Wednesday, November 28, 2012

Usah kasi Lebai Malang bohong kali ke 13



Dalam ucapan di pembukaan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO malam tadi, Timbalan Prersiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyentuh hakikat kerjasama PAS dan DAp hanya pura-pura.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menyentuh disebalik kepura-puraan PAS dan DAp mengenepikan ideologi masing-masing untuk bekerjasama tetapi sebenarnya sentimen kaum dan agama begitu menebal dalam DAP dan PAS.



Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.  

Menyebut Pulau Pinang sebagai contoh, Muhyiddin menjelaskan DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR.

Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP.

Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam  di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan.

Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam diambilalih oleh Menteri Besar dari PKR.

Muhyiddin menggambarkan PAS sebagai hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. 

PAS bagaikan kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas.


PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Muhyddin menyambung lagi berkenaan kedudukan Melayu/Pribumi dan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang?


PAS tidak boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam. 

PAS pun sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan.

Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang ditandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan ia menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Mungkin PAS akan kata tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Itu bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api.

DAP yang rasis lagi cauvinis dan PKR yang rosak lagi merosakkan tidak akan sokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam.



Dengan kedudukan PAS yang lemah, pelik didengar apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri.

Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka?

Jika tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu?

Ia menunjukkan akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, dan Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat untuk mereka mentadbir beberapa buah negeri mendedahkan mereka tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa.

3 comments:

  • Anonymous says:
    November 28, 2012 at 12:49:00 PM GMT+8

    Puak-puak ni hanya pandai but fitnah terhadap kerajaan berkokok kuat ekor bergelomiang taik.

  • Anonymous says:
    November 28, 2012 at 12:56:00 PM GMT+8

    kita ingatkan penganut agama pas ... kalau perjuangan hudud pas adalah benar ... hukum dulu penzina yang ada di dalam pas itu dengan hukuman hudud yang mereka perjuangkan ... jangan cakap tak serupa bikin ... cakap mahu jalankan hukum hudud tetapi puak mereka yang berzina diangkat dijulang menjadi pemimpin tertinggi ... ini namanya menipu Allah dan manusia ...

  • Anonymous says:
    November 28, 2012 at 1:01:00 PM GMT+8

    kita ingatkan penganut agama pas ... kalau perjuangan hudud pas adalah benar ... hukum dulu penzina yang ada di dalam pas itu dengan hukuman hudud yang mereka perjuangkan ... jangan cakap tak serupa bikin ... cakap mahu jalankan hukum hudud tetapi puak mereka yang berzina diangkat dijulang menjadi pemimpin tertinggi ... ini namanya menipu Allah dan manusia ...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)