Sunday, November 11, 2012

Sister in Sesat sokong Nurul


SIS: Kebebasan beragama termasuk menukar agama
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.
Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.
“Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit,” menurut SIS dalam kenyataan medianya.
Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.
“Islam bukanlah agama jalan sehala,” kata Suri.
Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad.
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM!!
Kumpulan ni sepatutnya menggelar diri mereka Sisters AGAINST Islam, bukannya Sisters In Islam! Bila bercakap tentang hukum, kena berlandaskan Al Quran, bukan ikut sedap logik akal!


Mereka ini Sister in Sesat. Tak kiralah mereka ini anak bekas Perdana Menteri dari Abdullah Badawi atau Dr Mahathir atau Abdullah Badawiat au ada kaitan Dato Onn Jaafar. mereka yang sesat harus dikatakan sebenar-benarnya.
Siapakah yang Maha Bijaksana, Allah SWT atau manusia yang diciptaNya dari tanah?
Jadi, manusia tidak boleh sewenang-wenangnya menentang hukum Allah, kononnya tidak logik atau ketinggalan zaman.
Kawan-kawan tentu masih ingat sejarah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang memerangi golongan murtad di bawah pimpinan Musailamah al-Kazzab.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah bermesyuarat dengan para sahabat dan kaum Muslimin bagi menghadapai gejala murtad. Di dalam kesulitan yang memuncak maka dengan kebesaran dan ketabahan hati Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi golongan ini sehingga mereka kembali pada kebenaran, atau beliau gugur sebagai syahid dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

Islam apa kalau sokong amalan LGBT yang bukan fitrah manusia yang telah ditentukan tuhan. Sah mereka ini Sister in Sesat.

Lihat, inilah contoh ikutan untuk kita semua, tapi hairannya sekarang pemimpin beragama Islam sendiri yang mahukan orang Islam diberi hak untuk murtad!  
Adakah Nurul Izzah mahu menjadi Musailamah al-Kazzab versi moden?
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

4 comments:

  • Anonymous says:
    November 11, 2012 at 6:54:00 PM GMT+8

    Aku pernah jumpa seorang ahli SIS ni. Dia kata, Allah yang gerakkan seseorang tu nak masuk Islam atau keluar Islam. Jadi tak perlu nak susah2 fikir bab keluar/masuk Islam.

    Aku sedeh sebab yg cakap ni ada pelajaran tinggi. Kalau gitu kenapa kita kena kunci rumah dan pasang pagar? Bukan ke Allah yang tentukan pencuri tu nak masuk atau tidak.

    Mereka tu berani cakap je tapi kalau kena anak2 mereka murtad, baru tahu langit tinggi rendah.

  • Anonymous says:
    November 12, 2012 at 10:37:00 AM GMT+8

    Minta JAKIM, Bukit Aman, Militia AMAL PAS, Sayap Militia Masjid TTDI Jaya, Pemuda UMNO check pi tengok sama ada SIS nih ada menerima bantuan kewangan dari CIA, MOSSAD, MI6, Global Alawites, ILGA.ORG....


    Salmiah Suntil

  • Anonymous says:
    November 13, 2012 at 4:31:00 PM GMT+8

    Bila baca pasal nie, hati rasa gerun dan takut. Mana pegi semua yg mengaku memperjuangkan islam ??knp semua sunyi sepi ??

  • Anonymous says:
    November 10, 2014 at 3:42:00 PM GMT+8

    SISTER IN ISLAM DIASASKAN OLEH USTAZAH SESAT,AMINA WADUD...DIA JADI TOK IMAM SEMBAHYANG JUMAAT DI AMERIKA...MAKMUMNYA LELAKI DAN POMPUAN DUDUK DALAM SATU SAF YANG SAMA...MAKMUM POMPUANNYA TAK TUTUP AURAT....NAK TUNJUK INILAH KESAMAAN GENDER DAN HUMAN RIGHT YANG MEREKA PERJUANGKAN...

    INILAH NAK DITIRU OLEH ANDARTU2 DAN JANDA2 PERASAN BAGUS DAN EDUCATED NI...

    INGATLAH SATU PERKARA!...JGN PERSENDAKAN HUKUM ALLAH DAN JGN MENGUNDANG BALA ALLAH....TAUBATLAH KERANA BILA ALLAH JATUH BALA ORG2 YANG BAIK AKAN TERKENA....

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)