Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, November 1, 2012

Takut rahsia PKNS bocor, PKR tekan ala Lee Kuan Yew



Isu PKNS ditimbulkan oleh Dato Noh Omar, tapi tanpa tunggu-tunggu berapa hari pun, meriam undang berpeluru saman menyaman sudah dihalakan kepada Utusan Malaysia. Harakah melaporan:


Kerajaan Selangor saman Utusan atas artikel PKNS

31 Okt 2012

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan timbalan ketua pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini petang tadi.


Baca sepunhnya di sini

Betul atau tidak tindakan mereka itu belakang kira yang penting, boss-boss pada penulis dan editor mesti ditakutkan dengan saman, atau boikot atau tarik iklan atau circulation jatuh, cara data betul atau data tipu.

Inilah cara mereka tahan salahlaku mereka diketahui rakyat dan didedahkan. Padahal mereka yang dok teriak kebebasan media. sekarang dah diberi kebebasan tapi disalahguna dan diguna mahkamah untuk tekan kebebasan itu.

Inilah intimidasi ala Lee Kuan Yew. Bawah Lee Kuan Yew, mana ada kebebasan media. Ada baik kita tarik balik kebebasan media. jika begini jadinya.

Tulisan oleh Dato Zaini, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia adalah hanya meletakkan perspektif atas cubaan menjual aset PKNS. 

Pendedahan asal dibuat oleh Dato Noh Omar. Dengan Dato Noh mereka takut kerana dia pun lawyer. Malahan membawa Dato Noh ke mahkamah akan memberinya publisiti yang mereka enggan beri. 

Dengan akhbar dan media yang bukan ahli politik, mereka mudah dapat takut-takutkan.

Ini hanya menunjukkan ada lagi sesuatu dalam isu PKNS. Kalau iyalah mahu tiga aset dimasukkan atau sebenarnya memang betul Dato Noh kata jual kedalam Property Trust, kenapa masukkan semua dalam sebuah syarikat?

Telus lah kalau berani ....

5 comments:

  • salleh telegu says:
    November 1, 2012 at 9:50:00 PM GMT+8

    Humpy Dumpty sat on the wall,
    Humpty Dumpty had a great fall,
    All the King appointed Judges and the Bar Council Lawyers,
    Humpty thinks will be his saviours


  • MegaBidaman says:
    November 1, 2012 at 10:14:00 PM GMT+8

    biasalah tu , guna tindakan mahkamah untuk menutup mulut 'whistle blower' , tapi bab evidence yang 100% nyata tak berani pulak depa nak saman.. video anwar bila lagi nak bawak ke mahkamah ?? dah lama tunggu ni

  • Anonymous says:
    November 1, 2012 at 11:03:00 PM GMT+8

    LKY amat berdendam kesumat akan ekosistem Bangsa Melayu.
    Marah dan benci dalam hati nya makin membara sesudah melawat beberapa pemimpin kerajaan negeri PR semenjak 2008.

    Anak pada anak didikya telah menjadi KM di pulau Mutiara.
    Sebagai saorang Kafir melawat pemimpin ugama Islam dan sangat intim demi “the enemy of my enemy is my friend”.

    Semua komponen ekosistem Bangsa Melayu ambil iktibar dan berhati hati serta cemburu akan tindak tanduk musuh musuh ekosistem Bangsa Melayu saperti di contoh kan LKY.

    najib sudah kasi muka berlebihan akan vernakular di Malaysia.
    tetapi usaha najib sia sia saja,sebab mereka tidak akan puas hati sehingga ekosistem bangsa Melayu jatuh dan terus lenyap.

    ekosistem Bangsa Melayu jatuh bukan kerana anak anak didik dan sekutu LKY ,tetapi akan jatuh kerana pemimpin contoh nya najib dan lain lain,yang beri jalan,beri kunci, beri muka.. hanya kerana nafsu kepentingan menjadi pm kekal.
    arjuna waspada
    changkat lobak.
    dapat lesen besar 1M.

  • Anonymous says:
    November 2, 2012 at 2:27:00 AM GMT+8

    Statement bodoh.....

    Kalau takut rahsia bocor tak bawa ke mahkamah....di mahkamah segala bukti akan dihujahkan....

    Ala hai Utusex...nasib kau la....asyik kena saman je....
    aku cadangkan naikla harga surat khabar ke RM4 atau RM5...dah lama tak naik tu...

  • Semboyan says:
    November 2, 2012 at 9:00:00 AM GMT+8

    PKR dan DAP serpihan dari parti PAP. Biasalah mereka sudah biasa hancurkan negara lain. bukan benda baru pun!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)