Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, November 28, 2012

Politik baru langgar batasan, Demokrasi untuk bela rakyat


Tan Sri Muhyiddin menganggap kemunculan ideologi baru yang konon dijenamakan sebagai  politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu melanggar batasan agama, budaya dan moral.

Dalam ucapan pembukaan persidangan sayap UMNO Wanita, Pemuda dan Puteri, Muhyiddin menyentuh mengenai sikap Pakatan Rakyat yang mengutip apa sahaja ideologi yang sedia memberi kelebihan kepada mereka, termasuk ideologi songsang.

Apabila muncul kumpulan yang memperjuangkan hak golongan LGBT, yang mahu mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita, Pakatan Rakyat pun turut iktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama.

Baru-baru ini, puak tersebut menuntut hak LGBT dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini. YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini kerana ia bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia. Negara-negara lain pun turut menentang.


Tetapi di Malaysia, Ketua Pembangkang tanpa segan dan silu mengatakan undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot.

Padahal perbuatan itu dikutuk dan ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot?


Muhyiddin turut menyentuh kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang mahu kesamarataan hak bagi orang Melayu yang beragama Islam diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain.

Seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah dan tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam. Ideologi demokrasi dan kebebasan yang dibawa pembangkang sedia merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, semuanya boleh sahaja.


Muhyiddin turut juga mendedahkan janji pembangkang untuk mengamalkan demokrasi dan kebebasan yang ala barat tanpa had dan batas, tetapi mereka juga yang tidak kotakan janji. Bila mereka berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati.

Mereka menjanjikan kebebasan media tetapi belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan.

Misalnya, nilai saman mereka ke atas Utusan Malaysia sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit dan mereka mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.



Tujuannya supaya akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka.

Pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya.

Padahal mereka yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil,  berat sebelah, dan zalim, tetapi apabila terdesak, mereka juga guna mahkamah untuk  melindung mereka dari kebenaran yang pahit untuk diterima.

Oleh kerana niat jahat mereka sanggup beri gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa dan menabur fitnah.


Baru-baru ini Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Ianya seolah-olah pilihanraya kita kotor.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada negara kerana tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

Menurut Muhyiddin, ini hanya taktik kotor untuk menutup malu kepada kemungkinan pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. lalu dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya mudah buat alasan bila kalah dan buat himpunan jalanraya kelak.

Lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR?

Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri?

Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

Langsung, Muhyiddin meyeru UMNO supaya tidak alpa. Sebagai parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam, harus dibina benteng demi mempertahankan masyarakat  daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang.

Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita, meracuni pemikiran masyarakat kita dan merungkai asas-asas agama kita. UMNO dan Barisan Nasional harus mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.


Muhyiddin turut mahu UMNO ingat akan erti demokrasi sebenar untuk membela rakyat dan membawa keamanan.

Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat lalu melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, dan apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada makna pada demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat.

Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)