Wednesday, November 14, 2012

Satu lagi projek gagal Husam, Satu lagi sanum berjaya di Lembah SIreh


Dalam usahanya yang terbaru untuk menolak kebenaran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN 2011) berkenaan kelemahan dan kegagalan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, tiba pula giliran Exco kanan negeri untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan.
Kata Husam Musa, adalah mustahil projek Lembah Sireh dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri tidak memberi hakmilik tanah kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.
Selanjutnya kata Husam lagi, seandainya projek tersebut gagal atau syarikat swasta itu tidak mematuhi perjanjian maka kerajaan negeri memiliki kuasa untuk mengambil semula tanah seluas 716.8 ekar itu.
Nampak gayanya Husam cuba cuci tangan bagi pihak PAS Kelantan berikutan kritikan ramai terhadap skandal Lembah Sireh yang sekarang ini telahpun dilaporkan kepada pihak SPRM.
Ulasan Naib Presiden PAS itu merujuk secara langsung pada Laporan Audit yang antara lainnya menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan membelakangi prosedur penukaran hak milik tanah kepada Liziz Standaco, sehingga mendedahkan kepada risiko besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri.
Kredibiliti LKAN 2011 jauh lebih tinggi berbanding Husam yang diketahui pernah gagal dalam perternakan kambing Jamnapari. Soalnya sekarang pandangan siapa yang selayaknya digunapakai?
Tanah itu yang nilainya dianggarkan RM318.29 juta kini sudah pun menjadi milik syarikat tersebut selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Jika jawapan Husam itu diterima pakai, mudah benarlah untuk mana-mana individu atau syarikat berkepentingan dengan pemimpin PAS mengajukan proposal projek pembangunan tanpa perlu memiliki modal yang kukuh.
Baca sepenuhnya di Sel13 sini

4 comments:

  • Uruk-Hai says:
    November 14, 2012 at 10:05:00 PM GMT+8

    Salam mohon dipautkan blog sy Uruk Hai mediauruk.blogspot.com ..

  • Uruk-Hai says:
    November 14, 2012 at 10:05:00 PM GMT+8

    Salam mohon dipautkan blog sy Uruk Hai mediauruk.blogspot.com ..

  • husin lempoyang says:
    November 14, 2012 at 11:00:00 PM GMT+8

    Husam yang kusam semua projek yang dibuat gagal.....macam penasihat 25% cerita wayang P Ramlee lah pulak tak lama lagi kena lelong....ha..ha..ha

  • wasim46 says:
    November 14, 2012 at 11:39:00 PM GMT+8

    Tu lah ditakdirkan bapak dia namakanya musang..

fda

Link2Me WeLinkBk (254)