Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Sunday, November 18, 2012

Petanda akarumbi PAS tidak puashati dengan Anwar dan hala tuju parti?


Ketika Himpunan Kebangiktan Rakyat di Kelantan ketika Muktamar PAS sudah berjalan, gambar Anwar di baling cat merah. Adakah Anwar ditolak oleh orang PAS?

Dalam PAS berusaha untuk memantapkan barisan dalam menghadapi pilihanraya umum, pihak penganjur Muktamar berusaha untuk pastikan tiada timbul issu-isu yang akan memacahbelahkan parti.

Maklumlah PAS sentiasa dalam ketakutan bagaikan orang yang bersalah dan sentiasa anggap UMNO tak ada kerja lain tapi nak sabotaj PAS. Dalam mereka cuba tutup bangkai, akhirnya terkeluar juga pelbagai petanda yang menunjukkan akarumbi tidak berpuashati dengan hala tuju parti.

Haji Hadi terpaksa berhelah di akhir perhimpunan dengan mengatakan PAS sentaisa terbuka kepada kritikan dan pandangan. Baru beberapa hari Menteri Besar Kedah Dato Azizan razak mengutuk wacana yang diadakan di Kuala Lumpur.

Ketua Pemuda, Nasruddin Hasan pun turut cuba menghatakan sokongan keapda Himpunan Kebangkitan Rakyat dan tiada pergeseran antara golongan muda dan ulamak dalam Pemuda PAS.

Muktamar Pemuda PAS turut menolak Bersih 4.0 dengan helah sudah ada diadakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat. Ini merupakan satu tamparan kepada Mat Sabu yang dilihat kini pro kepada Anwar Ibrahim dari perjuangan asal PAS.

Petanda lain dapat dilihat dari khutbah yang disampaikan Imam 2 Masjid As Salam, Hj Abdul Razak bin Ibrahim pada hari Jumaat baru-baru ini.

Dia menyentap slogan PAS yang menyebut mengenai perubahan dan hijrah. Tiada perlu "penghijrahan" seperti zaman Nabi kerana hanya perlu teruskan jihad dan perjuangan Islam. Teguran ini dibuat sebelum Nik Abduh melakukan demo.

Perkara sama turut didengari ketika perbahasan usul oleh perwakilan Pemuda PAS. Ada perwakilan menyentuh mengenai menjadikan Islam sebagai teras perjuangan PAS. Ada pula menyebut kepimpinan ulamak perlu diberi ruang dalam PAS. Ianya seolah-olah golongan Anwarinas akan mengetepikan kepimpinan ulamak yang menjadi asas PAS.

Ketika Muktamar utama, Wakil PAS Pahang Mokhtar Senik mengulang perkara sama dengan mengatakan merombak kepimpinan ulamak akan melemahkan PAS.

Wakil Dewan Ulamak PAS, Khairulnizam mengingatkan PAS bukan hanya parti politik dan untuk jatuhkan BN, tapi meletakkan Islam di atas dan bukan jawatan melebihi akidah. Dia turut menuntut kemengan diisi oleh ulamak dan yang mengetahui syariat Islam.

Dia turut menyentuh bahawa syariat PAS bukan akidah Syiah.

Dalam perbahasan oleh perwakilan PAS Kedah, Ahmad bin Yahya, terpaksa menyebut meminta  PAS pertahankan kerajaan yang ada yang dipimpin pemimpin dari golongan ulamak. Turut dikatakan adalah dijauhi pimpinan yang panjang lidah dan panjang tangan.


Siapa yang dimakusudkan panjang lidah dan panjang tangan?




Selain dari apa yang berlaku di dalam persidangan, beberapa petanda menunjukkan akarumbi agak bosan dan awal lagi meninggalkan Muktamar. Keadaan kelihatan lengang di Putik.



Ada program yang dilakukan dikawasan yang biasanya penuh sesak ketika diadakan program PAs kelihatan lengang seperti dalam gambar di atas.


Ada program kelihatan hadhirin tertidor seolah-olah letih berhibur hingga larut malam. Apa yang dihiburkan malam-malam?


6 comments:

  • Anonymous says:
    November 18, 2012 at 7:15:00 PM GMT+8

    Mungkin mereka di jamah kari adabi

  • Anonymous says:
    November 18, 2012 at 8:23:00 PM GMT+8

    Pas is going rip..haha

  • Anonymous says:
    November 18, 2012 at 8:51:00 PM GMT+8

    Saya akan buat undi protes dalam PRU 13 nanti, harap penyokong juga buat undi protes terhadap pemimpin pas tentang hala tuju sebenar pas.

  • Anonymous says:
    November 18, 2012 at 11:48:00 PM GMT+8

    Kacau bilau dan haru biru dalam pas hampir ke kemuncaknya. Kemuncaknya ialah doa KO.

  • Ipoh Mali says:
    November 19, 2012 at 9:33:00 AM GMT+8

    PAS sebenar nye dah bercelaru sb pemimpin depa x de otak .. !

  • Anonymous says:
    November 19, 2012 at 4:57:00 PM GMT+8

    Pemimpin Pas ada otak? Siapa?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)