Friday, December 21, 2012

DAP arah Harun Taib el Khawarij pertahan Amanat Hadi



Petikan dari Gelombang Rakyat

“Kita akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan UMNO semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya.

 Inilah wajah sebenar ulama dalam PAS.

 Mereka tidak boleh disentuh atau ditegur malah keterlaluan meminta mufti tutup mulut padahal Harussani sudah menjelaskan, isu itu tiada kaitan dengan politik.

 Sewajarnya Harun menilai apa dikatakan dua mufti itu dan kemudian berbincang dengan Hadi sebelum membuat kenyataan meminta mufti jangan campur tangan dan tutup mulut.

 Islam sendiri mengalakkan umatnya bersikap sederhana, saling menghormati dan tegur menegur dan tidak salah jika Harun menasihatkan Hadi meminta maaf atau menarik balik Amanat Haji Hadi.

Termasuk kafir mengkafir orang islam yang sudah mengucap syahadah

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah sama seperti golongan khawarij.

“Maksud amanat tersebut secara langsung dan jelas bahawa PAS menuduh UMNO berpaling dari agama Islam.

“Mereka (Pas) menuduh UMNO kafir kerana membawa ideologi atau fahaman yang boleh menghancurkan umat Islam, sedangkan ia meleset sama sekali,” katanya.

Amanat Hadi membawa budaya Khawarif yang mana ahli PAS lebih rela beli kedai Cina dari beli kedai Melayu Islam yang tak sokong PAS dan lebih rela makan sembelihan Lim Guan Eng dari sembelihan orang Islam lain

 Apa dikhuatiri selepas ini, panggilan ulama atau ‘ular dalam semak’ kepada ulama PAS berterusan dan sekaligus akan merendahkan martabat ulama-ulama lain.

Kepada Harun dan ulama PAS lain, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.

KOMEN UNSPINNERS: 


Entah apa punya hujahlah Harun Taib.

Apa yang Harun sudah akui adalah Mufti tak tahu politik dan Amanah Hadi adalah risalah politik untuk membolehkan PAS berkuasa dengan menghina lawannya orang UMNO sebagai kafir.

Kejayaan politik PAs tidak akan menguntingkan PAS tapi DAP. PAS akan dihadkan jumlah kerusi untuk mereka bertanding. Manakala DAP akan bertanding lebih kerusi. PKR yang dah tak releven pun mahu ambil kerusi dari PAS.

Kerusi PKR pun akan lebih ramai ditandingi oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Boleh disimpulkan, tidak menguntungkan PAS langsung dan bukan PAS yang akan berkuasa lepas PRU kalau Pakatan Rakyat berjaya kelak.


Apa cerita yang kononnya PAS ganti UMNO untuk memimpin negara?

Hadi masih tidak mahu mintak maaf dan tarikbalik Amanah Hadi yang dia sendiri sudah tak ikut dan ramai ahli PAS dah tak hayati.

Adakah merugikan PAS untuk lakukan demikian?

Jika demikian, untong DAP jika Hadi tak tarikbalik Amanah Hadi. PAsti DAP yang bersungguh maukan Amanah Hadi dipertahankan demi Pakatan rakyat dan khususnya demi DAP.


5 comments:

  • Anonymous says:
    December 21, 2012 at 10:19:00 AM GMT+8

    bodoh PAS..untung DAP..isu basi, DAP suka..cakar sesama melayu..

  • Anonymous says:
    December 21, 2012 at 10:23:00 AM GMT+8

    Nasihat, nasihat dah! Habaq, habaq dah! Ghoyat, ghoyat dah! Peringat, peringat dah!
    Kalau tak mau dengak, pi mampuih lah sendirian-sendirian!
    "Akan sampai pada suatu zaman apabila orang yang tidak berilmu mengaku alim dan mengeluarkan fatwa karut marut yang sesat lagi menyesatkan".
    Nau-zubillah!

  • Anonymous says:
    December 21, 2012 at 10:24:00 AM GMT+8

    Sesiapa pun dari kalangan PAS yang cuba mempertahankan Hadi Awang dalam isu 'Amanat Hadi Awang' adalah golongan yang sudah ditutup mata hatinya untuk menerima kebenaran. Kenyataannya amat jelas bahawa amanat tersebut adalah 'sesat' dan menyesatkan. Bertentangan denga Aqidah.

    Apa pun 'amanat' (fitnah) Hadi Awang kira2 31 tahun yang lalu sedang dikembalikan kepada Hadi Awang jika senario politik hari ini diambil kira. Manakn tidak Hadi Awang mengkafirkan UMNO hanya kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC dari golongan kafir zimmi. Manakala Hadi Awang pula menjalin kerjasama dengan DAP dari golongan kafir harbi yang tanpa sembunyi lagi merupaka golongan anti Islam. Lebih memalukan lagi Hadi Awang sendiri mengakui 'lebih selesa' menjadi kuda tunggangan DAP. Lebih memburukan keadaan apabila DAP telah berjaya mendakyah PAS sehingga PAS sanggup menggugurkan perjuangan 'MENEGAKAN NEGARA ISLAM' yang selama ini menjadi simbol perjuangan PAS.

    Yang menariknya segala yang kerosakan dan 'kehancuran' PAS berlaku ketika Hadi Awang merupakan Presiden PAS. Benarlah sabda Rasulullah yang melarang keras perbuatan fitnah kerana fitnah akan dikembalikan kepada si pemfitnah. Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    December 21, 2012 at 4:45:00 PM GMT+8

    Isunya mudah. Kalu isu ugama kita tanya mufti, kalu isu poltik, biar ahli politik selesaikan. Amanat hadi ni isu ugama kerana ada kafir menkafir. So mufti dah bagi nasihat, ikutla...Janganla berdolak dalih isu lama. Dosa lama pun mesti kena minta maaf jugo yeop.

  • Anonymous says:
    December 21, 2012 at 6:28:00 PM GMT+8

    cuba kita bayangkan DOSA DOSA yang hadi tanggung sejak 1981....Dosa dia dgn Allah swt bolih lah dia taubat...dosa dosa dia dgn manusia ekoran amanat nya.....kasihan, kasihan....ingat umur makin bertambah dab ada dah 81 tahun..masih celaka sana sini...fikir fikir kan lah...azab Allah pada orang tahu agama ...masyAllah amat dahsyat......kasihan kasihan..

fda

Link2Me WeLinkBk (254)