dengan labu labu labunya.

    Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

    Kokok aje berdegor degor tapi ekor bergelumang taik.

    Menang sabung kampung tergadai.


    Sombong dan angkuh dengan kaum sebanggsa dan seugama. Menikus pada cina. Cerdik betul.

    Hero taik kucing

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)