Visitors

Friday, December 28, 2012

PAS kasi 300 ribu ekar balak pada CIna Singapork!

Satira dari Jeffrey Damien SINI ... Semua muka-muka kaki balak Pakatan Rakyat ada dalam kereta syarikat Pakatan balak Sdn Bhd yang dipandu Bullshit-ull Am Tok Guru Nicky Ajis


Kira-kira 48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.


Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Pakatan Rakyat ni tak boleh sebut balak, dengar dan tau saja kat mana boleh samun

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Balak belum dikenalpasti tapi tak sabar-sabar nak rembat 

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Guan Eng yang duduk di pulau hutan konkrit pun nak balak juga?

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Yang cekap cari peluang dari balak adalah Ustaz bankrup yang kasi kafir berkuasa dan isteri Tok Guru yang kasi riba untuk N.Ajis tidor dan mesra 

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Molek Tok Pa tadbir Kelate dari Cikgu Kemas yang masuk PAS sebab maroh tak dapat dinaikkan gaji ... mana dok , tak perform

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.


Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi

8 comments:

  • Anonymous says:
    December 28, 2012 at 1:36:00 PM GMT+8

    siapa beri genting pada cina siapa lesapkan duit buruh paksa..??umno anak haram.

  • Anonymous says:
    December 28, 2012 at 1:58:00 PM GMT+8

    tido ataih riba pun senang2 dapat balak. Aku pun nak aihhh

  • Anonymous says:
    December 28, 2012 at 2:00:00 PM GMT+8

    Tukaq jaaa. Dok siang ke mlm dok togok ayak kotoqpasai pa ish

  • Anonymous says:
    December 28, 2012 at 2:02:00 PM GMT+8

    Mudah mudahan bala balak timpa atas kepala n.ajis hua hua hua hua

  • Anonymous says:
    December 28, 2012 at 4:43:00 PM GMT+8

    Gua tak nak ribu2 ekar dapat 100 ekar pajak 25 tahun pun cukup....

    Sedih betui la kalau macamtu...tang kat tokeh cina....lentuk semua...kalau tak nak bori kat melayu mula la alasan bagai....

    Kalaulah takde pemimpin Umno yang dulu wujudkan felda n felcra...abis dah orang melayu masing2 duduk kat rezab sungai je....

    Kalau kerajaan PAS kelate hebat buatla program pembangunan tanah sendiri seperti felda...ramai rakyak kelate tak payah susah2 dok merantau negeri lain cari rezeki...masalahnya ilek....takde....kutuk orang no 1....kerja tak tau buat....
    orang duduk dalam gua pun tau pertahankan hak...PAS tau apa????

    hampas....

  • This comment has been removed by the author.
    Sou Yuen says:
    December 28, 2012 at 5:06:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

  • Anonymous says:
    December 28, 2012 at 6:43:00 PM GMT+8

    Anon 1:36...

    So, kalu Melayu dapat Genting nak wat ape? nak buat Kasino Islam pertama duniakah? Rasanya korang geng PAS nak kot sebab halal haram skrg ni pun korang tak nampak.

    Janji ditaburi, Janji Al Juburi je korang ni layak.

    PAS parti tahap longkang.

  • Sou Yuen says:
    December 28, 2012 at 7:18:00 PM GMT+8

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)