Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak
Jangan angkuh... terimalah Wang Ehsan

Thursday, November 22, 2012

Terdedah Dunia Konspirasi Musli Oli tidah faham fakta


Kebanyakkan penulis buku politik hanya tahu menganalisa hanya politik dan melihat politik dari sudut seni dan selalunya konspirasi politik dari sains politik. Pemahaman mereka tentang intipati dan teknikaliti pentadbiran, pengurusan ekonomi, perancangan bajet, formulasi polisi dan implemntasi sering lemah sekali.

Ini ternyata dapat dilihat dalam Debat Wacana Antara Bajet Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat "Kesannya Kepada Rakyat" antara wakil rakyat Kota Belud Dato Abdul Rahman Dahalan dan wakil rakyat angan-angan PKR, penulis Musli Oli di Tingkat 6, Palace Ballroom, Palace Hotel Kota Kinabalu.

Musli Oli ternyata jauh ketinggalan dalam pengetahuannya mengenai isu yang dibincangkan. Pemerhati melihatnya sebagai taida fakta dan tidak jawab persolan yang ditimbulkan. Selain itu, dia kelihatan lari dari fakta debat.

Dalam debat itu, Dato Abdul Rahman Dahalan menjelaskan bahawa BN serius dalam membasmi kemiskinan dan bajet ini begitu menyeluruh bantu membasmi kemiskinan.

Dalam hal kemiskinan, Rahman berkata punca kemiskinan juga ada kala disebabkan sikap malas atau segan rakyat untuk mengejar peluang.

Sebab utama terletak pada keadaan mukabumi Sabah, dan kedudukan penduduk yang berselerak. Dalam hal ini, kerajaan telah membuat sistem berkelompok dalam segala projek kini dan ini ternyata berjaya.

Pada Rahman, kemiskinan bukan hanya masaalah di Sabah bagi menepis usaha kumpulan seperti Musli yang mahu memainkan sentimen rakyat Sabah diketepikan khususnya oleh kerajaan pusat. Kemiskinan adalah  masalah global dan negara maju pun ada kadar kemiskinan setinggi 10% - 15%.


Musli Oli tidak menawarkan fakta atau data untuk menangkis Rahman tapi hanya membandingkan kemiskinan rakyat di Sabah dan negeri-negeri di Semenanjung serta kadar gaji swasta di Sabah masih rendah.

Tiada sebab dapat dipersembahkan dan jauh sekali cara penyelesaian seperti yang bisa diketengahkan Rahman.

Masuk pusingan ke dua, Rahman Dahalan menjelaskan dengan mudah bahawa gaji berada diperingkat minima kerana majikan di Sabah tak mampu membayar gaji tinggi akibat perolehan yang tidak tinggi.

Susah tentu taida kerajaan dalam dunia boleh diharapkan untuk menampung perolehan rendah mana-mana syarikat. Buku Jingga yang diunjurkan Pakatan Rakyat supaya gaji minima dilaksanakan tidak lojik dan hanya janji kosong.

Pembangkang hanya gunakan kemiskinan untuk isu politik tetapi kerajaan pemerintah yang ada yang mengusahakan untuk membasmi kemiskinan secara terus menerus.

Sebagaiman dalam pusingan sebelum ini, Musli Oli tidak menjawab dengan fakta tetapi hanya mengecilkan dan mengkritik Rahman Dahalan.

Katanya Wawasan 2020 tidak tercapai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan kerana hutang negara mencecah RM844 billion. Dari mana dia dapat angka itu? Dari puncak gunung Kinabalu ke? Sbelum ini, angka lain dan lebih rendah yang dihujahkan pemimpin PR.

Musli katakan dasar kerajaan hanya untuk gula-gulakan rakyat dengan menurunkan harga barang. Jika kerajaan benar mahu selesaikan kemiskinan, eloklah kerajaan turunkan harga kereta. Jika PR memerintah, mereka mahu hapuskan cukai eksais.

Baguslah tu. Banyaklah kereta impot melanda negara dan banyaklah wang negara mengalir keluar. Akhirnya akan ada masaalah kredit perbankan dan semua barang akan naik harga. Mana Musli Oli belajar ekonomi? Fakulti ekonomi di The Mall dan coffeeshop hotel ke?

Musli menambah untuk menuntut kerajaan rendahkan dasar Carbotage yang mana pihajk pembangkang di Sabah memudahkan ceriat dengan kata semua kapal dikehendaki berlauh ke Port Klang sebelum boleh kembali ke punggahkan barang di Sabah.

Rahman Dahalan menjawab dasar Carbitage menggalakkan perusahaan perkaplan di Malaysia dan mengurangkan pergantungan kepada syarikat kapal luar negara.

Jelasnya lagi, Carbotage bukan penyebab harga barang naik, tetapi disebabkan kos lain, pengakutan darat, rangkaian dan lain-lain. Musli tiada fakta untuk menyokong tuduhan dan kesimpulannya. Biasalah penulis  politik berdasarkan teori konspirasi.

Berkenaan hal harga kereta, Rahman menjawab dengan mudah. Harga kereta di malaysia masih antara yang terrendah di Asia Tenggara.

Musli Oli masih dengan isu Carbotage tapi hujahnya hanya untuk melindungi kroni. Pasti dia tidak boleh namakan siapa kroni dan kroni pada siapa dan bagiaman salahlaku kuasa bantu kroni untuk menyokong tuduhan melulunya.


Pada pandangan penulsi konspirasi politik, perlabuhan Sabah patut jadi hub. Entah dia fahamkah apa itu hub dan kepada mana dia nak hubkan pelabuhan Sabah? Adakah Sabah pelabuhan yang dalam dan terlindung?

Musli Oli menyarankan ramai belia berhijrah ke Semenanjung kerana masaalah pengangguran di Sabah telah meningkat. Dia cuba mengaitkan isu dengan hal RM40 juta yang pembangkang mainkan sebagai "wang rasuah Musa Aman".

Kemudian dia timbulkan pula isu KKIP yang mana rakyat dibayar 30 sen, tapi kerajaan kerajaan jual pada harga RM12.

Akhirnya dia merungut pula menganai Sabah tiada perlaburan asing. Ini  mudah Rahman jawab dengan menjelaskan bahawa Sabah sedang bangunkan industri pelancungan, dan kelapa sawit.

Musli mungkin tidak sedar pembanguanna industeri tersebut kerana dia ingat mudah untuk Sabah ubah dari industeri extraction sumber kepada pelaburan dalam high technology dan boleh hantar rocket ke angkasa lepas.

Dia tidak menyedari rakyat Sabah pun tidak cukup untuk memenuhi kesemua kekosongan dalam Universiti Malaysia Sabah. Pelaburan asing memakan masa dan perlu ada keutamaan kompettif. Penulis politik mana faham model Porter berkenaan "Competitive Advantage of Nation."

Berkenaan isu RM40 juta yang cuba digembar gemburkan pembangkang sebagai duit UMNO Sabah, Rahman jelaskan bahawa Mahkamah Hong Kong dan ICAC telah menjelaskan tiada asas rasuah. ICAC Hong Kong terkenal dalam usaha membenteras rasuah dalam dunia.

Nampaknya dunia konspirasi politik Musli Oli baru disentak dengan kesedaran realiti. Dia pun ingat kelentongnya tidak diketahui orang. Politiknya di Kota Belud yang main hentam saja orang. Kelentongnya yang konon berjumpa dengan orang tertentu.

Jangan ingat orang tidak tahu motifnya untuk lompat ke PKR.

4 comments:

  • Anonymous says:
    November 22, 2012 at 10:26:00 AM GMT+8

    aku syok baca yang ni "Berkenaan isu RM40 juta yang cuba digembar gemburkan pembangkang sebagai duit UMNO Sabah, Rahman jelaskan bahawa Mahkamah Hong Kong dan ICAC telah menjelaskan tiada asas rasuah. ICAC Hong Kong terkenal dalam usaha membenteras rasuah dalam dunia."

    baca inipun dah tau hampa ni bangang ya amat,,,memang umnobodo

  • Anonymous says:
    November 22, 2012 at 11:31:00 AM GMT+8

    PKR jangan usik Sabah ya.

  • Sou Yuen says:
    November 22, 2012 at 12:37:00 PM GMT+8

    Unknown November 22, 2012 10:26:00 AM

    I can't see any problem with that word. Maybe you need to read France Government declaration about Scorpene issue to understand that problem OR you still in other dimension in this universe. Plus, I feel more 'syok' read this.."Jika kerajaan benar mahu selesaikan kemiskinan, eloklah kerajaan turunkan harga kereta. Jika PR memerintah, mereka mahu hapuskan cukai eksais" hahahaha, next time if PR be a goverment (until Allah swt will but if He want to), build 8 lane highway/roads okay? haha

  • Anonymous says:
    November 22, 2012 at 3:02:00 PM GMT+8

    anon November 22, 2012 10:26:00 AM GMT+08:00...
    err ko tau pa tu ICAC? ko tau ke prosedur keja diaorg tuh n ko ingat stiap bdn pencegah rasuah negara2 len sama ke ngan malaysia?? ko tau sistem ngan polisi ekonomi kat hongkong tu camna??? kalau xtau jgn wat kembang idung mcm VAVEESS lak..mmg pencacai2 PR SEMUANYA BUDUH2...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)