Greetings

Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434



Selamat menyambut Maal Hijrah dari kami The Unspinners.

Bernama turut melaporkan berikut:

Hijrah transformasi menentang pendustaan terhadap Rasulullah dan agama, kata Perkasa

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Umat Islam di negara ini perlu menjadikan Hijrah sebagai satu transformasi ke arah perjuangan yang berani menentang segala bentuk pendustaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata transformasi itu juga melibatkan penolakan kepada pluralisme, liberalisme dan juga kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam usaha mengekalkan dan mengeratkan persaudaraan sesama Islam.

“Seharusnya kita perlu mengawasi ancaman kepada Islam dari luar dan dari dalam. Berhati-hati terhadap golongan munafik yang bertopeng agama tetapi hakikatnya berniat jahat.

“Bersyukurlah dengan nikmat yang dikecapi hasil pimpinan yang bijaksana,” katanya kepada Bernama sempena Ma’al Hijrah 1434H yang disambut esok. Ibrahim berkata umat Islam juga harus kembali memahami dan mendalami Hijrah yang dilakukan Rasulullah SAW yang dilakukan kerana akidah Islam tetapi hari ini akidah dipermainkan oleh orang Islam itu sendiri.

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang utama bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara dan merupakan hari cuti umum.

Sambutan sederhana dijangka diadakan di seluruh negara memandangkan musim hujan lebat yang tidak menentu sehingga menyebabkan kawasan di beberapa negeri dilanda banjir. — Bernama

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)