Greetings

Friday, November 23, 2012

Survey Sinar Harian tolak Anwar dan Nik Aziz


Ini bukan survey Berita Harian atau mana-mana media massa utama tapi SInar Harian yang Pakatan Rakyat pun ada buat sogok di kelantan dan Selangor.

Jadi tak payahlah nak nafi-nafi manipulasi Utusan Malaysia.


Menurut RBF sini, keputusan diatas melibatkan undian yang dilakukan hingga jam 9 pagi tadi. Saya cuba untuk melihat keputusan terkini sekarang, tetapi didapati undian tersebut tidak lagi dipaparkan di portal berkenaan.

Kemungkinan besar ianya telah dibuang oleh pihak admin portal berkenaan. Kenapa ia dibuang kita pun tak tahu? Mungkin pihak Sinar Online telah menerima panggilan daripada mana-mana pihak PKR?



Inikah PM dari PAS?

4 comments:

  • Anonymous says:
    November 23, 2012 at 2:37:00 PM GMT+8

    Pakatan Rakyat Akan Kalah Teruk Kalau Hadi PM


    KITA semua tahulah bahawa amat mustahil sekali untuk Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri. Kerat jari pun penulis yakin mimpi ngeri itu tidak akan berlaku dalam sejarah negara ini.

    Selain kurang pengalaman memimpin (setakat menjadi Menteri Besar Terengganu sepenggal), Hadi juga diketahui tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik seperti mana pemimpin utama negara-negara lain di dunia.

    Seterusnya menyukarkan perhubungan di peringkat antarabangsa nanti.

    Masalah ini (penguasaan bahasa Inggeris) bukan terhad kepada Hadi sahaja, malahan pemimpin utama PAS yang lain seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

    Cuma yang menjadi persoalan kepada penulis, walaupun tahu dan sedar dengan kekurangan dan kelemahan Hadi untuk memikul tanggungjawab sebesar itu seperti yang disebutkan di atas, masih ramai juga di kalangan kita yang berminat untuk becakap mengenainya.

    Terutama sejak Muktamar PAS ke 58 ini berakhir.

    Sehinggakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersidang di Parlimen menjadi buruan para wartawan hanya untuk mendapatkan ulasan bagi isu yang sebenarnya bukan isu ini.

    Tidak terkecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

    Sebetulnya beginilah, penulis ingin berkongsi hasil satu kajian yang dijalankan tahun lepas dan awal tahun ini mengenai personaliti yang paling layak dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa.

    Atas sebab tertentu, siapa dan agensi mana yang menjalankan kajian tersebut elok dirahsiakan buat masa sekarang tapi yang penting ia telah dibentangkan kepada kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat.

    Kajian tersebut menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi PAS sekarang yang diketahui layak untuk menjadi Perdana Menteri Malayasia, dan itu termasuk Hadi sendiri.

    Antara sebab utama yang dikenalpasti kajian tersebut ialah pemimpin PAS sedia ada tidak bersedia memimpin rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama, dengan pelbagai masalah berbeza.

    Pemimpin PAS (berdasarkan situasi sekarang) hanya layak memimpin negeri yang majoriti besarnya (lebih 70%) dihuni orang Melayu sahaja. Lebih teruk lagi, kajian tersebut juga menunjukkan, kalau pemimpin PAS dicalonkan untuk jawatan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat sudah pasti kalah dalam pilihanraya umum yang akan datang.

    Sebab itu sepanjang PAS bersendirian menentang UMNO, soal menjadi Perdana Menteri tidak pernah ditimbulkan.

    Diakhirnya, kajian tersebut merumuskan hanya Anwar sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mengetuai Pakatan Rakyat.

    Maka itu, tidak hairanlah kenapa hari ini pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR memberikan jawapan yang sama sahaja bila ditanya tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar, kerana mereka sudah didedahkan dengan kajian tersebut.

    Tidak hairan kenapa ramai pelik bila pemimpin PAS berbeza pendirian dan pendapat. Sebahagian besar pemimpin PAS nampaknya lebih selesa memberikan jawapan selamat ke atas soalan tersebut, melainkan pemimpin seperti Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu yang dengan tegas menyebutkan hanya Anwar akan dilantik ke jawatan itu.

    Kalau keadaan ini berterusan, penulis tidak hairan kalau lebih banyak dokumen akan didedahkan untuk membuktikan banyak perkara yang telah disepakati oleh pimpinan tinggi Pakatan Rakyat, antaranya calon Perdana Menteri ini.

    Termasuk di antara dokumen tersebut ialah ‘perjanjian rahsia’ yang tidak diketahui ramai dari penyokong Pakatan Rakyat mengenai banyak hal yang menjadi pertikaian sesama kita sebelum ini.

  • Anonymous says:
    November 23, 2012 at 4:25:00 PM GMT+8

    sinar Harian sama seperti akhbar lain.

  • Anonymous says:
    November 24, 2012 at 9:49:00 AM GMT+8

    sinar harian tidak sama dengan akhbar lain . sinar harian adalah jelmaan harakah yg di keluarkan secara harian.

















  • Anonymous says:
    November 24, 2012 at 12:23:00 PM GMT+8

    Sinar Harian best. Mana boleh lawan Harakah.

    Harakah pun asyik bergaduh aje antara puak Erdogan dengan puak Ulama. Erdogan baling Hudud. Nik Aziz puak Ulama pungut semula. Tapi puak Ulama menang di Muktamar minggu lalu.

    Erdogan Harakah pulak kata Hadi tak cakap dia nak jadi PM. Bodoh punya Erdogan dalam Harakah tak sedar pun yang Anwar dah akui itu. Anwar kata "boleh runding" dengan PAS.

    Tapi tahu apekejadah yang nak runding kalau Muktamar PAS nakkan Hadi jadi PM - bukan Anwar - kalau PR sampai ke Putrajaya. Gaduh le kamu me' Erdogan dan Ulama. Sampai kapal karam pun takpa.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)