Tuesday, November 6, 2012

Pro murtad Nurul patut salahkan Malaysiakini


Nurul Izzah semalam menafikan di blognya semalam seperti berikut:

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Ada pihak pembangkang mulalah nak salahkan Utusan dan UMNO seperti si Penarik beca di sini.

Tengoklah betul-betul bawah ini siapa yang laporkan.


Apa hal pun kini JAIS akan teliti kenyataan Nurul. Lihat laporan sini dan video di sini.

Utusan melaporkan bahwa:


Kebebasan beragama bukan mutlak

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kebebasan beragama sebagaimana dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan suatu yang mutlak kerana tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam.

Katanya, Perkara 11 (4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

“Sebagai sebuah negara bukan sekular dan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah menjadi tugas kerajaan dan pihak berkuasa berkenaan agama menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong atau dipengaruhi oleh agama lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. ...

Sepenuhnya di sini

Fathul Bari pun turut menegur pemikiran Islam Liberal yang dijaja Nurul:

3 comments:

  • Semboyan says:
    November 6, 2012 at 3:05:00 PM GMT+8

    rasanya Izah nak tarik sokongan dari golongan murtad. Perangai sebegini patut dihindari oleh mana mana pihak perutamanya pihak pakatan rakyat yang bagaikan giler kuasa dan sanggup kata apa sahajaa untuk mendapat sokong. Harapkan pemimpin, pemimpun suruh murtad pula. ish ish ish

  • Anonymous says:
    November 6, 2012 at 3:42:00 PM GMT+8

    keluarga anwar dah jadi KELUARGA 69...keluarga karbatak!

  • Anonymous says:
    November 6, 2012 at 3:54:00 PM GMT+8

    Aku dah kaji dari awal kronologi, dan aku tak terkejut Nurul salahkan Utusan. Fitnah mende kalau sumber berita dari MalaysiaKini? MalaysiaKini yang lapor dulu, bukan Utusan.

    Kalau Utusan fitnah, maka MalaysiaKini pun fitnah.

    Tapi orang macam ni mana nak terima? Otak masing-masing dah rosak. Sama macam bapak dia jugak.

    Semua benda fitnah. Hari-hari fitnah, orang pun cerdik buat penilaian. Macam budak nakal hari hari menipu, lama-lama orang sedar jugak.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)