Greetings

Wednesday, November 28, 2012

"PM" Hadi risau apa DAP kata


Baca apa Takiyuddin cakap hehehe ... tak berapa jam, Hadi dah "cover line." Lawak-lawak ...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun Kelantan.

Pendirian ini dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi. 

"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang-orang bukan Islam," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. 

Katanya, Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam tentang pertikaian isu ini di Kelantan. 

"Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," katanya. 

Kata Hadi, Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya.

Sinar Harian Online

Nampak sangat takut kat DAP kah kah kah ...

5 comments:

  • malayoo mudah lupa says:
    November 29, 2012 at 12:20:00 AM GMT+8

    PAS dh tkda TELOQ...

  • Anonymous says:
    November 29, 2012 at 12:53:00 AM GMT+8

    Aku pun heran cmno orang cam mat sabu diangkat jadi pemimpin Pas...kawan aku balik dari Muktamar Pas baru2 ni gitau...sebenor nya Pas masih di takuk lama !!.. tak tauuu laaaa...

  • Anonymous says:
    November 29, 2012 at 6:26:00 AM GMT+8

    Ini mengarut punya kenyataan. Sebab:

    1. Cakap "Kerajaan Negeri Kelantan .. bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam" - kenapa tak suruh Kerajaan Kelantan yang buat kenyataan? Kan Kerajaan Kelantan yang buat tindakan bodoh tu? PAS Pusat nak malukan Kerajaan PAS Kelantan ke?

    2. Kalau "Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam", kenapa Kerajaan PAS Kelantan buat langkah itu dan kenapa Exco PAS Takiyudin pertahankan tindakan Majlis Bandaran Kota Bharu? Bodoh ke?

    3. Mengata "Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," bermakna boleh biarkan perlaksanaan yang dah di buat tu ke? Hanya tak Meluaskan aje? Kan bodoh tu.

    4. Mengata "Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan". Apa "tidak bermaksud", mereka sudah buat pun. Itu pasal orang heboh, termasuk DAP.

    5. Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993? Itu berkenaan Hudud ke? Berkenaan potong rambut ke? Punya bodoh "kenyataan", tak di nyatakan pun apa enakmen itu.

    6. Mengata "kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya .. memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam" - orang cakap pasal bukan Islam lah, bodoh.

    Kan aku dah kata itu kenyataan mengarut.

  • Anonymous says:
    November 29, 2012 at 7:11:00 AM GMT+8

    Setuju 1000% ... nampak sangat DAP adalah KAPALA dalam PR.

  • Anonymous says:
    November 29, 2012 at 7:32:00 AM GMT+8

    taqiyah ... din ... taqiyah adalah bahasa arab maknanya pembohongan satu amalan dan iktikad penganut agama syiah yang menurut fahaman mereka amat besar pahalanya ... din juga perkataan arab dan maknanya agama ...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)