Monday, December 31, 2012

Hari 15 Hadi tak jawab: Dolak dalik, angkuh dan terjerat


Dalam percubaan nak berdolak dalik, Hadi  terperangkap kerana Menteri Penerangan Dato Seri Utama Rais Yatim menerima permintaan Hadi untuk satu jam di RTM. Baca agendadaily SINI dan Utusan SINI


CN Afghani atau Cikgu Non berkata Haji Hadi Awang tidak berhak meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan untuk memberi penjelasan tentang amanatnya pada 1981 yang mengkafirkan UMNO.

Katanya, Hadi tidak pula memberi sebarang syarat ketika amanat itu dibuat 31 tahun lalu.


Ekoran itu, timbul permintaan Hadi supaya berdebat atau berforum dengan Cikgu Non di TV Gamen LIVE kerana dialah yang menimbulkan balik isu Amanah Haji Hadi dengan bukunya "Kafirkah Aku?"

Menurut Perigi Timur SINI, Hadi mengulas di Bulletin Utama TV3 8 malam semalam dengan  angkuh melabel penulis tersebut sebagai cikgu biasa dan hanya reti ajar ABC sahaja.



Senang-senang beliau menghina kerja seorang guru. ... siapa mengajar anak-anak beliau semasa kecil kalau bukan guru siapa yang ajar??

Hadi hina Nik Aziz yang juga cikgu ... Cikgu Kemas yang tak layak naik gaji dan masuk PAS ngaku Tok Guru pondok ghaib

Malahan orang yang Hadi merendahkan diri kerana dia lebih berkuasa dan berpengaruh pun adalah cikgu kelas dewasa KEMAS saja.

Nik Aziz tu sebenarnya lebih rendah dari Cikgu Non yang mengajar bahasa dan sejarah di sekolah menengah.

Standard ilmu Nik Aziz yang mengajar sekolah dewasa ajar orang tua-tua ABC dan tak layak dinaikkan gaji oleh KEMAS pun disanjungi Hadi.

Hadi dikira menghina Nik Aziz juga. Mungkin itu cara dia berdendam dengan Nik Aziz kerana suruh dia cepitkan diri dengan pertahan Amanah Haji Hadi.

Kalau Hadi menghina pekerjaan guru yang begitu dihormati dan dimuliakan, taulah mana cikgu-cikgu nak undi siapa kelak ...




Namun begitu RMF mendedahkan SINI akan seorang ulamak antarabangsa telah menegur PAS dan kepimpinan Hadi dan punahsihat Nik Aziz.

Ulama pakar eschologist atau ilmu berkenaan akhir zaman, Sheikh Imran Nazar Hosein menegur PAS sebagai telah menyalahguna Islam didalam politik dan wajib dihindarkan. Lihat siri video berikut:

1) Video penuh SINI
2) Video Anwar Ibrahim mengutuk Pejuang Sistem Khalifah depan kafir di USA SINI
3) Video memuji “Tun Dr. Mahathir tokoh pemimpin Islam yang berani lawan Zionist” SINI
4) Seruan Ulama Pondok Kelantan: TOLAK NIK AZIZ & PAKATAN! di SINI

Untuk mengenai Sheikh Imran Nazar Hosein baca Wikipedia SINI.



Sambil itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah dilaporkan Utusan Malaysia SINI berkata, hadi patut tarik balik Amanahnya yang jadi penyebab perpecahan ummah.

Beliau akan berdosa di dunia dan akhirat kerana amanatnya juga menyebabkan umat Islam putus saudara dan bermusuhan sesama sendiri. Persengkataan yang berpunca dari Hadi membuka ruang kepada pihak-pihak berfahaman pluralisme dan golongan yang menyokong gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengukuhkan kedudukan mereka.

“Kesan daripada Amanat Haji Hadi itu juga wujud fahaman assabiyah dan kumpulan yang taksub kepada Pas serta pemimpin parti sehingga memberi kesan berpanjangan kepada perpaduan sesama umat Islam.



Nabi ada bercakap bahawa seburuk buruk manusia diakhir zaman ialah ulamak yang berpura-pura manjadi ulamak khususnya ulamak yang mengharapkan imbuhan seperti imbuhan kuasa sebagimana PAS.


Reaksi Hadi menunjukkan dirinya sudah terjerat dan terperangkap lalu menjadi keras menujukkan keangkuhan.

Hadi tidak bertemu rombongan Perkasa sebagaimana yang dijanjikan tapi memorandum hanya diserahkan kepada Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di Pejabat PAS Negeri Terengganu. Baca Melanau Blogger SINI.

7 comments:

  • usin says:
    December 31, 2012 at 9:57:00 AM GMT+8

    cikgu cikgi kt sekolah rendahpun ramai dh yg ada degree, master & PHD. apa encik hadi tak tau ke? kt marang takde yg berkelayakan mcm tu ke encik hadi?

  • Anonymous says:
    December 31, 2012 at 9:59:00 AM GMT+8

    Cikgu-cikgu yang ajar 'ABC', '123', 'AlifBaTa', korang tu hanya layak duduk diam dan mengajar budak je. Kalau nak berpolitik macam Hadi atau N.Ajis, korang boleh kirim salam la.... ilmu korang belum sampai tahap dewa macam Hadi dan N.ajis tau....

    Paham ke??? Nak undi dewa bongkak macam mereka lagi ke???

  • Anonymous says:
    December 31, 2012 at 10:07:00 AM GMT+8

    Hadi Awang adalah seorang yang angkuh apabila 'memperleceh' dan menghina CN Afghani dengan mentifatkan hanya tahu mengajar 'ABC'. Keangkuhan Hadi Awang itu sebenarnya mahu menutup 'dosa' yang dilakukannya selama ini.

    Hadi Awang juga merupakan golongan pemimpin yang ZALIM. Hadi Awang ZALIM keatas anak2 yatim dan balu2 yang mengorbankan nyawa kerana berpegang kepada Amanat sesat Hadi Awang diMemali. Tidak puas mezalimi anak2 yatim diMemali,Ketika menjadi MB Terengganu dahulu, Hadi Awang juga bertindak ZALIM apabila memerintahkan supaya Tadika Kemas ditutup. Hadi Awang menzalimi kanak2 ini dari mendapat pendidikan awal. Apa dosa semua anak2 ini? Pemimpin2 PAS sering menuduh UMNO dan BN zalim kerana mahu menutup kezaliman mereka sendiri. Adakah Hadi Awang lupa bahawa tidak ada hijab doa orang2 yang zalimi?

    Keangkuhan dan kesombongan Hadi Awang nampaknya akan berterusan untuk menutup kelemahan dirinya. Wallahualam.

    mtk

  • jijan mali says:
    December 31, 2012 at 10:45:00 AM GMT+8

    Dah lah tu HAdi, Nik Ajis...berundurlah. Kamu ni bak ubat yang dah luput tarikh. Kalau makan jadi racun.....

  • Anonymous says:
    December 31, 2012 at 11:37:00 AM GMT+8

    dimata pemimpin2 pas ahli2 pas adalah bengap dan diyakinini mudah diperbodohkan. kalau tunjuk pandai alamat digelar lidah panjang daripaspada mereka.dihina dan dinafikan akal fikiran kedalam tong sampah shaja.malah halal sahaja untuk di kategorikan sebagai golongan mungkar malah kafir sekalipun.ahli2 pas teruaN AETI terhangguk2 sambil ketakutan tidak tergambar akan bahana didunia ini lantaran ciptaan manusia pas.
    kesan dari amanat ini terserlah dan dirasa oleh mana. tak ada yang beri kebaikkan selain memuas nafsu sesetengah pihak. mengambil kaedah syaariah perkara sebegini perlu dielak dan di tinggalkan.faktanya ia adalah perkara yang sengaja diada2kan melalui fahaman yang amat mengelirukan. sama seperti menekankan pegang duit adalah haram kerana mungkin saja ia pernah satu masa dan ketika berlegar2 di market tentunya tersentuh babi.apa/siapapun mudah dijejaskan akidahnya jika tidak dipandu dengan kaedah feqah yang mampu di praktikkan oleh orang.islam itu kan mudah untuk manusia mengamalkannya.kpas amat menyusahkan.bukan kerana pas amat prihatin.tetapi suka kepada perkara yang merussakkan kerana terlebih takbur kepada tuhannya.inikan pada sesama manusia.

  • Anonymous says:
    December 31, 2012 at 5:41:00 PM GMT+8

    Ya Allah Ya Tuhan ku. Kau lihat lah kekufuran yg ditunjuk olh Nik Ajis dan Hadji ini. Kelihatan baagai oramg ALIM tetapi Perangai Sungguh Zalim. Mereka sajalah yg Pandai dan Arif serta Sangat Megetahui hukum hakam Islam. Orang lain dianggap tidak berilmu dan setaraf mereka. Aku khuatir mereka ini akan jd bongkak dan riak takbur sehingga tak sedar diri (bagai Tokong.LGE) bahawa.kamulah sesungguhnya Yang Maha Megetahui. Kau Tunjukkan lah Kekuasaan MU kepada Mereka agar Mereka sedar bahawa ada yang lebih Megetahui. Amin

  • Anonymous says:
    January 7, 2013 at 5:31:00 PM GMT+8

    sape la yg hina ulamak ni... bengap tul...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)