Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, usaha kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang cuba mendekati rakyat termasuk Hindraf diharap akan membuahkan hasil yang baik.
Menurutnya, melalui perbincangan yang dilakukan Perdana Menteri, masalah rakyat dapat diselesaikan dengan segera dan lebih mendalam.
Tambahnya, "jika kerajaan tidak berbincang (dengan Hindraf), mereka akan bawa ke "jalan raya' dan akan ada pihak lain yang mengambil peluang itu untuk kepentingan politik sendiri tanpa memikirkan rakyat."
"Kita dari Perkasa menyokong penuh usaha kerajaan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu untuk mendekati semua pemimpin kaum hindu termasuk Hindraf," katanya kepada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Petikan dari
Sinar Harian
... Hindraf boleh bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syarat, tidak membuat tuntutan yang melangkaui sensitiviti Perlembagaan.
... Datuk Ibrahim Ali menegaskan, perkara itu termasuk hak istimewa Bumiputera dan perkara lain yang membabitkan dasar negara.
“Perkasa mengambil pendirian positif dengan hasrat Perdana Menteri untuk berjumpa dengan pemimpin Hindraf kerana isu membabitkan kaum India juga perlu diberi perhatian.
“Tetapi mereka (Hindraf) janganlah pula buat tuntutan luar biasa nak minta langit, bulan, dan macam-macam,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Petikan dari
FMT
ASSALAMUALAIKUM, DARI HATI YANG IKHLAS DAN TANPA SEBARANG KEPENTINGAN - AKU SARANKAN JANGAN BERBINCANG DENGAN PERTUBUHAN YANG HARAP. jANGAN yb IBRAHIM ALI NAK TUNJUK PANDIR. JANGAN LAYAN KUMPULAN HARAP. JANGAN IKUT BODOH ORG KURANG AKAL.
klakar la terjemahan 'ranting zaiton' ...buruk betul bunyi linguistik terjemahan "olive branch" tu..sori jgn mare..
Hope ds najib jgn lyn sgt hindraf nie..
Itu PERKASA punya kapla juga sendiri offer itu zaitun punya ranting, lagi apa mau cakap?
Kan segala2nya boleh dibawak bincang? Tapi yg meloyakan, kita boleh duga apa hasil perbincangan nanti. Dlm otak memang dah set nak ikut telunjuk tp diadakan jugak perbincangan supaya tak nmpk sngt mcm lembu dicucuk hidung. Tak percaya? Tengok "hasil perbincangan berkaitan sekolah cina".
The best form of resolving conflicts between parties is through discussion, and it can be done through inquisition, arbitration, mediation or a hybrid.
As for Hindraf, if you want a discussion, make sure it is confined to a discussion and not threatening the other party by making ridiculous or absurd demands. Don`t be another Dong Zhong.